Wednesday, April 11, 2012

Jangan Putus Berdoa.






Sometimes you don’t realize how badly you miss someone,
till you just cry in your pray (during doa).




Assalamualaikum.


Hey kawan-kawan. Selamat hari Rabuuuu. Pagi tadi bangun macam blur kejap otak ni; "Harini isnin ke? Or ahad? Eh hari apa ni?". Terus bingung otak aku ni. Jarang sekali aku mengalami benda-benda macam ni.


Dan semalam jugak, aku kena 'hempap' dengan 'benda' tu lagi. Tapi this time takde la suara or apa-apa, cuma setiap kali aku baca surah, bergegar la seluruh badan aku. Aku perasan kan, setiap kali aku terlalu penat, ataupun masa aku tersangatlah down, mesti 'benda' ni muncul. Hish, aku ingat la kan, dia nak jadi a shoulder to cry on kot *okay, memain la kau cikunn!*


Em lately ni, aku taktahu kenapa aku macam down and setiap kali tutup mata, mesti hati ni macam tak sedap and rasa berdebar-debar. Rasa ada je benda yang tak kena. Nak menangis tapi takde sebab. Tapi kalau tak nangis, rasa dada tu macam ketat sangat. Macam nak meletop. Entah la. Pelik aku.


Ahh, korang pernah tak rindu kan seseorang sehinggakan korang menangis dalam doa korang selepas selesai solat? Jujur lah, lately ni memang kerap sungguh aku ni 'ter'menangis masa tengah doa. Ter eh. Ter :'P


40% kerana rindu, 60% kerana meminta pertolongan dari Allah S.W.T untuk menjadikan aku kuat dalam menghadapi semua rintangan dan dugaan di dunia ni.


Korang pernah tak time korang down, ataupun terlalu sedih, korang rasa macam nak je jumpa someone yang boleh buat korang okay balik? Ada tak someone yang boleh buat korang macam tu? Contoh, macam mak korang ke? Adik korang ke? Kawan baik korang ke?


Aku, jujur lah. Ada. Time aku down or sedih sesangat, mesti aku nak jumpa someone tu. Entah kenapa. Pelik bebenor bila aku fikir balik sekarang ni. Kadang-kadang takut pulak kan dia rimas dengan perangai aku ni. But serious, kalau aku tak dapat jumpa someone tu, jumpa suami-suami aku pun aku rasa aku dah boleh okay balik. Dengan perangai bangang sekor-sekor, siapa tak boleh gelak en -.-'


Lately ni ramai cakap aku sering muram dan aku tak macam dulu, jenis happy go lucky, otak gila dan seronok bersama-sama. Aku pun taktahu kenapa. Moga-moga takde la apa-apa buruk yang terjadi kat aku.


Dan semoga entry ini bukanlah entry yang terakhir dari aku untuk korang semua. Insyaallah :)


And yes, I missss youuuuu xx








Kalau rindukan seseorang, angkat tangan dah berdoalah pada Allah;
"Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ________ [nama penuh insan tersebut] sehingga aku menjadi kerinduannya.


- Almost setiap hari aku buat benda ni.
Alhamdulillah, sekali setahun pun cukup lah kan aku menjadi kerinduannya daripada takde lsg kan? :')







Pesanan dari Mak Mr.X-Man kepada aku.
Insyaallah, Shikin tak akan putus berdoa, mak :)




Kalau anda berasa sungguh kecil, mahupun terasa seperti anda tiada siapa-siapa di dunia ini, berdoa lah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu sentiasa ada. Cuma kita tidak dapat melihat dengan mata kasar. Yakin lah kepada Allah.


Dan jika rindu kan seseorang itu, berdoa juga lah kepada Allah. Mohon lah kepada-Nya supaya rindu kita itu akan disampaikan kepada orang berkenaan. Dan sesungguhnya, jangan lah rindu kita sesama manusia melebihi daripada rindu kita kepada Rasulullah S.A.W dan juga kepada yang Satu; Allah S.W.T


Apa-apa pun, jangan pernah putus berdoa. Allah sentiasa dengar. Susah dan senang, berdoa lah. Insyaallah, segala urusan kita akan dipermudahkan. Amin.



Ya Allah, aku memohon keampunan dariMU. Terlalu banyak kesalahan yang telah aku lakukan. Bantu lah hambaMU ini untuk mengharungi susah senang di dunia ini supaya aku akan sentiasa tabah untuk mengejar bahagianya di SyurgaMu nanti. Insyaallah. Sesungguhnya Engkau lah Satu-satunya Tuhan Kami. Amin.




* When you’re going through something hard and you start wondering where Allah is. Just remember the Teacher is always quiet during a test :)




3 Heart(s) Screaming.:

WH said...

nak nanges baca entry ni.. xpe,kita sama2 sabar k :')

Ieeko. said...

@Why Farouk

:') Insyaallah. Amin :)

Anonymous said...

Saya juga sedang merinduinya, semoga silaturrahim kita masih kekal

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space