Sunday, March 10, 2013

Manusia.






Jika aku boleh memilih antara kucing mahupun manusia, aku sanggup memilih kucing. Kerana manusia, hati kita yang dulunya sempurna bentuknya, semakin lama semakin berubah akibat terluka.






Bismillah.


Assalamualaikum semua orang.


Bermonolog mahu?


Kau sangka bila kau menyayangi dia sebanyak itu, dia akan sayang kau sebanyak itu juga? Kau sangka bila kau korbankan segalanya untuk mereka, mereka akan korbankan juga segalanya untuk kau? 


Kau sangka bila kau sanggup pilih untuk menjaga hati mereka, mereka akan pilih hati kau juga untuk dijaga oleh mereka? Kau sangka bila kau utamakan mereka, mereka akan utamakan kau juga? Kau sangka bila kau hargai mereka, mereka akan hargai kau juga? Tidak. Itu semua cumalah angan-angan kau sahaja.


Dunia ini kadang-kadang pelik juga bila aku cuba memerhati satu persatu. Bila sudah dapat yang cukup baik, tidak reti jaga. Bila dapat yang kurang, mencaci dan mengadu pada Allah supaya beri yang lebih baik. Apa Allah dah bagi mata dan hati  pun masih gagal untuk cuba menilai mana yang baik dan yang mana tidak baik?


Sering kali kita menonton drama-drama di Tv, lelaki dan perempuan, berusaha untuk memberi yang terbaik pada satu sama yang lain. Yang mana, jika kita letak situasi itu pada realiti, ia sememangnya gagal untuk melakonkan ia semula. Itulah dinamakan penipuan semata-mata. Mana mungkin ada yang sanggup utamakan hati orang lain. Pasti ada satu pihak yang sentiasa bersikap pentingkan hati mereka sendiri.


Sakit. Sakit bila kita utamakan mereka, tapi mereka buat kita seperti tidak wujud di dalam hidup mereka. Di mana hidup kita ini, kita ibaratkan seperti mereka lah segalanya bagi kita. Tapi kita dipijak-pijak akhirnya. 


Bila mereka senang, mereka alpa. Siapa yang ada ketika susah dahulu. Ketika dia mengalami masalah dimana kita menjadi satu-satunya pertolongan mereka. Cukuplah dengan menghargai, namun itu juga mereka gagal untuk memberi.


Berhenti menyalahkan mereka yang tidak reti menjaga hati kau. Sebenarnya, engkau yang bersalah. Engkau yang tak patut memberi terlalu banyak. Kerana kelak kau pasti akan menerima sedikit sahaja dari orang lain. Apa kau hidup di atas dunia ini hanyalah untuk mereka yang bergelar "manusia" itu? Yang keji dan pentingkan diri itu?


Sepatutnya kau hidup di dunia ini untuk Allah. Untuk mencari jalan yang benar untuk kau dapatkan tiket ke SyurgaNya. Tapi syaitan itu bijak berbicara. Niat sebenar kita untuk hidup, semakin hari semakin malap dari pandangan kita. Manusia kini kian lebih penting dari segalanya. Inikah caranya kau membalas rahmatNya?


Kau sedih bila orang lain tak hargai kau. Kau sedih bila hati kau terluka dan tiada sorang pun mahu mengubatinya. Kau sedih bila orang lain tak utamakan kau. Kau sedih bila orang lain tak sayang kau. 


Cuba kau tanya diri kau balik. Pernah kau hargai Allah? Pernah kau fikir bagaimana dosa-dosa kau telah melukakan hati Allah? Pernah kau fikir bila kau tak utamakan Allah daripada yang lain? Pernah kau fikir bila kau lebih sayangkan manusia lebih daripada Sang Pencipta? Sila malu pada diri sendiri.


Cukup lah. Mohon berhenti melukakan hati kau sendiri dengan gelagat manusia-manusia yang langsung tidak pernah cuba untuk hargai apa yang telah kau lakukan untuk mereka. Sekarang, di titik permulaan ini, marilah kita menukar arah. Ke arah yang lebih diberkatiNya. Ke arah yang lebih mampu membahagiakan kita kelak. Marilah kita ke arah Allah.


Hati. Mohon kau berhenti memikirkan kehendak dan keperluan orang lain. Mula lah berfikir secara bijak, dan marilah kita mula mementingkan diri sendiri dengan hanya mengutamakan Dia, Illahi. Semoga sahaja kelak kita tidak akan lagi disakiti dengan kelakuan-kelakuan manusia yang hanya mampu pandai menerima sesuatu tanpa menghargainya.


Ini lebih dasyat daripada ditikam di dada. Sangat-sangat dasyat. Buta. Sungguh. Hati kita buta disebabkan oleh manusia-manusia yang tidak pandai menjaga perasaan orang lain. Cukup lah. Mungkin sahaja ini lah noktah penamatnya. 





Mungkin apa yang kau dah ada sekarang, kau masih tidak mampu untuk memandang ia dengan mata hati. Mungkin kerana kau masih belum merasakan kehilangan itu. Tapi tidak mengapa, mungkin kerana Allah masih sayangkan kau lagi. Sebab itu Dia masih tidak datangkan dugaan untuk kau merasakan apa itu kehilangan. 


Semoga kau tabah hadapinya kelak.


Beradanya seseorang itu di dalam hidup orang lain, adalah tandanya seseorang itu pernah disayangi. Pernah dihargai. Cuma, mungkin kerana terlalu menjaga hati orang lain, lama kelamaan tidak sedar, yang hatinya kian lama kian terberai.




* Ada masanya hati ini turut terasa dengan kata-kata manusia, namun sedaya upaya aku kikis pergi luka itu kerana aku percaya dan yakin dengan sepenuh hati bahawa Allah lebih Tahu akan kemampuanku melebihi aku.


2 Heart(s) Screaming.:

Red said...

ouhhh i like this post very much. i really hope org yang saya syg dearly boleh baca dan fikir macam ni jgk.. hopefully this post will open many eyes out there. nicely said.

Ieeko. said...

@mc dreamy

Thank you. InsyaAllah mudah2an. Thank you again :)

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space