Assalamualaikum & Salam sejahtera!
Kata nak update hari selasa kannn, last-last hari Sabtu jugak la aku update episode 2 ni. Maafkan saya, agak busy sedikit.
So macam yang aku cakap, semenjak aku kena hempap tu, memang almost everyday aku akan kena. Sehari tu ada la 2 3 kali kena, sampai jadi letih semacam badan ni. Pastu bila badan dah jadi letih sebab kena hempap selalu, mula lah aku demam la, sakit badan la, macam2 lah. Mood kau pun jadi tak betul disebabkan benda ni. Rasa macam nak bergaduh dengan semua orang. Aku punya "shield" memang whudu' sahaja lah. Kadang-kadang bila terlupa nak amek whudu' tu yang buat aku jadi bengang nak mati dengan diri sendiri hahaha.
So aku tidur memang kena bukak lampu. Wajib. Kalau aku tutup lampu, memang tak sampai few mins aku akan kena hempap. Orang kata nak avoid dari kena hempap ni aku kena tidur mengiring. Heh, mengiring ke, tidur duduk ke, tidur gaya superman ke, semua aku kena weh. Tak kisah la gaya apa pun, once aku tutup lampu, memang aku akan kena. So untuk prevent, aku bukak la lampu. Benda sama akan jadi, tetap kena hempap kalau bukak lampu pun. Cuma percentage of kena hempap tu kurang berbanding bila aku tutup lampu.
Sampai lah satu malam ni, macam biasa aku lupa nak amek whudu'. Dasar short memory sungguh aku ni, dah kena kacau dengan secret admire setiap hari pun still lupa nak amek whudu'. Blergh. Aku pun tidur lah macam biasa. Sekali tu kena la hempap. Aku kalau kena hempap, aku suka bercakap dengan dia. Dalam erti lain, maki dia. So dalam kepala aku duk maki-maki dia cakap kau pehal nak hempap aku manjang. Takda kerja lain ke setan. Pi tempat lain la. Ha gitu la makian aku kat benda yang aku sendiri tak nampak. Aku pun baca la surah Qursi. Sekaliiiiiiiiiii, dia join sekali daaaaaaaa. Dia baca sama dengan aku, tapi bacaan dia ya Allah memang sedap. Aku masa ni dengar suara lelaki. So mungkin Jin islam jantan la kot. Pastu aku teringat ustaz aku pernah cakap, kalau baca ayat Qursi ni, ayat terakhir tu dia takleh ikut. So kita kena ulang 3 kali untuk bagi dia lepaskan kita.
Memang betul. Benda tu diam bila aku baca ayat terakhir tu. Baru aku nak ulang kali ketiga, dia lepas kan aku serta merta. Masa tu rasa lega yang teramat. Sambil rasa lega tu, aku pun macam biasa lah, gelak berdekah-dekah kat benda tu. Berlagak sungguh haha. Terus zaaaapp aku pergi ke tandas dengan mengah macam baru lari padang sekolah 30 kali tu. Ya Allah, nak bangun dari katil pun rasa tak larat gila okay. Macam satu badan kau jadi lumpuh. Kalau boleh memang kau nak duduk atas katil tu je. Tapi masalahnya bila aku stay atas katil tu, tak sampai 10 saat mesti aku akan kena hempap balik. Jadi nak taknak memang aku kena paksa diri aku ni untuk bangun ke tandas.
The following days, aku kena lagi. Kali ni dia hebat sikit, dah tak main ikut aku baca surah or mengerang. Dia extreme sikit, tapi belum betul-betul extreme! As usual, lepas aku dah prepare katil aku, maka rebahlah diri aku ni kat katil tu. Aku pandang lampu, lampu pandang aku balik. Jenis aku ni sebenarnya aku takleh ada cahaya yang terlalu terang untuk tidur. Jadi aku akan ada bantal kecik untuk aku tutup muka aku. Masa tu aku dah golek-golek atas katil amek mood nak lelap. Tiba-tiba aku pun rasa la debaran kat hati tu. Aku tahu lah benda tu on the way kan, so aku pun dengan sepantas kilat gerakkan diri aku. Tapi gagal, macam biasa.
Bila dah kena kunci tu, aku nak meronta pun dah tak dapat. Pasrah je lah kat katil tu. Macam biasa, aku nak baca surah. Sekali tu aku stop, sebab aku perasan something different kali ni. Bibir aku bergerak! Bergerak SENDIRI. Aku ulang, BERGERAK SENDIRI. Orang yang pernah kena hempap dengan benda ni tahu lah apa jadi kat badan kau. Totally keras, tak boleh gerak at all. So bila mulut aku ni bergerak dengan sendiri, automatically mata aku ni pandang bawah. Oh by the way, bila kena hempap tu, mata kau akan bukak luas. Tapi orang lain nampak kau tidur tutup mata nyenyak gila.
Masa aku pandang bawah tu, aku memang nampak bibir aku ni digerakkan untuk senyum. Tapi senyuman aku ni sangat lebar. Memang lebih dari apa yang bibir aku boleh buat. Ni rasanya dia tarik bibir aku sampai nak ke telinga panjang dia. Haaaaa terkejut kan. Aku pun terkejut gila time ni. Dalam hati aku dah macam weh weh weh pehal ni weh main kasar gila weh kau gerak bibir sampai ke telinga. Hati aku berdebar bagai nak pecah masa ni. Laju gila.
Waktu dia tarik bibir aku sampai ke telinga tu, dia bagi sekali pakej ngilai weeeeehhh. Kuat pulak tu dia ngilai. Kurang ajor betei. Rasa macam dia betul-betul kat dalam telinga aku. Bukan tepi ye, tapi dalam telinga aku. So memang kuat teramat ngilai dia. Aku jadi stress serta merta. Rasa macam kalau dia kat depan aku ni, memang aku tumbuk laju-laju kat dia haha. Lama jugak lah dia "senyum" kan aku tu. Mata aku tetap ke bawah pandang bibir aku yang sampai ke telinga tu.
After awhile, maybe dia dah bosan sebab aku usha je bibir aku tanpa rasa takut ke apa, dia pun lepas kan aku. Waktu aku memang tak larat sangat-sangat nak ke mana-mana. Dalam hati aku, lantak lah kau nak hempap lagi ke apa, aku tak larat. Aku nak tidur je. Mungkin dia tengok aku macam give up dah kan, so dia takda la hempap aku kali kedua or ketiga. Hahaha. Ada jugak belas kasihan ye hantu-hantu ni. Puik.
Esok tu aku pun bagitahu la keluarga aku. Rupanya kakak aku yang selalu kena kacau tu dah selalu benda tu main gerak-gerak bibir dia. Cara dia describe tu memang sebijik la dengan aku. Sakit sikit lah bila dia tarik tu. Pastu ngilai kuat nak mampus. Kuaja betul benda ni, tak cukup kakak aku, dia main-main dengan aku pulak.
So benda sama berulang kembali, aku kena hempap setiap hari. Kiranya "hempap" ni umpama "makan" la. Kena makan setiap hari kan? So sama la dengan hempap ni haha. Then one day ni arwah atok aku datang rumah aku. Macam biasa, tiap kali dia datang dia akan tidur kat bilik aku. Aku? Aku tidur kat bilik kakak-kakak aku. So ada one day ni arwah atok aku tengah tidur nyenyak, sekali tu dia dengar bunyi ... Orang tua kan, dulik apa dia dengan bunyi pelik pukul 2 3 pagi. Dia pun toleh lah ke kanan ......
Dia pun bukak mata dia .....
Dannnnnnn .....
Bakal bersambung....
Hehe tunggu episode ketiga nanti yaaa. Bagi lah ada unsur cuak di situ sikit hehe. Nanti kita sambung ek? Tunggguuuuuuuuuuuuu ....

0 Heart(s) Screaming.:
Post a Comment