Friday, February 3, 2012

(AURAT) - Wahai Kaum Hawa; Kalau Betul Sayang.





That hijab, so neatly assembled on a Muslimah's head, has a thousand times more beauty than a crown on a Queen's head.




Assalamualaikum kawan-kawan :)


Salam jumaat. Sebelum aku start membebel, aku nak mintak jasa korang semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada jiran aku yang baru sahaja meninggal dunia semalam. Dia merupakan suami kepada jiran aku. Orangnya pendiam dan baik akhlaknya. Semoga dia dicucuri rahmat Allah. Al-fatihah *tadah tangan baca doa*


Okay, hari ni aku nak berceloteh tentang aurat seorang wanita. Tak dinafikan, memang ramai sekarang kaum hawa yang berjinak-jinak memakai tudung. Alhamdulillah. Dan tak lebih kurangnya jugak perempuan yang tidak menutup aurat. Aku bukan nak kondem orang yang tak tutup aurat okay? Aku cuma sekadar mengingati sesama kita.


Kebanyakan wanita-wanita di dunia ni selalu memberi alasan yang mereka tidak mahu memakai tudung kerana paksaan mahupun kerana orang. Tapi mereka mahu memakai tudung kerana Allah. Tapi sedikit sebanyak itu, tahu tak yang kalau korang pakai tudung kerana orang mahupun paksaan, ia 50 kali lebih elok dari tidak menutup aurat lsg?


Walaupun dipaksa untuk memakai tudung, sekurang-kurangnya paksaan itu atas desakan untuk mematuhi arahan Allah S.W.T - Tiada wanita yang memakai tudung dipandang hina oleh masyarat kecuali si pemakai tudung itu boleh memalukan Islam di mata orang-orang. Seperti memakai tudung tapi memakai baju ketat sehingga menampakkan bentuk tali bra/coli, memakai tudung tetapi berlengan pendek, memakai baju tapi memakai seluar senteng sehingga betis.


Banyak kelebihan orang yang menutup aurat ni. Dan juga banyak kelebihan menjadi seorang wanita. Wanita adalah salah satu benda paling ajaib di dalam dunia ini seperti mana yang aku pernah dengar dalam ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dan tak dinafikan, wanita memang senang untuk masuk ke Syurga, tapi wanita jugak lah kaum yang selalu lalai dan mengambil mudah akan segala benda yang diwajibkan ke atas dirinya.


Seperti aku, aku memang suka pakai t-shirt je. Sebab ringkas. Dan aku sejujur-jujurnya, aku memang tak reti berfashion weeeeeehh. Tak tipuuuuuuu takkkk tipuuuuuuuuu! Sejak dua menjak ni je la yang aku mula nak berfashion-fashion tapi selalunya failed! Haha :) So since aku jenis yang simple, aku suka pakai t-shirt lengan pendek.


But, untuk orang-orang yang selalu baca blog aku, korang mesti dah tau yang I'm a cardi lover, right? So yes, aku selalu pakai cardigan bila aku pakai t-shirt lengan pendek. Sebab untuk aku, orang-orang yang pakai lengan pendek tapi pakai tudung, serupa pakai seluar pendek je.


Chop! Before this aku selalu gak la pakai lengan pendek and tudung pastu keluar. Perghhhhh, sekarang ni bila aku kenang balik, tepuk dahi, goyol-goyol dahi sikit sambil berkata - apekebodohnyaaaaa kau ni Cikinnnn. Tapi takpe, at least aku dah belajar dari kesilapan kan? And yes, aku suggest kan kepada yang suka pakai t-shirt je, sila la beli cardigan. Sekarang ni cardigan semuanya lawa-lawa. Ada satu tu aku berkenan lah sangat kat cotton on. Arghhhh.


So berbalik kepada isu aurat. Menutup aurat bukan lah hanya semata-mata memakai tudung aje. Menutup aurat banyak cabangnya. Salah satu nya, of course lah bertudung. Tapi kalau pakai baby-t, leggings, and tudung - adakah ini dianggap sebagai menutup aurat? Tidak bukan? :) Tapi ini lah yang sering aku nampak remaja-remaja sekarang lakukan. Tshirt punya lah ketat, tidak bercardigan, seluar pakai leggings aje.


X : Leggings tu bukannya seluar.

Me : Hah? Bukan seluar? Maksud you?

X : Leggings tu dia melekat kat kaki. Itu membalut aurat, bukan menutup aurat.


Betul sekali apa yang Mr.X-man cakapkan tu. Islam menyuruh kaum hawa menutup aurat, bukan membalut aurat. Lepas aje aku kena sound tepek dengan Mr.X-man, terus aku dah tak pakai legging aku -.- Boleh dikatakan purata wanita zaman sekarang mempunyai leggings lebih kurang 80%. Aku salah sorangnya lah yang pernah pakai satu ketika dahulu. Tapi aku pakai legging dengan baju yang labuh lah.





I want to get to a point in my life where I am pleased because I know Allah is pleased with all that I’m doing.




Haram bagi seorang wanita itu meletakkan gambar nya di mana-mana web dengan niat supaya orang jatuh hati kepada nya - lagi aku petik dari kata-kata Ustaz Azhar Idrus. Sekarang ni kalau kita semua tengok, perempuan-perempuan tidak ada rasa segan silu untuk meletakkan gambar 'mendedah aurat' mereka untuk dijadikan tontonan orang ramai.



Kadang-kadang tu bila tengok comment-comment dari lelaki, aku pulak yang jadi segan. Terus rasa macam nak hide album aku semua dalam fesbuk *tiba-tiba kan?* haha. Dan hukum kita 'like' gambar wanita yang tidak menutup aurat? Berdosa. Haram. Itu seperti kita menyokong mereka untuk mendedahkan aurat mereka.



Secantik mana pun seorang wanita itu bila mendedahkan aurat mereka di khalayak orang ramai, cantik lagi seorang wanita yang menutup auratnya di mata Allah. Buat apa kita nak cantik dan disukai oleh orang ramai sedangkan perasaan suka itu boleh berubah. Lebih baik kita disukai oleh Allah, kerana cintaNYA kepada kita tak akan pernah berubah.



Aku sejujur-jujurnya, nak cakap aku ni fully covered, tak jugak. I mean, bukan lah aku ni on off on off. Maksud aku, kadang-kadang ada jugak aku pakai baju yang takat sampai siku. Selendang yang mendedahkan sebahagian leher aku, dan juga baju yang kadang-kadang mengikut bentuk badan. Tapi aku belajar dari kesilapan aku. Aku tanak kejar dunia, aku nak kejar Syurga. Insyaallah.



Disini, aku ada point-point yang aku takde cilok dari mana-mana. Ianya datang dari aku sendiri.




1. Kalau betul sayangkan diri sendiri, tutup lah aurat.


Wanita tak dinafikan selalu memanjakan diri mereka dengan pergi ke spa dan lain-lain. Itu salah satu cara mereka untuk menyayangi diri mereka sendiri. Tapi itu ke cara anda sayangkan diri anda? Dengan memanjakan diri di spa, buat pedicure manicure, selalu cuci dan blow rambut di saloon? Tidak. Itu bukan caranya kamu menyayangi diri kamu sendiri. Orang yang sayang dirinya akan sentiasa menutup aurat dan berbakti kepada Allah. Kerana kalau betul mereka sayangkan diri mereka sendiri, takan la mereka sanggup untuk buat benda yang boleh mengakibatkan mereka masuk ke Neraka, kan?




2. Kalau betul sayangkan kawan-kawan, tutup lah aurat.


Kawan-kawan - siapa je la yang tak sayang kawan-kawan kan? Bagaimana anda menunjukkan kepada mereka yang anda sayangkan mereka? Selalu lepak bersama? Selalu bermanja-manja? Selalu ketawa bersama? Salah tu. Kalau betul anda sayangkan mereka, tutup lah aurat kamu supaya apabila mereka memandang kamu, mereka tidak akan mendapat dosa kering. Cukup lah dengan dosa-dosa kering mereka apabila mereka melihat perempuan seksi yang tidak dikenalinya.




3. Kalau betul sayangkan ayah, tutup lah aurat.


Ramai wanita yang berkata "I love my dad so much!" but, sejauh mana korang sayang ayah korang? Kalau setakat cakap sahaja, tak guna. Tahukah anda dosa anda yang tidak menutup aurat boleh mengheret ayah korang masuk ke Neraka? Itu yang korang cakap sayang tu? Untuk aku, itu bukan sayang namanya. Kalau betul sayang, jaga aurat, jaga iman, dan jaga akhlak.




4. Kalau betul sayangkan suami, tutup lah aurat.


Isteri mana yang tak sayangkan suami kan? Tapi sejauh mana korang sayang kat suami anda? Dengan memberi zuriat kepada mereka? Itu salah satunya, tapi seelok-eloknya, tutuplah aurat kamu itu sebagai status seorang isteri. Dosa-dosa lelaki yang bukan muhrim yang memandang aurat kamu, semuanya ditanggung oleh suami anda. Kalau anda tidak mahu suami anda gagal menjadi seorang pembimbing di dalam keluarga, tutup lah aurat, jaga lah mahkota kamu dari orang lain.



5. Kalau betul sayangkan Nabi, tutup lah aurat.


Siapa yang tidak sayang Nabi? Cuba korang bagitahu aku, siapa? Tiada siapa yang tidak sayang Nabi kita kan? Tapi sekadar sayang di mulut, tidak guna. Walaupun kita sering berselawat ke atas nabi, cuba kita mengambil sedikit sebanyak dari kisah-kisah lama Nabi, supaya kita dapat muhasabah diri kita sendiri dan menutup aurat supaya Nabi tidak menangis melihat kita semua di dunia ini.


Aku lupa dari hadis mana yang dipetik, tapi Rasulullah pernah berkata; Kalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan menangis selalu dan hanya senyum sedikit.



6. Kalau betul sayangkan Allah, tutup lah aurat.


I have nothing to say about this. If you truly love HIM, you know what you NEED to do in order to PLEASE him and at the same time, be His pious SERVANT.


Ada aje yang tidak menutup aurat, tetapi solat lima waktu tidak pernah ditinggalkan. Selalu solat sunat, selalu berpuasa sunat dan lain-lain. Semoga orang-orang sebegini mendapat Hidayah dari Allah secepat mungkin supaya mereka menjadi wanita solehah. Amin.


Aku bukan nak kata orang yang tidak menutup aurat itu tidak baik. Jangan salah anggap dengan entri aku ni. Aku petik lagi dari kata-kata Ustaz Azhar Idrus; Biar akhlaknya terjaga, walaupun tidak menutup aurat. Kerana kalau akhlak yang dijaga dengan baik, Insyaallah satu masa nanti mereka akan menutup aurat kerana Allah. Okay ayat tu bukan bulat-bulat aku copy paste dari mulut UAI, tapi apa yang cuba aku sampaikan, sama dengan apa yang UAI cakapkan di salah satu ceramah beliau.



I’m not trying to be a saint. I’m just trying to fix myself, leaving all my bad behaviours behind, and fill this soul with pure kindness. But at the same time, trying to remind everyone else about leaving theirs too. A good muslim is someone who is always remind herself and others to worship to Allah. Lets pray that HE grant us His Jannah. Insyaallah. Amin.



Usahlah kita menjadi perbualan hangat di muka bumi ini. Cukuplah sekadar nama kita selalu menjadi sebutan penduduk langit :')





Sejuk hati memandang.


Aku dambakan sebuah keluarga seperti keluarga Ustaz Azhar Idrus.
Jauh di lubuk hati, terdetik niat untuk memakai purdah satu hari nanti.
Insyaallah :')




Semoga yang baik di ambil, dan yang kurang baik di buang. Maafkan aku kalau ada yang terasa. Sama-sama lah kita mengejar tempat di Syurga-Nya. Dunia ini tiada yang kekal. Semuanya milik Allah.


Orang yang mati meminta peluang sekali lagi untuk hidup supaya dapat mengumpul amalan. Orang yang masih hidup seperti kita ini, masih tidak sedar-sedar lagi dan mengumpul dosa kering yang kelak akan diberi azab di dunia akhirat. Astaghfirullah Al' Azim. Mintak dijauhkan dari kita semua. Amin.


Sekian, Jazakallah. Assalamualaikum :)



* Perempuan yang sihat dan kuat kerap ke gym untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan badannya. Tapi wanita yang solehah, kerap bersujud untuk mengekalkan iman dan membentuk jiwanya :)


12 Heart(s) Screaming.:

Ziera Sharpℓet ♥ said...

like. mintak share (:

Mesyhta Beto said...

Al-fatihah

Nasuha Suhada said...

gambar atas sekali tu comey!

Nasuha Suhada said...

gambar atas sekali tu comey!

nafisah said...

fuh.baru taw pasal legging uh . thanx*

JH said...

Wahhhh. Nice entry. Yeee, memang perempuan senang masuk syurga. Dan most important, perepuan senang juga masuk neraka. Bac entry rasa penuh keinsafan pulak =)

Ieeko. said...

@ Ziera Sharpℓet ♥

Sila kan :) Alhamdulillah.

Ieeko. said...

@ Mesyhta Beto

Amin.

Ieeko. said...

@Nasuha Suhada

Thankyouuuu :D Alhamdulillah.

Ieeko. said...

@ nafisah

Sama2 :)

Ieeko. said...

@ JH

Alhamdulillah. Lega mendengarnya :)

hafeez said...

salam,
tgk gmbr awk yg kat ats blh kanan tuu..
boleh nmpk kaki awk.
so..tutop lah aurat yer. pkai stoking. mmg x wjb pkai stoking tp klau dah kain yg kita pakai tu xcukop labuh smpai nmpk kaki. apa salhnyer pkai kan?
dan klau boleh, pkai lah scarf tangan walaupun dah pkai bju lengan pnjg..
juz precaution utk lengan kte x dilihat scre x sngje olh org bkn mhrm~

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space