Sunday, November 27, 2011

Tudung/Hijab.





Assalamualaikum rakan-rakaaaannnnnn :)


Sorry sebab saya dah jarang update blog sekarang ni. Idea tu banyak, tapi tak tahu kenapa sekarang ni malas betul nak online. Nak bukak blogspot pun macam berat je jari jemari halus saya ni. Maaf.


Harini terasa macam nak cakap pasal tudung ataupun orang sekarang panggil - hijab.
Alhamdulillah, aku telah memakai tudung dari aku darjah enam hingga ke hari ini. Tanpa paksaan dari sesiapa. Boleh dikatakan purata orang yang memakai tudung sekarang kian melonjak naik. Alhamdulillah. Semakin ramai kaum Hawa mendapat hidayah dari-Nya. Tapi, pernah tak anda terfikir, adakah mereka memakai tudung kerana Allah, ataupun kerana mahu kelihatan cantik dan mengikut trend fashion zaman kini? Wallahu 'alam.


Aku bukannya berkata mereka memakai tudung kerana semata-mata ingin kelihatan cantik dan di masa yang sama, mengikut trend zaman kini di mana wanita-wanita bertudung sekarang kebanyakkannya stylo dan hebat berfashion. Tapi ada sesetengah wanita di luar sana yang memakai tudung di kepala tapi pakaiannya sama sekali tidak menepati cara-cara muslimah memakai tudung yang sememangnya memerlukan kita untuk menutup aurat.



Perempuan cantik bila memakai tudung - kata seorang lelaki. Memang benar. Wanita semuanya akan kelihatan manis dan lawa apabila kepalanya ditutup litup dengan hijab/tudung. Tapi lebih cantik kalau seorang wanita itu memakai tudung kerana niatnya untuk menutup aurat dan juga kerana Allah. Bukannya kerana mahu kelihatan lawa. Tak gitu? :)



Selain dari fashion terkini seperti Hana Tajima dan juga yang lain-lain, ada juga sesetengah orang berpendapat, jika kita memakai tudung, makanya kita semua akan terhindar dari kecelakaan seperti dirogol dan lain-lain. Salah tu. Takde apa yang dapat menahan nafsu seorang lelaki selain dari imannya sendiri. Hanya imannya. Bukan tudung, bukan kepandaian seorang wanita. Tapi iman di dada seorang lelaki.


Sini ada sikit yang aku nak bebelkan. Semoga yang baik diambil, dan yang kurang baik, dibuang dan Insyaallah aku akan cuba perbaikinya di masa akan datang :)




  • Tudung tidak akan protect anda dari dirogol ataupun gangguan seksual.
Ada konsep yang mengatakan, jikalau anda memakai tudung, ianya akan melindungi anda dari segala niat yang tidak elok. Ini sama sekali salah. Sebab aku rasa beribu-ribu wanita yang memakai tudung sering dikatakan menjadi mangsa nafsu. Lelaki rogol bukan kerana cara pemakaian seorang wanita itu walaupun kita sering dengar orang cakap 'Mak aih, bapak la seksi minah ni pakai. Macam mana la tak kena rogol?' - kan? Salah tu.
Tapi lelaki akan merogol apabila dia mendapat 3 ni - kuasa, kawalan dan juga peluang. Tak kisah la perempuan tu pakai seksi macam tak cukup kain, ataupun selabuh-labuhnya jubah perempuan tersebut. Bila dia dah dapat 3 tu, pakaian bukan lagi menjadi faktor.


  • Memakai tudung tidak akan menampakkan anda sebagai seorang yang 'taat' kepada Agama.
Tudung - tidak bererti wanita itu memakai tudung, dia adalah seorang yang taat kepada agama. Sorry kalau kata ini agak keras. Tapi aku hanya lah berkata apa yang aku rasa benar. Hijab does not define you; rather, you define your hijab. Cara anda bergaul dan juga perwatakan anda yang akan menampakkan anda ni seorang wanita yang taat pada agama ataupun tidak. Tudung itu ialah cara-cara untuk kita mengingati diri sendiri untuk selalu melalukan sesuatu kerana Allah. You are supposed to be serving Allah in all of your actions.
Bila korang pakai tudung, patutnya setiap kali korang nak buat sesuatu tu, fikir dua tiga kali dulu, sebab bila orang pandang korang buat benda yang tak elok, itu lagi teruk dari mereka memandang seorang wanita yang tidak menutup aurat. Sebab? Because your actions represent Islam and that includes all Muslim women. Kan? So fikirlah dalam-dalam apa yang aku cuba sampaikan ni.


  • Hanya kerana anda memakai tudung, tidak bererti anda lebih baik dari yang lain.
"Orang yang pakai tudung jauh lebih elok dari yang tak pakai tudung" - salah ni. Kalau awak pakai tudung, tak bermaksud awak ni setapak lebih baik dari yang tak pakai. Memang lah kita wanita, wajib menutup aurat. Tapi apa yang aku cuba sampaikan sini memang lain dari itu. Kadang-kadang tu, disebalik tudung seseorang tu, ada hati yang penuh dengan kekotoran dan juga hasad dengki. Tak bererti seseorang itu tidak memakai tudung, dia jahat.
Mindset orang kita ni, kalau nampak orang yang tidak pakai tudung, lawa dan bergaya, mesti kita akan fikir 'Alah, mesti nak attract laki tu. Lelaki kan suka perempuan lawa and seksi'. Kan? Itu mindset orang kita. Kalau yang memakai tudung bagaimana pula? Itu selalunya terpulang pada niat mereka sendiri. Kadang-kadang ada yang pakai tudung sebab nak lelaki tu suka kita. Ada yang kerana ibu bapa paksa. Ada yang kerana Allah. Tapi sebaik-baik wanita itu, wanita yang solehah. Who always make sure she is covered appropriately so that Allah is pleased with her.


  • Tudung tidak akan membuatkan anda dihormati oleh orang ramai.
Macam yang aku cakap kat atas tadi, cara kau bergaul dan juga perwatakan kau yang akan membuatkan orang hormat dekat kau. Kalau seseorang tu berubah dari tidak memakai tudung kepada memakai tudung tapi tidak mengubah cara pergaulan mereka, itu seperti sia-sia. Orang ramai tidak akan hormat anda dengan hanya anda berubah memakai tudung.
Memang benar, bukan semua orang kita dapat puaskan hati mereka, however we can probably please a great deal of people by behaving as good Muslims, not to mention the ultimate pleasure of Allah. Itu jauh lebih elok dari memuaskan hati sejuta orang :)


  • Hijab tidak memberi anda hak untuk jugde orang.
Ni aku nak tekan kan sikit. Dengan hanya memakai tudung, tak lah serta merta menukarkan korang kepada seorang yang taat, bermaruah, modesty dan self-respect. Dan seperti orang lain, kita takde hak untuk judge orang. Hanya Allah sahaja yang berhak mengadili kita - hamba-Nya. Jadi jangan kerana anda memakai tudung, anda merasakan anda berhak judge orang kerana anda alim. Orang alim ialah orang yang tidak putus-putus meningkatkan imannya setiap hari dan tidak pernah mengadili orang-orang disekelilingnya.


---------------


Sedikit sebanyak apa yang aku tulis, aku rasakan aku berjaya point kan apa yang aku rasa betul. Tapi siapalah aku untuk berkata sebegini kan? Aku tulis benda ni bukan sebab aku nak cakap aku ni sempurna dan baik. Tidak. Kadang-kadang aku pun buat benda yang aku sendiri tahu ianya berdosa. Manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Aku buat entri ni sebab nak mengingati satu sama lain, kepada korang semua, dan juga kepada diri aku sendiri. Supaya kita semua akan selalu berada di jalan yang benar dan jalan yang menuju ke Syurga-Nya.

Ini lah pertama kalinya selama bertahun-tahun aku berblogging, aku terasa ingin buat topic pasal tudung. Semoga tiada yang terasa dengan entry terbaru ini. Yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datangnya dari diri aku sendiri. May Allah guide us all.


Ya Allah, a thousand times I've failed, and still Your mercy remains. Purify my intentions and make all my actions for Your sake. Your sake only. And keep me away from minor shirk (showing off). Amin.



* Kita menutup aurat, bukan membungkus aurat. Dan kita menutup aurat bukan kerana fashion mahupun kerana orang lain, tapi hanya kerana Allah S.W.T :)

5 Heart(s) Screaming.:

tyha sarkawi said...

agree :')

wakgelas said...

wak pon sukak tengok hijab tuuu..,,, eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........

Ieeko. said...

@tyha sarkawi :

Thank you :)

Ieeko. said...

@wak gelas :

:)

Anonymous said...

cuba baca kalau blum baca..:) http://permataperjuangan.blogspot.com/

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space