Saturday, December 24, 2011

Masalah 'Berblogging'.



#This is random. Aku just tulis perumpamaan yang aku rasa boleh diletakkan di dalam entry kali ini.

Stranger : Siapa Ashikin Nofal/Ieeko?
Stranger 2 : She's a blogger. And her blog sucks.

Stranger : Pernah baca blog littleieekospeaks?
Stranger 2 : Pernah. Tak best, jiwang nak mampus. Geli.

Stranger : Asal blog Ieeko tak update update ni.
Stranger 2 : Asal? Bukannye best pun. Banyak pasal cinta je. Merepek.


Ini contoh aje, tapi kalau memang betul benda ni ada - I would like to thank to whoever that have ever said anything bad about me. Semoga Allah S.W.T memberi sedikit sebanyak Hidayah-Nya kepada korang semua untuk berubah. Amin.


Assalamualaikum kawan-kawan :)


First of all, I would like to say ..




Yes. I blog to express, not to impress. I know my blog sucks. I know that I'm not like Maria Elena nor Hanis Zalikha. I'm not here to seek for fame. I'm here to express whatever I have in mind. Some of you might find my blog is boring or rubbish, but seriously, I don't have time to give a damn about those things :)


Aku mengaku, banyak entry aku cakap pasal hati, perasaan and cinta. Please don't blame me. Aku just tulis semua benda yang ada dalam kepala otak aku ni. Call me jiwang, call me whatever you want. You have your own right to judge me and my blog, but please have this in mind : I'm not here to please/entertain you.


Blog - you are free to write anything here. Because that's the purpose of having one, right? To express whatever you have in your mind. About school, the weather, family, love life, stupid things, and mostly, about yourself. So what makes people talk bad things about you even though you're not doing anything wrong? Simple - they're not impressed by you or your writing.


Kenapa perlu buat orang impress dengan life kita? Buat apa nak orang ramai impress dengan diri kita? Kenapa perlu kejar 'popular'? Kena ada ramai followers baru boleh di cop as 'popular' ke? Kena ada banyak entri-entri menarik baru orang cakap kita ni 'popular'? Biar nama kita selalu menjadi bualan orang, baru kita jadi 'popular'?


Ni aku nak tanya, perlu ke jadi popular? "She's very famous among bloggers" - so? Memang tulis blog ni purpose dia nak jadi popular ke? Aku ingatkan blog ni untuk kita berkongsi dengan orang lain tentang apa-apa. Boleh juga kita berdakwah sambil berblogging, kan? Bila dah popular, makin ramai lah orang menyebut nama kita. Makin ramai lah orang nak amek tahu pasal life kita. Kalau semua yang diorang cakap tu benda baik, takpe. Tapi kalau yang dok kutuk tu? Senang-senang je dapat dosa kering.


Tak semestinya kalau blog orang tu banyak tentang dirinya yang boleh dikatakan sebagai seorang yang 'ganas' seperti yang dia tulis di dalam blognya, tak bermakna orang itu memang betul ganas. Mungkin bila dia tulis dalam blog dia yang dia seorang yang ganas, boleh menyembunyikan sifat lembut di dalam dirinya dari mata-mata orang?


Tak semestinya kalau blog dia penuh dengan entry cinta, dia seorang yang jiwang. Mungkin dalam blog sahaja dia mampu untuk bercakap tentang cinta. Kerana di luar, dia seorang yang ganas? Siapa tahu kan?


Pelik kan manusia kat dunia ni? Semua benda kita buat, ada aje yang nak di kondem nya. Tapi takpelah, lumrah alam. Kena lah kita terima. Sabar tu separuh dari Iman. Kalau kita di kutuk, jangan lah kita membalas dengan mengutuk mereka kembali. Tapi kita balas lah dengan doa. Mulut orang kita tak mampu tutup, hati orang kita tak mampu puaskan :)


Stranger : Euwww, blog dia jiwang gila. Nak termuntah aku baca.

Stranger : Euwwww, mesti in real life dia ni 'cengeng' kan? Dari blog dia pun boleh tau dia ni lemah and jiwang.

Stranger : Euww, dia ni bajet hot la nak tulis entry-entry pasal cinta semua. Bajet alim nak tulis pasal agama etc.

Stranger : Mesti dia ni pathetic.



Aku maybe tulis semuanya di dalam blog aku. Tapi perwatakan aku dan penulisan aku sangat berbeza. Mungkin di blog, aku tulis tentang betapa lemahnya aku. Tapi di luar, aku seorang yang pandai menyorokkan masalah aku.


Di dalam blog, mungkin penulisan aku sangat jiwang. Tapi di luar, aku seorang yang agak keras untuk seorang wanita. Di dalam blog mungkin aku banyak luahkan perasaan, namun di luar aku seorang yang gemar pendam.





Jangan menilai seseorang itu dari blog dia. Mungkin itu satu-satu caranya untuk dia melepaskan segala beban yang ditanggung oleh hatinya. Jangan menilai seseorang itu dari blog dia, kerana mungkin itu hanyalah topeng di muka sebenar mereka.





* Maaf lah kalau blog aku yang tak seberapa ni tak mampu untuk buat kau gembira bila membacanya. I'm not here to please you. And I don't seek fame through here, too.


2 Heart(s) Screaming.:

twinkle twinkle said...

sokong sgt sgt sgt :),,reader bukan knl sape kite utk menilai kita :)

Ieeko. said...

@twinkle twinkle :

Betullll ;)

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space