Tuesday, December 27, 2011

Hati Busuk.





Baru je lepas otp dengan mamat ni ptg td.
Wuuuu, windu winduuuuu.
Cepat lah culik sayaaaa.




Assalamualaikum.


Hai kawan-kawan, silent readers, stalkers and not to forget my amazing followers ;) Moga-moga semuanya okay :) on my side, things are pretty, ummm lots of ups and downs. But hey, that's life all about kan? I just have to be strong and deal with it. Because I know, Allah is always here with me :')


Hati busuk - pernah alaminya? Aku, sejujurnya - pernah. Manusia tak pernah lari dari kesilapan kan? Syaitan berlumba-lumba nak hasut kita untuk berbuat jahat. Supaya kita boleh jadi ahli Neraka macam dia.


Apa yang aku maksud kan dengan hati busuk is,

Hati busuk : Weh kau tahu tak cite pasal Ana tu?
Hati busuk kuasa dua : Yang mana satu? Yang dia pergi club tu ke?
Hati busuk : Tu satu, ni ha, dia baru je break dengan Alim.
Hati busuk kuasa dua : Haaaaaaa? Seriousssss? Aku dah agaakkkkk! Takde nyaaaa orang nak tahan dengan perangai si Ana tuuuuu.
*berlarutan lah sesi mengumpat*

Hati busuk : Dia ni dulu kikis duit aku!
Hati busuk kuasa dua : Aku dah ckp dr dulu, kau degil. Sekarang dah break baru kau nak nyesal.
Hati busuk : Aku buat semuanya untuk dia kot.
*continue update status kat Facebook, nak bgtau satu dunia ex dia tu teruk*


Nak buat banyak contoh memang sampai esok tak habis. Pernah korang mcm ni? Well jangan tipu lah korang tak pernah kan. Aku pernah la jadi macam contoh pertama tu, contoh kedua tu idak lah. Takde masa aku nak update status/twitter pasal ex aku. Sounds pathetic je kalau status berlambak pasal ex. Macam sorang lelaki ni, manjang update status nak bagitau keburukan ex dia. Newsfeed aku penuh dengan status dia ajeeeeeeeee. Setiap 5 minit muka dia muncul. Adoi la, cut if off dude. You're making sin!


Cakap pasal mengumpat ni kan, buat aku teringat satu benda. Ni aku nak cerita sikit. Dulu masa aku memuda duloooo la kannn. Walaupun sekarang pun aku masih muda dan molek (padahal tahun depan dah 23. Ya Allah, makin tuaaaa!). Aku ada anti sorang minah ni. She's younger than me. I met her through someone from my past. Nak dibuat cerita, dia ni suka cerita letup. Siapa je la kan yang tak pernah cerita letup kan? Tapi letup minah ni lain macam sikit.


Macam-macam dia cakap kat aku. Itu ini semua lahhhh. Depan aku cakap A, belakang aku cakap Z. Sakit hati aku ni. Cerita tak serupa bikin. Dah tu, depan aku mulut sweeeetttt je, tapi belakang aku, kemainnn pahit masam masinnnn! Dok kutuk-kutuk aku semua. Aku banyak kali mengalah dan turun kan ego aku yang tinggi nya sampai mencecah awan ni. Buat chill je. Maafkan dia even though dia tak cakap apa-apa. Tapi manusia mana yang boleh bersabar lama kan?


Akibat tak puas hati, aku pun kutuk dia balik dekat kawan-kawan aku. Aku cakap kat diorang minah ni tak matang. Dia ada boifren pun still nak berscandal bagai dengan lelaki lain. 'Bam bum bam bum bam bummm' - lagak aku bercerita, mengalahkan Syaitan Iblis. Ditambah kan lagi dengan sokongan kengkawan, aku makin rancak mengumpul dosa kering. Syaitan-syaitan pun gembira je tengok.


Makin lama, aku dapat tahu, bertambah lagi orang-orang yang tak suka dia. Ape lagiiii, terus masuk geng aku. Time ni aku still lagi dengan ex aku. Still muda lah, immature. She told my ex I went out with other guys, padahal I was with my gfs. Makanya, perang pun makin banyak lah kan bomb and grenade berletupan. Aku panas hati tulsss kalau orang semak pasal hidup aku.


Last-last aku buat bodoh je. Malas nak layan dengan benda yang macam takde penghujungnya. Benda ni dah nak dekat 4 tahun lebih berlalu. Aku dengan perempuan tu lama dah lost contact. Bila kenang balik, macam kelakar gila aku cakap dia tu tak matang. Lol, look who's talking?? It's Shikin, the most immature girl evaaaaaa!


So, yeappp. Call me 'the bitch'. I wasn't matured enough back then, cakap buruk pasal orang lain. Aku tak sedar yang aku tengah kumpul dosa kering yang akan buat aku masuk ke Neraka jahanam. Astaghfirullah hal azim, Shikin oiiiiiiiii!


Dan motif aku bercerita pasal ni? Bukan untuk berlagak baik, tapi aku just nak orang ramai tahu yang mengutuk tu tidak elok. Dan berdosa. Manusia sering lalai. Dan Syaitan tidak pernah berputus asa untuk hasut kita semua.


'Lelaki memang kuat. Tangan, kaki, semuanya kuat. Sebab tu angkat barang berat semuanya lelaki. Tapi satu je yang lelaki tak kuat - mulut'

'Perempuan pulak, mereka memang tak kuat. Lemah. Kalau angkat barang berat, sakit satu badan. Lari kejar lelaki pun tak mampu. Tapi satu je yang mereka kuat - mulut'


Kata-kata yang keluar dari mulut Ustaz Azhar Idrus. Memang benar apa yang dikatanya. Aku kalau boleh patah kan balik masa, memang aku tanak bazirkan masa aku dengan mengumpat tentang orang lain. Sekarang bila dah meningkat usia, alhamdulillah, aku dah tak macam tu. Benci mana pun aku dengan orang tu, aku diam je. Mengadu kat Allah.


Aku gembira dengan diri aku sekarang ni. Aku makin matang, mengejar amalan selagi nyawa dikandung badan. I'm not trying to be Islamic and nampak baik/alim or whatsoever. I'm just telling the truth. Mengumpat tu, takde dah sekarang. Kalau ada pun, aku mengeluarkan rasa tak puas hati tentang sesuatu perkara atas dasar ingin meluahkan perasaan. Bukan untuk mengutuk.


Dan aku tak malu untuk mengaku yang suatu ketika dahulu, aku pernah melakukan kesilapan ini yang mana ianya di pandang hina di mata Allah. Aku tahu aku tak lah baik mana. Aku bukan Nabi, yang hatinya sangat tulus dan suci. Namun, insyaallah, aku akan cuba sedaya upaya untuk jauhkan diri aku dari semua ini.


Dan hadirnya 'dia' di sisi ku, membuatkan aku untuk menjadi lebih baik dari dulu, Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


'Mengumpat itu teruk. Teruk bagaimana? Bayangkan ini. Kalau ada orang yang berzina dengan 100 orang, dan pabila dia mohon keampunan dari Yang Maha Esa, Allah terima taubatnya. Tapi kalau yang suka mengumpat, dan mohon keampunan dari Nya, Allah tidak akan terima taubatnya selagi dia tidak memohon maaf dari orang yang dikutuknya'.


Begitu teruknya orang yang suka mengutuk sesama manusia di mata Yang Maha Esa. Mohon dijauhkan dari kita semua. Amin. Sekarang ni kalau aku nak marah ataupun ada rasa macam nak mengumpat/kutuk, cepat-cepat aku istighfar. Terus amek whudu' sejukkan hati aku. Ahamdulillah. Lega terus.


And to those yang aku pernah kutuk, mohon seribu keampunan dari korang semua. Manusia tak pernah lari dari kesilapan. Aku mintak maaf sangat-sangat. Dan aku dah maaf kan semua yang pernah mengutuk aku. Semoga hati kita semua kekal bersih dan suci ;)


Ya Allah, ku mohon keampunan dari Mu. Aku tak layak ke Syurga Mu. Namun Neraka Mu aku takuti. Semoga segala dosa ku terhapus. Dan bantu lah aku ke jalan yang membawa ku ke Syurga Mu. Dan semoga hadirnya 'dia' di sisi ku yang menjadikan diri aku semakin baik, adalah yang terbaik buat diri ku. Jikalau takdir Mu telah tentukan dia lah jodoh ku, maka bersujud syukurlah aku kepada Mu. Semoga kami berdua menjadi pasangan di dunia dan di sana - Jannah. Amin.


* Kepada semua orang, kalau hati tu agak-agak dah busuk, bersihkan lah sebelum terlambat. Alhamdulillah, aku masih berkesempatan untuk membersihkan hati aku :') Syukurrr syukurrrrrrr.


6 Heart(s) Screaming.:

X.m.i.n.t.o.o.X said...

yupp:)
everyone make mistakes right?:3

Gua said...

syukur. ada lagi kesempatan untuk berubah. masih belum terlambat lagi. =)

~roslinda~ said...

hai ieko.lama tak ke sini. good post btw :)

Ieeko. said...

@ X.m.i.n.t.o.o.X

Yessss :)

Ieeko. said...

@ Gua

Alhamdulillah ;)

Ieeko. said...

@ ~roslinda~

Hey hey, thanks sbb still singgah :]

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space