Monday, August 27, 2012

State The Obvious VS Stupid Questions.








السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ







Hello kawan-kawan. Lamanya aku tak menulis hehehe. Haih taktahu la kenapa aku asek takde mood je nak menulis. Idea tu ada, cuma 'rasa' nak menulis tu belum betul-betul 'kick' lagi. Hemphhh hemphh, susah kalau kat dunia ni semuanya nak perfect kan? *ketuk kepala sendiri*


"Ahhh, Semangat sikit please cikin. Mana pergi hilang semangat menulis kau? Manaaaa? Haih."
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ, sebelum nak menulis tu aku nak ingatkan sikit, entry ni takde kena mengena dengan siapa-siapa okay? Ini aku menulis based on my experience je. Because aku dah observe ramai orang dah, sampai boss aku sendiri cakap aku ni sedar tak sedar memang suka observe orang. Eh betul ke?


Well, one thing aku perasan pasal orang Malaysia ni, lagi-lagi orang melayu; we love stating the obvious!! Yes, that's we do. We actually state whatever that is obvious to see by everyone. Sedar tak? Ke belum sedar lagi?


Apa yang kita nampak, itu yang kita akan cakap. Lagi-lagi kalau makcik pakcik nenek atok. Yes, Malaysians are like that because we are cool people ~ *tudungflips*.


Contoh nya begini;


Haritu aku kat office, during my break time, aku tiba-tiba lapar gila. Macam ada satu gelombang kelaparan yang tiba-tiba attack perut aku. Makanya aku terpaksa meninggalkan semuanya demi untuk menggembirakan perut aku sendiri. So aku turun lah pergi beli makanan.


Then tengah pilih-pilih makanan nak beli, sekali tu ada someone tegur aku:

Taktahu siapa : Assalamualaikum.

Aku : *Bingung jap" Err waalaikumsalam :)

Taktahu siapa : Buat apa tu? Beli makanan?

Aku :



Seriously? Like, seriously? Kau dah nampak aku dok pegang makanan kat situ, and for God sake, I am in the middle of food court, what else am I doing there? Swimming?


Even worse, pernah tu aku tengah bersiap-siap nak keluar, aku keluar masuk lah kan bilik aku tu. Biasa lah, nak tengok cermin lah, then baju tak sesuai lah. Ahak ahak typical woman :P Ngehehehhehehe. So obviously la kan aku tengah bersiap,


Sekali tu kakak aku tanya,



Kakak : Kenapa kau keluar masuk keluar masuk bilik kau? Kau buat apa tu?

Shikin : Tengah pening nak pakai tudung and baju apa.

Kakak : Kenapa? Kau nak keluar ke?
Aku :




TAK KAKAK! SHIKIN TENGAH BUAT EXPERIMENT NAK TENGOK BAJU NI LONGGAR OR KETAT, CANTIK OR TAK CANTIK. AND BASICALLY I JUST LOVE TO WASTE MY TIME KELUAR MASUK BILIK AND TRY ALL THESE OUTFITS FOR MY SATISFACTION!


Untuk kelihatan sopan, saya tidak mahu menggelarkan benda ini sebagai 'soalan-soalan bodoh', jadi saya memanggil ia 'stating the obvious' - lebih molek kan? :) And yes, sedikit sebanyak kekadang tu aku macam pasrah pun ada bila benda macam ni jadi kat aku. Lelagi bila kat rumah tu. Sedih sedih.




Aku : Ma, sikat mana?

Ma : Ada kat dalam bilik mama. Kenapa? Kau nak sikat rambut ke?

Aku : Errrrrr? T______T


(TAK MA, SHIKIN OBSESS DENGAN SIKAT. I ACTUALLY FALLING IN LOVE WITH YOUR SIKAT! LET ME MARRY YOUR SIKAT MA!!)


----------------------------------------------


Aku : Okay bah, Cikin keluar dulu, nak pi makan sat. *lelari comel keluar dari bilik menuju ke pintu rumah*

Bah : Eh kin, nak pi mana? Nak keluar ke tu?

Aku : Hmmmm T____________T


(TAK BAH! SHIKIN SUKA INFORM BENDA YANG SHIKIN TAK AKAN BUAT. LAGIPUN I FELL IN LOVE WITH OUR DOOR. THAT'S WHY)


----------------------------------------------



Aku pakai lelawa nak keluar, terjumpa jiran kat parking lot.


Aku : Eh hi!

Jiran : Hey Shikin.

Aku : *Senyum girang*

Jiran : Nak keluar ke?

Aku : T_______T


(EH TAK LA, SAJE JE PAKAI LELAWA GINI NAK JUMPA ANDA, LEPAS NI NAIK RUMAH BALIK. SAJE BUAT CATWALK. )


--------------------------------------------------





Aku : Assalamualaikum. Shikin dah balik (tutup pintu rumah)

Bah : Waalaikumsalam. Eh Shikin! Shikin dah balik?

Aku : *Terkedu* T_________T


(TAK BAH, NI CUMA ROH SHIKIN JE. SHIKIN STILL ADA KAT OFFICE. SAJE JE HANTAR ROH PI JENGUK FAMILY KAT RUMAH)


----------------------------------------------




Balik kampung, jumpa sedara mara.


Sedara : Shidah, anak kau mana satu?

Mak aku : Ni ha, ada 3. Ni Nana, ni Farah, ni Shikin *Mak aku tunjuk kitorang*

Sedara : Laa anak kau semua perempuan?

Aku : *Seriously?*


(EH TAK LA MAKCIK, SEBENARNYA KITORANG NI LELAKI. CUMA SAJE JE PAKAI TUDUNG AND BAJU KURUNG DI PAGI HARI RAYA NI. SAJE NAK PUNK'D ORANG)


----------------------------------------------




Aku : Tok, tolong pass air shikin kat tepi atok tu.

Atok : Ni? Kenapa? Kau nak minum?

Aku : Err ..


(EH TAK LA ATOK. SAJE JE NAK TENGOK AIR TU. MEMANG HOBI SHIKIN SUKA TENGOK AIR LAMA-LAMA, LEPASTU BUAT KAJIAN KEJAP AIR TU CUKUP TAK KALAU BUAT MANDI)


*Sekarang korang dah tahu kan. Jadi Ashikin Nofal ni memang kena banyak bersabar wuwuwu T____T*



So, basically what I am trying to say is, kita ni memang suka sangat cakap apa yang sangat obvious di mata kita. Kita tahu yang orang tu dah bersiap-siap, confirm-confirm lah dia nak keluar kan? Dah tu pergi tanya "Kau nak keluar ke?" buat apa? Daripada tanya tu, better kau tanya "Keluar pi mana tu?", make sense jugak kan. Ye la because kita taktahu kan mana depa nak pi.


You know what our problem is? Kita suka cakap apa yang ada kat dalam otak kita sebelum kita berfikir. We talk before we think. If we think before we talk, trust me, this wont happen. But tak boleh nak salahkan korang jugak, its in our blood, kan? Kita memang suka state benda-benda yang ada depan mata kita.



Orang 1 : Eh piah lama tak jumpa kau!
Orang 2 (mengandung 6 bulan) : Eh kinah, kau apa khabar?

Orang 1 : Sehat, kau? Ehhh kau ... mengandung ke ni??

Orang 2 : Mengandung? Eh tak lah, semalam aku tertelan buah watermelon, tu jadi gini. Tak penah try?





Being sarcasm is fun. Seriously, you should try. Aku suka betul kalau orang tanya merepek-merepek kat aku, lepastu aku jawab spontan secara sarcastic. Serious best tengok muka diorang berubah serta merta. Memang puas :)


And serious, lepas ni kalau ada orang yang tanya or stating anything yang memang too obvious kan, memang aku akan jawab secara sarcastic je. Sarcasm is so much fun people :)


Aku : *pakai telekung*

Kawan: Kau buat apa tu Shikin? Nak solat?

Aku : EMMMM TAKDE LAH, AKU PAKAI TELEKUNG NI SEBAB AKU NAK PERGI MANDI. NI NAK PI TOILET LAH NI.

---------------------------------------

Aku : *menuju ke toilet*

Kawan : Wehh kau pergi mana tu? Gi toilet?

Aku : EH NO! KAU TAK NAMPAK KE PINTU NARNIA KAT TEPI TOILET NI? AKU NAK MASUK KE DUNIA NARNIA WEII! JOM AH!
---------------------------------------

Aku : *dalam toilet*

Kawan : Eh hi Shikin! Nak guna tandas eh?

Aku : EH NO! I DON'T KNOW WHY BUT I JUST LOVE TO BE HERE, IN THE TOILET. I FEEL SAFE AND I FEEL LIKE SLEEPING HERE. DON'T YOU FEEL THE SAME?


Semua kawan2 di atas : ...........................................


Aku :




Hahahahaahahah. Yes I actually did this. And their responses? Silence, and with that one 'look'. The 'look' where they really really want to kick me on the face. Hahahahaha. But yeah, it was fun :)


Seriously people. Stop stating the obvious guys, and please stop asking people all those silly and stupid questions. Don't be mad if one day, I reply to you sarcastically :)



Aihh orang Malaysia, orang Malaysia. Apa-apa pun, aku tetap sayang orang Malaysia *peluk*



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!
SEMOGA KITA SEMUA MASIH LAGI DIBERI KESEMPATAN OLEH ALLAH SWT UNTUK BERJUMPA DENGAN RAMADHAN DAN SYAWAL TAHUN DEPAN.
INSYAALLAH :)

Dan mintak maaf jika aku pernah buat korang sakit hati or apa-apa je lah. Maaf :')


Hopefully takde siapa yang terasa tengah entry ini and moga-moga kalian terhibur :)


Assalamualaikum.



* Kenapa takde siapa nak tanya aku "Eh Shikin, you ni perempuan?". Sumpah boleh jadi "Question of the year". No joke.





2 Heart(s) Screaming.:

farismustaqim said...

ngahahaha. did you know the phrase abuden? well, this is it.

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

walaupun ni entry lama, i like it

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space