Tuesday, December 25, 2012

Malam; Dingin; Isi Hati.









People are so vulnerable at night. 
They’re willing to spill out their souls to anyone willing to listen. 
They have desires to do things that never cross their mind when the sun is in the sky.



" .. Bismillahirahmaniraheem".




Assalamualaikum.


Hello there lovelies! Howwayadoinnngggggg? I hope you guys are doing fine. May everything is under control. Amin :)


Em, agak lama jugak sebenarnya aku tak berceloteh tentang apa yang aku pendam dalam hati ni, ye? Ah kerja yang sentiasa busy membuatkan otak aku makin lama makin bosan dan penat untuk memerah idea-idea hebat dan bijaksana untuk mengekalkan blog yang tak seberapa ini. Cuba untuk menyampaikan cerita sebaik mungkin, namun sering kali aku gagal.


Bosan. Cuba untuk menaip kata-kata yang mampu menusuk hati manusia di sekeliling, namun jari menjadi keras serta merta. Aduhai kenapa banyak sangat idea hilang sekarang ni? Selalu sahaja idea tak keluar. Bila takda depan Laptop, banyak pulak dalam otak ni. Berlumba-lumba nak keluar. Tapi bila depan Laptop, cramp terus otak -.-


Tolong lah, jangan ganggu lagi hati aku ini. Bukan nya kuat. Lemah sebenarnya. Orang yang sentiasa tampak kuat depan manusia lain sebenarnya seorang yang teramat-amat lah lemah. Namun mereka tidak ingin kelihatan lemah di hadapan orang ramai. Walaupun air mata hampir jatuh ke bumi, mereka masih mampu untuk mendongak melihat atas.


Selalu sahaja syaitan ni menggangu hati aku. Ya Allah mohon bantu lah aku untuk jauhkan daripada hasutan-hasutan syaitan ini. Dari tiada apa-apa, terus bercelaru dek termakan kata-kata iblis yang bijak ini. Dari jernih air, terus keruh jadinya. Astaghfirullahalazim. Kenapa hati tak senang ni? Aku gembira, Demi Allah. Tapi macam nak nangis pun ada. Tapi kenapa perlu nangis bila tiada apa-apa yang terjadi? Kenapa ni? Dosa penuh sangat dah ke? Aduh!


Malam. Malam selalunya adalah waktu yang paling aku takuti. Kerana malam mampu membuat manusia berubah dalam sekelip mata. Malam mampu membuat air mata manusia berjurai dengan laju. Malam mampu membuat manusia jadi tidak tentu arah. Malam mampu membuat manusia berfikir di luar kawalan. Malam. Malam mampu membuat semuanya tampak lemah di mata kita. Disitulah terbukti siapa dan apa yang kurang dalam hidup kita.


Menulis karangan tak bermakna ini sambil mendengar zikir di blog aku terus menerus membuat hati aku sayu. Kekal sayu di atas katil ini. Letih. Lemas dengan godaan-godaan dunia semata-mata yang tidak akan kekal. Rimas dengan janji-janji palsu yang membuatkan kita sesat dan jatuh dalam lubang maksiat di dunia yang fana ini. Dan kecewa dengan kekosongan yang ada di dalam hati yang patutnya dipenuhi dengan rahmatNYA.


Ah drama semua ni. Semua ini tak patut aku tulis di sini. Tapi aku tetap mahu. Sebab apa? Sebab letih tanggung sorang-sorang. Hati meronta-ronta suruh aku lepaskan di sini. Menulis sering kali menolong untuk melegakan hati aku yang sentiasa penuh dengan agenda-agenda tersembunyi daripada mata-mata manusia di dunia ini.


Rindu. Rindu yang melampaui batas dari apa yang dibenarkan. Berdosa. Rasa jijik dengan diri. Lebih-lebih lagi apabila rasa rindu ini adalah untuk seseorang yang tidak benar untuk aku. Yang bukan milik aku. Yang sudah terbuktinya jauh daripada genggaman jari ini. Namun kenapa Allah hadirkan rasa rindu ini? Untuk menguji aku? Iya. Betul. Untuk menguji aku.


Rindu untuk orang yang tidak betul adalah rindu yang paling sakit yang manusia boleh rasai di dunia ini. Sudah tahu dia bukan untuk kita, namun masih lagi rasa rindu. Persahabatan yang terjalin semakin rapat hari ke hari. Membuatkan perasaan rindu ini hadir apabila tidak bersemuka. Aduh, kenapa aku menulis seperti ini? Bermonolog mungkin? Ahhhh lupakan semua ini.


Maafkan aku. Aku tidak tahu mengapa waktu malam sering kali aku kalah dengan rasa hati. Syaitan. Ini semua hasutan syaitan. Namun aku rasa lega. Lega kerana semuanya sudah terlepas.



“Berhentilah peduli,
Maka kau akan jauh dari luka.”

Berhentilah mengambil tahu,
Maka kau akan jauh dari kecewa”

Itulah kata mereka,
Dan juga bisik hati yang pernah dilukai.

Jujur,
Berhenti peduli, dan berpura-pura tak mengambil tahu itu,
Mampu untuk hindari dari luka dan kecewa,
Atau hanya membuat hati bertambah luka?

Kerana kita sedang berpura-pura,
Memaksa diri dan membohongi hati,
Bahawa sejujurnya,
Masih ada khabar yang ingin kita dengari?

Ketakutan terkadang membuat kita menjauh,
Sedang rasa ingin tahu membuat kita menderita.

Maka, pilihlah yang terbaik. ;’)
Allah itu Maha Adil. Ingatlah Sayang.






Astaghfirullahalazim.
Mohon bantu aku Ya Allah.
Tabahkan aku.
Mungkin dia hadir sebagai satu hadiah dariMU untuk aku belajar tentang erti persahabatan dan redha.
Dan mungkin sahaja Engkau hadiahkan aku si dia juga untuk membuat aku belajar tentang erti sebenar-benarnya ikhlas dan sabar.



Maaf. Entri tidak berguna. Assalamualaikum.



* Bermonolog di waktu malam tentang isi hati ketika rasa gembira hadir dari pagi? Ini gila. Aku janji, next entry pasti entry bahagia. Pegang kata-kata aku ini.



2 Heart(s) Screaming.:

Rara Nasiha said...

Entry berguna. At least for me :)

Ieeko. said...

Rara Nasiha : I am glad :')

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space