Tuesday, November 22, 2011

Tersenyum :)



Assalamualaikum.


Haiiiii kawan-kawannnnnnnnn :) Woah. Lama gila tak update blog! Thank you thank you thank youuuu to my superb followers yang setia menunggu. Yang takde rasa macam nak unfollow aku sebab lembab gila tak update-update. Thanks :)


Sorry lah. Keadaan tak mengizinkan aku untuk ber-blogging. Banyak sangat hal :)





-------------------------


I bet mesti ada kan? Tak kisah la masa tu korang tengah marah or sedih, mesti ada satu part tu korang tengah bercerita and suddenly korang tersenyum. Maybe korang teringat something yang diorang buat yang sweet or comel ke kan :)


Manusia memang tak lari dengan angan-angannya ataupun sikap suka termenung ni. Kadang-kadang tu kita tak bercakap pun, bila terfikir pun dah boleh tersenyum. Walaupun air mata mencurah-curah kat pipi, sekali tu teringat something sweet yang diorang buat, mesti akan tersenyum punya.


Aku sejujurnya, memang suka termenung. Sebelum tidur kalau tak termenung, memang tak sah. Kadang-kadang tu aku termenung yang aku ni nanti dapat kereta Audi, dapat Elmo besar, haha tak pasal. Selalu jugak la aku bercerita dengan kawan-kawan, tibe-tibe aku tersenyum. Sebab aku teringat benda-benda manis yang terjadi.


Tak kesah la family ke, kawan ke, sedara ke, kalau korang cakap pasal diorang and tibe-tibe korang teringat balik kenangan manis, mesti korang akan tersenyum. Kan? Yeah, me too. But then, dalam banyak-banyak orang, walaupun semua boleh buat korang tersenyum, ada sorang je yang mampu buat korang senyum lebar masa korang tengah cakap pasal diorang. Kan? Don't lie.


Senyum dia macam lain sikit bila kita tengah cakap pasal 'sorang' tu. Tak kisah la masa tu korang tengah maki hamun kat orang lain pasal orang tu, tapi mesti ada satu part tu, korang akan tersenyum sebab korang teringat kenangan manis korang bersama.


Selalu benda ni terjadi dekat perempuan. Sebab perempuan selalu bercerita sesama mereka. Lain lah lelaki. Mereka suka diam je and buat bodoh. Buat macam takde benda jadi. Kalau perempuan, ke mana mereka pergi, mesti mulut tak berhenti cakap pasal orang yang mereka sayang. Sakit hati, sedih, gembira, semua mesti pasal sorang tu sahaja. But at the end of the day, mesti akan ada sekali mereka tersenyum teringat balik kenangan :)


Tak salah kan kalau benda ni jadi kat diri kita sendiri? Senyum tu kan bagus? Senyum kerana seseorang itu, kan bagus? Tanda nya mereka membuat kita bahagia. Dalam sakit, dalam sedih, ada ketikanya mereka membuat kita berasa bahagia. Jadi tak salah kalau kita selalu tersenyum bila teringat ataupun bercakap tentang orang tu. Kan? :)








Aku: You sedar tak bila you cerita pasal dia, you mesti tersenyum?

#Kawan : Yeke? I tak perasan. I think I sentiasa senyum kot kalau cakap pasal sesiapa pun?

Aku : I know. But this time macam lain sikit. You senyum macam, you happy gila.

#Kawan : Really?

Aku : Yeah, I can tell that your smile for this person is different than your smile for others :)

#Kawan : :')



Tersenyum teringatkan seseorang kadang-kadang bukan bermaksud mereka angau/syok bercinta. Kadang-kadang itu tandanya mereka hargai apa yang orang tersebut buat. Kerana itu mereka selalu teringat. Dan pada masa yang sama, mereka cuba untuk menjadi kuat, kerana mereka tahu benda tersebut mungkin tidak akan terjadi lagi di masa akan datang :)




* Senyum je lah kalau itu sahaja yang mampu kita buat :]

0 Heart(s) Screaming.:

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space