Sunday, August 13, 2017

Kisah Mistik; Titik Permulaan ( Episode 1 )









Assalamualaikum and salam sejahtera!

Kali ni entry nak cerita pasal pengalaman aku sendiri deal dgn benda-benda ghaib ni. Dia punya episode tak sure lah ada berapa. But aku try buat everything in details okay! 

Disebabkan blog ni dah lama berhabuk, so kita pun start lah fresh balik. (Maaf lah kalau ada penggunaan bahasa yang bercampur2 ye. Aku mmg jenis suka tulis ikut apa yang keluar kat kepala otak ni. If English, English lah. If BM, BM lah.)

Okayyyy, bismillahirrohmannirrahimmmmmm. 

Back in 2006, start lah benda-benda tak betul ni jadi. Em sebenarnya if fikir balik, dari kecik kot. Tapi aku tak amek port sangat sebab benda tu tak jadi depan mata or macam tak menangkap kalbu sangat haha. Masa kecik kena la jugak hempap ni semua, orang nampak "kembar" aku, aku nampak kelibat hitam yang macam ada hunch kat belakang and no legs. Etc etc etc.

Okay back to cerita 2006, masa ni salah seorang dari kakak aku dah kena gangguan2 ni semua. Dia tahap hysteria bagai sebab dia pernah berlakon theatre Mahsuri kat sekolah dia dulu. Orang kata kalau nak berlakon watak yang dah takda kat dunia ni, jangan terlalu hayati. Nanti macam-macam jadi. But kakak aku ni jenis yang suka berlakon. Menangis pun within few seconds je, memang dalam betul lah penghayatan dia ni. So right after she acted to be Mahsuri, dia kena benda-benda ni semua.

Alright, stop pasal dia, cerita pasal aku pulak okay? Disebabkan kakak aku kena gangguan ni, ada one night tu dia ajak aku tidur bilik dia. So being me yang bosan tidur bilik sendiri macam tu, aku pun tidur la bilik dia. Aku tidur kat atas lantai while she's on her bed. Sambil tengok TV, mata aku macam nak tertutup2 dah. And last2 sekali aku memang betul2 nak tertidur. Dalam mamai-mamai tu, aku macam ternampak kat hujung katil ada satu lembaga hitam tinggi besar dia macam slow-slow approach aku. Aku dah la mamai, aku pun usha je la dengan mata sepet aku yang lagi 20% nak terlelap. 

Lama sikit tu baru lah aku perasan yang aku ni actually tengah nampak "benda" yang orang lain tak nampak. And aku pun terus lah nak bangun kan diri aku untuk duduk. Tapi dah lambat, terlalu lambat actually. Benda tu dah pun hempap aku. Badan aku kaku. Aku nak jerit panggil kakak aku, tapi aku takleh bersuara. Kakak aku tengah tgk TV masa tu, so aku fikir mungkin dia boleh sedar yang aku ni tengah ada masalah. Tapi harapan aku musnah, sebab di mata luar aku nampak macam lena dibuai mimpi.

Aku pun cuba lah gerak kan ibu jari, tapi gagal. Kan orang kata, kalau nak terlepas dari benda ni kau kena gerak kan ibu jari. Tapi aku dah gerakkan dua tiga kali pun masih gagal lagi. Nafas aku pulak macam kian singkat. Aku nak nafas betul-betul tak boleh. Rasa terganggu. Otak aku cuba untuk berfikir apa yang perlu aku buat untuk lepaskan diri dari ikatan "benda" ni. So sebagai orang yang tak berapa nak alim (zaman jahilliah uolsssssss). So dalam kepala aku masa tu memang Al-Fatihah je lah yang aku ingat. 

"Bismillah..." baru sekerat ni aku baca, aku terdengar suara mengerang marah yang slow. Aku terbehenti. Aku tanya diri aku sendiri, amenda bunyi tu. Disebabkan perasaan ingin tahu tu membuak-buak, aku pun teruskan diri untuk membaca satu-satunya surah yang aku hafal time tu hahahahhahaha. And I was right.... the moment aku sambung balik, there you go. Suara perempuan mengerang marah. Those yang tak tahu, boleh lah Youtube cerita Harum Sundal Malam and dengar part Maya Karin mengerang marah masa dia panjat kat ceiling dia tu. Sebijik, sejibon, sekutu.

And lagi galak aku baca, lagi kuat dia mengerang! And aku dapat rasa benda tu memang betul-betul tepi aku sebab suara dia sangat kuat!! Rasa macam dalam kepala aku je suara tu weh. Masa tu memang aku rasa takut tersangat sebab itu kali pertama aku experience benda-benda macam ni. Aku meronta-ronta nak lepaskan diri sambil baca surah Al-Fatihah tu. Last-last masa dia macam nak jerit mengerang kuat tu, aku terlepas. Bangun-bangun dari lantai tu terus aku tutup telinga. Kakak aku yang tengah syok tengok TV terus terkejut and takut lah. Aku terus keluar dari bilik dia sambil tutup telinga aku. Drama sangat Ashikin Nofal oi. Haha. But that was the only thing that aku rasa aku perlu buat. Lol. 

So lepas kejadian tu, aku kerap kena hempap dengan benda-benda ni. Ada la dua tiga minggu tu aku asek kena hempap je. Seminggu nak dekat hari-hari gak lah aku kena. Sehari tak kena, memang tak sah. Dia punya hint nak kena hempap is hati aku akan berdebar-debar macam baru kena kejar dengan zombie. Haaa time tu memang aku dah dapat tangkap, confirm aku akan kena hempap. And yeapppp, sungguh tepaaaatttt. Moment yang aku paling suka is bila aku ada whuduk kat badan aku, and tiba-tiba hati aku berdebar. Means benda tu on the way la untuk hempap aku, and serta merta badan aku macam melantun (serious tau melantun betul) and halau benda tu daripada hempap aku. Disebabkan terlalu kerap aku kena, aku dah macam lali. Kadang-kadang bila badan aku ada whuduk and benda tu gagal hempap aku, aku akan gelak (ye gelak sorang2 dlm bilik, gila sangat perangai) sambil aku ckp "PADAN MUKA KAU TAK BOLEH HEMPAP AKU!! HAHAHAHAA". Haa sampai gitu.

Sampai lahhhh satu hari tu ........






Bakal Bersambung :)
Nantikan ya! More to come and trust me, lagi extreme dari first episode ni :)











 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space