Wednesday, April 4, 2012

Perempuan Memang HARUS "Memilih".







Lelaki soleh digalakkan berkahwin dengan perempuan tak solehah,
Tetapi perempuan solehah tidak digalakkan berkahwin dengan lelaki tak soleh.
- UAI.




Assalamualaikum kawan-kawan :)


Aku kurang sehat la minggu ni, sorry lah eh jarang update. Takde masa untuk tengok lappy ni ha (bajet macam ada orang tunggu update dari aku je en? Puiii). Maafkan aku kalau aku ada cakap merepek or ejaan macam pelik-pelik ke, sebab aku tengah 'high' baru lepas makan ubat yang begitu banyak yang boleh buat aku muntah setiap kali aku tengok ubat-ubat tu.


Walaupun tengah 'high', tapi gagah jugak aku nak berblogging kan? Sangat wanita sejati (takde kena mengena). So, lagi sekali sorry kalau aku bakal tulis merapu-rapu. Nyehhh.


Okay, entry ni sebenarnya aku tulis lama dah, tapi itu lah, tak tercapai hajatnya untuk publishkannya. Asek save ke kan, publish nye idakk jugak. So malam ni, sempena esok aku MC, aku pun membuat keputusan untuk habiskan apa yang telah aku mulakan dan menaip sambil senyuman yang sangat manis dan ayu di muka bulat aku ni. Aummmm.


Haritu, masa tengah online fesbuk, ada la kawan lama aku time sekolah dulu-dulu bertanya kan sesuatu kat aku;






Meh aku tulis balik apa yang dia tulis, in case korang tak faham kan.


SH : Ikin dah kawen belum?


So masa tu aku tengah amek mood untuk tidur la kan, sekali tu tersengih jugak la aku dalam bilik tu. Asal la bila lama tak jumpa je mesti soalan 'kawen' yang muncul? Cuba tanya "Eh Shikin, kau bawak kereta Audi Q7 eh? Haritu aku nampak" ke kan, confirm aku senyum lebarrrrrrr :D






Jawapan common. Ataupun - jawapan retis. Aku pun taktau bila aku kawen kan, tuptup tahun depan. Haaaa tak terkejut semua orang? So untuk selamat, cakap je lambat lagi. Mr.X-Man pun takde niat lagi nak hantar rombongan merisik kat aku. Ehek ehek ehek (gelak gedik + gatal please).







Tudiaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, reply yang sangat common jugak di zaman sekarang ni. Asal cakap takde boifren je mesti depa semua assumed kita ni memilih. Asal cakap kawen lambat je, mesti cakap kita memilih. Apa punya mindset la orang melayu kita ni?


Jadi kerana aku dah banyak kali dapat reply macam ni, makanya malam itu aku cakap something yang aku rasa memang harus pun perempuan semua buat macam apa yang aku cakap ni.






Zasssssssssssss. Pedas sekali aku balas kat muka depa semua. Setepek duatepek, bertepektepek kat muka kena. Hmph. Bukan apa, tapi memang betul la kan apa yang aku cakap tu? NAK CARI SUAMI YANG SOLEH KENA LA MEMILIH. ITU SATU BENDA YANG HARUS BAGI SETIAP PEREMPUAN.


And yes, AKU MENCARI BAKAL SUAMI, BUKAN BAKAL BOYFRIEND. I had enough with all this monkey-gorilla-kingkong love. I'm searching for a true love and I hope it would be my last. I want to find someone who could spend the rest of his life with me, in halal-way. Insyaallah.


Sebelum kawan-kawan aku cakap macam ni kat aku, ada la jugak nak dekat 20 orang kata macam tu kat aku, tapi aku chill je. Lantak pi la depa nak cakap apa pun. Untuk aku, mulut orang kita tak leh nak tutup, so biarkan ianya tertutup sendiri.


Selalu diorang akan cakap "Tak get over lagi ke ex awak tu?". Ni lagu satu feedback yang sangat fofular yang aku sering dapat selain daripada "memilih" tu. I've said it once, and I've said it twice, but its okay, if it takes a hundred years for me to keep on saying this, I will - No, aku dah over ex aku lama dah. It has been 3 years plus, and ramai jugak yang mintak tips dari aku untuk 'melupakan' ex-ex mereka.



"Berdoa, mengadu pada Allah, keep on reminding yourself that you are priceless and strong, and you CAN live without anyone in this world including your family because eventually, people leaves. If kau happy sebelum jumpa mereka, you can be happy without them. And yang terakhir; you have Allah near to you. You don't need anything else :)"



- Nasihat aku untuk mereka. Aku kekal kan benda-benda ni kat diri aku masa zaman kejatuhan aku dulu. 4 years been together, but takdir Allah dah menentukannya, kami berpisah dengan cara yang kurang baik. Dan Alhamdulillah, kurang dari setahun, aku dah dapat lupakan dia. But I will never say no if any of my ex-es nak jadi kawan dengan aku balik. Let bygone be bygone kan :)


Tapi lepas je kawan-kawan aku tu tanya kat aku gitu (sambung balik), makin ramai pulak 'sang arjuna' datang mai kat aku dan bertanya tentang 'status' aku. Bila aku kata single, semuanya cakap 'Awak memilih sangat ke?". Emmm, agaknya semua lelaki memang berfikiran kolot sebegini kot kan? Dan kerana aku dah 'puas' dapat feedback macam tu, aku pun dengan senang lenangnya meng-hapdet status di fesbuk.





Orang selalu cakap aku single sampai sekarang sebab aku memilih sangat. Meh sini aku bagitau kat hangpa semua. Yes memang aku sangat memilih. Kenapa? Sebab aku bukan cari bakal boyfriend. Tapi aku cari bakal suami. Dan semua perempuan HARUS memilih dalam bab mencari bakal suami sebab kami semua perlukan seorang pemimpin yang mampu untuk membimbing kami ke Syurga-Nya. Ada faham? Bagus kalau dah faham.



Akhirnya terkeluar jugak benda ni dari mulut aku. Memang malam tu niat aku memang untuk bagi lelaki-lelaki yang pernah bertanya kat aku tu untuk berasa sedikit 'sentap' di dada mereka semua. Maybe agak poyo, but well, at least I got my point. Don't you think so?


Memang perempuan harus untuk ada sikap memilih dalam mencari pasangan ni. Sebab dah memang tertulis di dalam Al-Quran, dalam keluarga lelaki(suami) adalah ketua keluarga. Tak akan la kalau kita dah tersuka dengan orang yang hisap dadah/main dengan ramai perempuan, kita masih nak jadikan dia bakal suami kita? Suka macam mana pun, sebagai perempuan kita kena fikir jauh untuk masa depan kita jugak.


Nak ke kita diseret ke neraka dengan bakal suami kita yang tak mampu untuk membimbing kita ke Syurga-Nya? Cakap lah aku ni poyo or whatsoever, aku tak kesah. Aku tetap jugak dengan pendapat aku. Biar aku memilih dalam mencari bakal suami aku, asalkan aku berjaya kat dunia dan akhirat.


Terpulang lah pada diri masing-masing kan, ada jenis yang tak memilih, ada yang jenis memilih. So ikut suka korang. Hak masing-masing. Kalau untuk korang lelaki tu ada sifat pemimpin, do not let go! Seriously. Jangannnnnnnnn. Sebab rugi lah kalian jika melepaskan lelaki yang elok akhlak dan agamanya untuk lelaki yang manis hanya dibibirnya.




Mr.X-man : I rasa I takde sifat pemimpin lah. Hmm.
Me : Kenapa pulak you cakap macam ni?
Mr.X-man : Entah la. I rasa macam I tak boleh nak jadi suami yang bagus satu hari nanti.
Me : Memang sekarang ni you tak nampak lagi yang you boleh memimpin isteri and keluarga you. Tapi I dah nampak.
Mr.X-man : Maksud you?
Me : I can see you raise your wife and child dengan eloknya satu hari nanti. To be honest, ramai lagi lelaki kat luar tu yang baik, tapi I nampak you boleh bimbing bakal isteri you ke jalan yang benar :)
Mr.X-man : Insyaallah.



Jujur, aku nampak Mr.X-man ni seorang lelaki yang sangat nakal, tapi kalau bab agama, hukum aurat dan sebagainya, memang aku serahkan semuanya kat dia. Memang I could trust him on that. Aku boleh nampak dia didik anak-anak suatu hari nanti. And keluarga yang paling bahagia ialah keluarga yang sentiasa mengikuti perintah Allah. Dan untuk mendapat itu, kita; perempuan, harus memilih lelaki yang soleh dan yang mampu untuk bimbing kita.


Sedar tak sedar, entry kat blog aku ni banyak ke arah agama kan sekarang? And aku sedar, diri aku menjadi seperti sekarang sejak aku mulai rapat dengan Mr.X-man. Alhamdulillah, Allah dah tetapkan takdir aku untuk ditipu, dihina dan dilukai dengan 'masa lepas' aku kerana DIA mempunyai sesuatu yang lebih berharga untuk aku :')


Terima kasih Ya Allah. Dan disini, aku nak cakap jutaan terima kasih kepada EX-ES aku for whatever you guys has done for me, the pain, the joy and mostly, the memories. You guys has taught me to be stronger than I was before with whatever pain that I had to deal with. And now, I'm proudly to say that I am getting better each and everyday for that I have a guy that leads me to HIS Jannah, Insyaallah. :)


Alhamdulillah, pengalaman-pengalaman bercinta aku dulu banyak mengajar aku untuk menjadi matang. Dan dengannya Mr.X-man sekarang di dalam hidup aku, aku sangat sangat bersyukur yang aku kini semakin bijak untuk berfikir tentang masa depan aku di sini; dunia dan di sana; akhirat.



Me : Nanti bila besar, you didik ah anak-anak sesorang eh. I goyang kaki. Ngehhh.
Mr.X-man : (diam) .. Boleh. Tapi ...
Me : Tapi apa?
Mr.X-man : Tapi I mati cepat lah (sambil ketawa).



Ada masanya kita berada di atas, dan ada masanya kita berada di bawah. Jangan putus asa wahai wanita. Mungkin korang pernah disakiti, dilukai, ditipu, dicurangi oleh masa lepas korang. Jangan putus doa (aku cilok ayat mak Mr.X-man yang dituju kepada aku haritu ketika aku sakit :'D) dan yang paling penting, cuba buka mata anda untuk menilai sejauh mana lelaki itu boleh membimbing anda.


Mampu kah mereka membimbing anda hingga ke Syurga? Atapun mereka hanya mampu untuk membimbing anda di dunia sahaja? Berfikirlah sedalam yang mungkin. Kerana aku pasti, kita; kaum hawa, hanya mahu yang terbaik dari yang terbaik :)


Alhamdullilah, aku berada di puncak di dalam hidup aku ketika ini. Dan jujur, aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar Mr.X-man adalah jodoh ku. Kerana aku tahu, dan aku pasti, dia mampu membimbing aku untuk menjadi isteri dan ibu yang solehah suatu hari nanti.


Kalau sekarang pun dia boleh bimbing aku ke arah kebaikan ketika masih dalam hubungan sebagai 'kawan', apatah lagi bila dah di dalam hubungan 'suami isteri' kan? Insyaallah. Semoga dia yang terakhir.


Mr.X-man, I know you will read this entry. Keep on smiling whenever you see your name here :P



* Memilih untuk kepentingan sendiri tak apa. Tapi biar lah berpada-pada. Dan maaf, aku mencari bakal suami, bukan bakal boyfriend :)

4 Heart(s) Screaming.:

Madihah Mahathir said...

youuuu, gossip2. sama Mr. X-man tu haaa? hihi. :P

twinkle twinkle said...

semoge akk mndpt sorg suami yg soleh :)

Ieeko. said...

@Madihah Mahathir

Lateerrr :P

Ieeko. said...

@twinkle twinkle

Insyaallah :') Aminnnn!

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space