Thursday, October 6, 2011

Oh Otak.


Otak - Salah satu benda yang penting dalam tubuh badan kita.


Aku kena mengaku, otak aku ni sebenarnya sangat letih. Letih kerana apa? Sebab dalam otak aku ni ada beribu-ribu benda yang kerap bermain di dalamnya. Kadang-kadang tu sebelum tidur pun, otak aku masih lagi berfungsi. Aku cuba untuk padamkan semuanya dan tidur, tapi tak boleh jugak.


Pernah aku tak tidur satu hari walaupun aku bareng atas katil dari pulul 10pm. Tutup mata, tapi tak jalan jugak. Cuba untuk 'shut down' kan kepala aku ni, tapi ianya hanya berkesan selama 5-10 minit. Selepas tu mula la otak aku ni berfungsi balik. Segala kenangan, ataupun apa yang bakal terjadi dalam hidup aku, semuanya bercampur aduk.


Aku kadang-kadang kesian jugak dekat otak dan hati aku ni. Asek kena dera je. Tapi nak buat macam mana. I tried.










Yeahhhhhhhhhhhhhh! Patutnya benda-benda ni yang ada dalam kepala otak aku. Kerja, keluarga, kawan-kawan, kesihatan dan blablabla. Nampak macam teratur je kan. Fikir kan benda-benda yang penting sahaja.


Aku rasa semua orang nak kan otak mereka berfikir kan semua-semua yang penting ni SAHAJA. Tapi apakan daya, tak mampu kan? Cuba macam mana pun, memang tak dapat jepp. Susah. Otak aku ni, dia boleh hasilkan bayangan-bayangan yang aku sendiri takut. ZzzZzz -.-








Pffht! Serabut. Banyak sangat benda dalam kepala aku ni. Kadang-kadang tu rasa macam nak cabut otak dan akal keluar dari kepala, bagi depa rehat jap. Pastu masukkan balik, fresh and start balik dari mula, macam baby - takde masalah lsg.


Dalam entri Perempuan Suka Berfikir ni, aku ada kata yang perempuan ni dia suka sangat berfikir sampaikan benda yang biasa je boleh jadi teruk dalam kepala diorang ni. Tapi bukan perempuan je sebenarnya yang suka berfikir ye :)



A'an : Kau ingat perempuan je yang kuat berfikir? Lelaki lagi kuat berfikir doe. Aku rasa lagi kuat berfikir dari perempuan.

Aku : Yeah?

A'an : Nampak je chill, padahal dalam kepala kitorang semua tengah serabut berfikir.




Yeah, itu lah ungkapan dari kawan baik aku yang bernama A'an. Sebenarnya semua orang suka berfikir kan? Takyah cakap lelaki lagi suka berfikir ke, perempuan lebih dari lelaki ke, semuanya sama je sebenarnya. Cara kau hadapi benda tu je yang membuatkan kita ni semua lain.


Adehai, letih sungguh. Kesian kat otak aku ni. Rasa macam nak belai-belai je dia. Ciumolot sikit dengan otak, bagi dia high, pastu mesti otak aku penat pastu dia shut down kejap (wehhh tinggi nya imaginasi bangang kau ni cikinnnn).




Aku : *Diam and pandang satu tempat

Afiq : Hah mula la tu. Berfikir. Lepastu buat wild assumptions. Hish.

Aku : Erk? Mana ada!

Afiq : Eleh takyah tipu la Shikin. I kenal you. I tau macam mana muka you, mata you semua bila you tengah berfikir.

Aku : *Senyum sambil kelip-kelip mata.



Gahhhh. Tu la gunanya kawan-kawan baik kan. Diorang dah study kita dari mula lagi. So semua benda kita tak boleh nak sorok dari depa semua. Wuuu.



Kehadapan otak ku,


Tolong lah berehat. Bersihkan lah minda aku ni dengan benda-benda yang penting sahaja. Benda-benda yang mampu buat aku berasa tenang dan juga aman. Bukan benda-benda yang boleh membuatkan aku berasa lebih insecure dan jugak kepeningan yang melampaui batas.


Sekian, Terima kasih.





* Otakkkk. Otakkkk. Otakkkkkk. Zombie makan otakkkk. *Apa kene mengena? Urghh benci Zombies! Die die!

0 Heart(s) Screaming.:

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space