Sunday, July 22, 2012

My Best & Worst Thoughts Come Late At Night.







Silence, I discover, is something you can actually hear.



Assalamualaikum :)


Well heeellllooooo! It's been a long time since I posted my last entry, kan kan kan? Sorry, I've been busy working. Korang tahu kan bila aku dah kerja memang aku jarang online :)


So its the month of Ramadhan! Weehoooooo. Selamat berpuasa friends. I can't wait for Syawal to come! Tahun ni aje aku dah buat 4 pasang baju raya tahuuuuuuu *angkat kening*. Banyak kan? Itu dinamakan pembalasan dendam selama 6 tahun tidak berbaju kurung baruuuu! Iye, 6 tahun dah aku asek pakai baju kurung lama je. So tahun ni, some changes would be funnnnnn :)


Um, its 2.30 am in the morning (by the time aku tengah tulis ni). Tried to sleep, but then tak boleh. I don't know why. Kepala ni macam tanak stop dari berfikir. There's a lot of things to think. Tried to stop my brain from cracking me out, but then I failed. Phew.


Pernah tak korang experience something yang buat korang still teringat-ingat kan benda tu? Its like, benda tu is too hurt for you to forget? Feels like a huge hole has been punched through your chest - You've tried your best to erase it from your mind, but it seems like it has stuck in your head?


Jujur, aku memang seorang yang mudah memaafkan orang, and aku seorang yang cepat lupa. Orang panggil aku STM - it stands for short term memory. Lol ;p But trust me, when people hurt me, aku akan ingat benda tu sampai bila-bila. No matter how small the things is, if it hurts me, then it will stuck in head for like, a really long period. Walaupun aku dah maafkan diorang.


I'm good at hiding my feelings. That's the reason why sometimes people don't realize when they hurt me. And bila benda tu dah menjadi kebiasaan, aku pun dah makin lupa untuk rasa sedih or marah. Sebab dah terlalu biasa. And people always tend to take that for granted. So the results? I get hurt always, and these people doesn't seems to really understand my silence.


Being a second choice is more like a normal things for me now. Its no longer an option. Itu adalah kebiasaan. If orang dah janji dengan aku nak keluar, and suddenly diorang ada benda yang lebih menyeronokkan untuk dibuat seperti pergi clubbing or futsal, aku akan ditolak ketepi dulu. You see where I'm coming from?


Itu tak menyakitkan hati sangat kalau nak di-compare-kan dengan being a second choice to someone yang korang sayang. Well trust me, itu sangat sangat menyakitkan hati hokeeeyyyyyy. Mintak-mintak dijauhkan lah dari aku.


Hmmmmmmmmmm. Weeeellllllllllllllllll. Actually kan, aku rindu.


Rindu kan apa? Well..



Aku rindu nak main congkak.
Aku rindu nak main batu serembam.
Aku rindu nak main sorok-sorok.
Aku rindu nak main baling selipar.
Aku rindu nak main layang-layang.
Aku rindu nak main lumba renang.
Aku rindu nak main truth or dare.
Aku rindu nak main police and thief.
Aku rindu nak main kejar-kejar.
Aku rindu nak main uno card.
Aku rindu nak main dengan water color.
Aku rindu nak main ku-chi-pang.
Aku rindu nak main kad ramai-ramai.

Aku rindu, faham?

Aku rindu nak pegang henfon aku and bermesej-mesej just for like 10 minutes straight. Lama tak buat kerja gila macam tu :)
Aku rindu nak on the phone malam-malam before tidur walaupun tak sampai 5 minit pun bercakap tu.
Aku rindu nak orang surprise aku.
Aku rindu nak orang buat something sweet untuk aku yang boleh buat aku ingat benda tu sampai bila-bila.
Aku rindu nak senyum macam orang sewel secara tiba-tiba teringatkan benda yang kelakar or comel.
Aku rindu nak dapat mesej panjang-panjang (mesej yang elok lah) tengah-tengah malam yang boleh buat aku terbangun and tersenyum baca.
Aku rindu nak ada someone just to be there as my friend/bestfriends.
Aku rindu nak ada someone yang aku boleh buat benda-benda gila bersama.
Aku rindu nak ada someone yang put me first before anything else but not their family lah. Family semestinya penting.
Aku rindu nak ada someone yang boleh buat aku rasa lega or elok bila aku tengah down or moody.
Aku rindu nak ada someone yang tahu apa nak buat or apa nak cakap bila aku pelukan seseorang.
Aku rindu nak orang just tanya "kau okay Shikin?"


Dan yang paling penting, aku rindukan diri aku yang sebelum ini.


Aku rasa macam aku dah hilang diri aku sikit lately ni. Menjaga hati orang lain, dan mengikut kehendak mereka sedikit sebanyak buat aku hilang arah dari menjadi diri aku sendiri. Sering terpaksa mengikutkan 'mood' mereka dalam melakukan apa sahaja tanpa memikirkan 'mood' aku yang terpendam ni.


Mood aku baru-baru ni ialah aku nak sangat tengok wayang. Lama dah aku teringin. Banyak movies yang aku nak tengok! Tapi aku terpaksa pendamkan sahaja sebab aku ada 'mood' orang lain yang perlu aku ikutkan. Well you see, I have always been the girl who has to follow everyone's needs.


Kadang-kadang bila korang terlihat sesuatu yang menyakitkan hati, korang hanya mampu untuk diam aje. Walaupun mereka ada hak untuk memiliki ataupun menyimpan sesuatu barang itu, dan hak kau adalah untuk diam sahaja, sedikit sebanyak membuatkan kau rasa seperti digantung mati aje. Jadi apa yang perlu kau buat? Diam, dan berlagak seperti biasa.


Dunia ni memang pelik kan? Kadang-kadang tu bila kau fikir balik, kenapa lah kau masih berada di tempat korang berada sekarang ni? Kenapa tak je korang melangkah pergi? Tapi itulah hakikatnya, ungkapan itu lebih senang dari membuatnya.


Jadi apa yang perlu kita buat hanyalah bersabar dan percaya pada Allah. Kerana sesungguhnya, Allah telah merancang segala-galanya. Dan kita hanyalah perlu untuk menunggu masa nya untuk tiba.


Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita. Di dunia, mahupun di akhirat kelak. InsyaAllah.


Sekarang dah pun pukul 3 lebih. Lebih baik aku terus tunggu untuk bersahur bersama keluarga. Kalau aku tidur, confirm-confirm mood untuk sahur tu dah tinggal 20%. Dan peratusan untuk aku jamah makanan memanglah tipis. Jadi haruslah aku tahankan mata sampai subuh. Awwwwhhhhhhh -.-'





Try to listen to my silence. It speaks a lot. All you need to do is just to listen carefully. You might be surprise to discover what I've been hiding inside. Or less, you might only be in tears.



Worrying is energy wasted on things you can’t control. Leave everything in Allah’s hand. Pray more, think less Shikin! Allah is always there for you :)




* It's funny how sometimes I can't really voice out for what I feel, but when I write, everything seems so smooth for me to let things out from the chest.


1 Heart(s) Screaming.:

joepezang said...

utamakn senyuman org len lebih drpd senyuman sendiri... mgkin org sekeliling dh terbiasa tgk kita yg kuat,ceria n sihat..jd mereka mgkin terlepas pndang or xleh terima sisi kita yg agak rapuh nie..my opinion la nie,shikin.. :]

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space