Sunday, January 15, 2012

MENIPU.





Indeed.



Assalamualaikum. Selamat mengerjakan solat subuh kawan-kawan :)


Harini aku tersangatlah pening. Rasa macam nak pecah kepala ni. Berdenyut-denyut macam nak meletop. Sakit sakit sakit :(


Walaupun kepala berdenyut, tapi aku gagahkan diri aku untuk berblogging pagi ni. Aku tak tidur lagi dari semalam. Tahniah chikingggg. Kau bakal diberi hadiah eyebag sebesar beg sekolah tarik budak-budak sekolah rendah dan jugak muka yang sangat lesu seperti baru lepas melahirkan anak. Congrats!


Tipu - menipu dan ditipu. Em em, best ke menipu ni? Best ke mainkan perasaan orang? Best ke buat orang sedih and menangis? Best? Kalau best, bagus la tu. Allah S.W.T still bagi kau waktu untuk berubah. Sebelum DIA amek semua dari kau, baik kau berubah. Kes tipu menipu ni dah macam perkara biasa kan kat dunia ni? Orang tu tipu orang ni, orang ni tipu orang tu. Apa 'KEBENARAN' tu dah tak penting ke?



Aku pelik betul dengan manusia skang ni. Lagi-lagi yang tipu pasal perasaan. Apa yang kau dapat bila tipu? Seronok mainkan perasaan orang? Kalau dah tak sayang, blah je. Tak perlu nak stay dengan seseorang tu sebab kesiankan dia. Itu lagi menyakitkan dari ditipu.


Kat dunia ni siapa je yang tak pernah menipu dan ditipu kan? Aku mengaku, aku pernah la menipu jugak. But when it comes to feelings, I don't play shit. And yes, I mean it. Aku tak suka mainkan perasaan orang. Sebab aku percaya, Allah Maha Adil. Apa yang kau buat, kau kena balik nanti. Masa je yang akan menentukan.


Aku banyak kali bagitau Mr.X-man, when it comes to feelings, be true. Kalau hati dah berubah, angkat je kaki. And let me know. Aku lagi sanggup orang tu blah dari hidup aku daripada orang tu stay sebab kesian kat aku. Oh no no no, I freaking hate that. And Alhamdulillah, Mr.X-man sangat lah memahami.


Setiap kali aku ditipu, fuhh aku cuba untuk bersabar walaupun kesabaran tu memang dah macam lidi sate. Kurusssss je. Yes, kesabaran aku memang sangat 'kurus' masa tu. Tapi apakan daya, aku hanya mampu bersabar. Orang semua suruh aku balas balik, tapi sampai sekarang aku masih pegang lagi kata-kata ni;



"Seteruk mana pun seseorang tu berbuat jahat dengan kita, jangan sesekali kita membalasnya dengan kejahatan. Kerana itu yang Allah ajar hamba-NYA semua."



Alhamdulillah, sampai ke hari ni aku masih berpegang pada kata-kata ini. Orang selalu cakap aku ni senang kena pijak kepala, sebab aku terlalu baik. Nak cakap aku ni terlalu baik, tak jugak. Agaknya kepala aku ni syok dipijak-pijak kot? Tapi aku takde la nak pijak kepala diorang balik. Orang yang bersabar ni lumayan ganjarannya kelak. So aku pun bersabar je lah.


Dan Alhamdulillah, Mr.X-man pun selalu ingatkan aku untuk bersabar setiap kali aku rasa macam nak berubah menjadi Godzilla. Tapi disebabkan kuasa Mr.X-man tersangatlah kuat, aku pun tak jadi lah berubah menjadi Godzilla tapi aku terus jadi perempuan ayu yang sedang bersabar. Huehueuheuehue. Gediks kan ayat I? Ahaha dulikkk lagi akuuuuu :)


So kepada orang-orang yang suka menipu kat luar sana, tolong lah berubah. Menipu tu sangatlah tidak best. Sebelum korang menipu, fikir lah dulu. Apa korang rasa bila orang tipu korang? Just tell the truth even though your voice is shaking. Tho' the truth might hurt their feelings but it's 100% better than telling lies and make them happy and get busted in the end and all you can hear is them crying, right?






Lies are bad. It hurts. And you don't hurt people that you love.





* Pelik aku dengan manusia yang bahagia bila menipu ni. Agaknya dah gelap habis hati depa ni kot. Haih.

0 Heart(s) Screaming.:

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space