Monday, January 2, 2012

Jgn Menyentuh Hatinya Jika Tiada Niat Untuk Menyunting.




Sekadar berkongsi.

Apa yang dirasai oleh ukhti, sedikit sebanyak seperti apa yang aku selalu rasakan apabila aku bersama dia. Tapi apa yang di rasai oleh akhi, wallahu a'alam, aku sama sekali tidak tahu sama ada ianya serupa ataupun tidak. Semoga ianya sama hendaknyaaa, insyaallah :)



Ukhti : Saya tidak layak untuk awak.

Akhi : Kenapa?

Ukhti : Awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…

Akhi : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?

Ukhti: Awak pintar, awak ada banyak peminat.

Akhi : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Ukhti : Saya juga tidak dalam ilmu agama.

Akhi : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.

Ukhti : Sya tidak cantik. Tidak seperti mereka…

Akhi : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.

Ukhti : Awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.

Akhi : Perbezaan membuat kita lengkap.

Ukhti : Awak terlalu sempurna.

Akhi : Belum. Akan sempurna jika awak ada.

Ukhti : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.

Akhi : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?

Ukhti : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.



Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi ).

Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda:
Barang siapa menikah wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah kerendahan. Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana inigin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut



* Kahwini lah orang yang membuatkan diri kamu bahagia. Kalau tak comel tak ape, boleh tutup lampu - kata-kata dari Ustaz Azhar Idrus :)

4 Heart(s) Screaming.:

ieyda jeff said...

Jika kau cinta aku, jumpa lah wali ku ♥

amira faqihah said...

betul tu,,bile kak leeko nk kawin ni ;D

Ieeko. said...

@ieyda Jeff :

<3

Ieeko. said...

@twinkle twinkle :

Haaaaaaaaaaaa, kaweennnn? Hahaha lamo lg :p

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space