Saturday, December 8, 2012

Kenali Perempuan.








Assalamualaikum.


Apa khabar semua orang? :) Harini tiba-tiba rasa macam nak bercerita tentang kaum aku sendiri iaitu Kaum Hawa. Meski pun entry ini mungkin boleh dikategorikan sebagai entry jiwang *pui*, tapi rasa-rasanya ramai mungkin Kaum Hawa akan bersetuju dengan entry aku kali ini :)


InsyaAllah. Aku mulakan entry ini dengan Bismillah.


Sering kali aku melihat kawan-kawan perempuan aku dicaci dimaki kerana terlalu mencintai pasangan mereka itu. Dan sering kali juga Kaum Adam tidak hargai perasaan mereka ini. Bukan aku ingin mengatakan hanya Kaum Hawa sahaja yang benar-benar menyayangi seseorang itu. Bukan itu maksud aku.


Cuma dah terlalu banyak cerita di mana penyudahannya seorang lelaki itu akan meninggalkan seorang wanita itu mentah-mentah sahaja yang aku dah lihat dengan mata aku sendiri. Iya, memang benar. Jika bukan jodoh, memang tak kemana. Tapi lupakah anda bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu menyuruh Kaum Adam untuk menghormati dan menjaga perasaan Kaum Hawa?


Dan sesungguhnya hanya usaha dan doa yang sentiasa bertitip di bibir yang boleh mengubah takdir seseorang itu. Tiada apa yang mustahil jika Allah S.W.T itu tidak menolaknya. Jadi jika benar-benar inginkan sesuatu itu, berusaha lah selagi anda mampu. Bersungguh-sungguhlah dalam membuatnya. Dan selebihnya tinggalkan kepada Allah untuk menentukannya.


Jadi harini aku mencari sedikit masa untuk Kaum Adam mengenali Kaum Hawa dengan lebih dekat. Semoga entry ini mampu memberi sedikit info tentang kami yang bergelar Kaum Hawa ini. Yang baik datangnya dari Allah. Yang buruk itu datang dari diri aku sendiri. Mohon ampun jikalau ada tersalah di dalam entry ini :)




 


Bismillah. .


Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah. Tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya. Tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.


Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh bukan? :) Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Hampir setiap hari pergaduhan akan tercetus.


Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Dan itu bukan bermaksud dia benar-benar gembira. Mungkin sahaja dia cuba menyorokkan perasaan sebenar yang tersimpan rapi di dalam hati kecilnya.


Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. Tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang. Tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian ;)


Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
 

Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. Dan apabila berjauhan, bayangan anda akan sentiasa bermain di mata mereka dan apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya. Kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.


Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik :)


Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Itulah yang bergelar perempuan ..


Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.


Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang mampu menggoncang dunia dan mungkin pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.


Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda. Jadi hargai lah kasih sayang seorang wanita. Apabila mereka sayang anda, mereka memang benar-benar sayang :)








Semoga entry ini memberi seribu makna pada seseorang yang tidak mampu untuk mengungkapkan perkara ini dari mulut mereka sendiri :)


 
* Perempuan memang rumit. Tapi kasih sayang mereka tiada tandingannya. Percayalah.


2 Heart(s) Screaming.:

Anonymous said...

mtk izin utk reblog bole? :)

Ieeko. said...

@ fatihah kamarudin silakan :)

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space