Sunday, April 8, 2012

Silapnya Seorang Perempuan.






Silapnya seorang perempuan ialah,

Bila dia percaya, maka dia terlalu percaya.

Bila dia menyayangi, maka dia menyayangi sepenuh hati.

Bila dia memberi, maka dia berikan segala-galanya.



Makanya,

Selagi belum pasti, jangan memberi sepenuh hati.

Selagi belum memiliki dan dimiliki secara halal dan sah,

Jangan memberi segala-galanya.



Bila kita terlalu mudah memberi,

Maka kelak nanti kita akan sangat sukar melepas pergi.



Renung-renung kan lah wahai perempuan :')


Ada ketika nya kita perlu berhenti untuk menjadi 'segala-galanya' untuk orang yang kita sayang. Ada ketika nya kita perlu diam seribu bahasa untuk melihat sejauh mana mereka mampu untuk pergi, semata-mata untuk dapatkan kita semula.


Belajarlah untuk menyayangi manusia dengan sederhana.







Hati aku kerap berdebar-debar sekarang ni. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab hati tak tenang. Ingin meluahkan, tapi lebih elok memendamkan sahaja dalam hati. Kurang disakiti, dan kurang menyakiti.


Perempuan kalau dah sayang, memang sanggup susahkan diri sendiri untuk orang yang dia sayang tu kan? Benda ni memang normal :) Antara dihargai oleh orang tu ataupun tak je.


Jadi perempuan, bersabar lah selagi mampu. Redha je la dengan semua yang berlaku. Insyaallah, mata lelaki-lelaki di dunia ni pasti akan terbuka juga satu hari nanti, dan mereka akan nampak segala usaha kita. Insyaallah, dengan izin-Nya :)


Insyaallah, insyaallah, insyaallah.



* Salah kita jugak. Tak pernah setia dengan Allah S.W.T. Asek manusia je yang kita cari. Last-last manusia entah ke mana, Allah jugak yang kita cari.


4 Heart(s) Screaming.:

Ardini Izzati said...

Suka sangat ayat-ayat akak :)

amira faqihah said...

betul ckp akk,,mira pernah rase mcm tu.

Ieeko. said...

@Ardini Izzati

Thankyou :)

Ieeko. said...

@twinkle twinkle

Who doesn't kn :')

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space