Thursday, June 21, 2012

#Kes Pakai Spek Mata Dalam Mall.







Assalamualaikum semua :)



Okay harini aku rasa macam nak blog pasal something yang dah lamaaaaaaa aku pendam sensorang. Yang memang aku rasa perlu lah aku bersuara. Sebab kalau pendam sorang-sorang macam mana orang lain nak tahu kan? Kalau tak, memang makin berleluasa spesis seperti ini di dunia kita.



Okay. Pernah nampak orang pakai spek mata dalam mall? Confirm pernah kan? Dulu masa aku tengok orang pakai spek dalam mall, aku macam relax lagi. Aku tak amek port sangat lah kan, sebab mungkin aku kecik lagi kan, tak tau apa-apa. Tapi bila makin besar ni, aku rasa tak perlu kot pakai spek dalam mall?



Ada ke cahaya matahari dalam mall tu? Setahu aku, mall bukan diperbuat daripada cermin-cermin yang membenarkan cahaya matahari tu masuk. Dah tu kenapa perlu pakai spek dalam mall? Ada tak sebab yang kukuh yang korang boleh bagi kat aku?



Setiap kali aku jalan-jalan kat dalam mall, and aku nampak manusia-manusia yang memakai spek mata dalam mall, mesti aku terus macam ..








I can't say anything. Aku terus pandang ke bawah sambil beristighfar supaya aku tidak mengutuk mahupun mencaci mereka-mereka semua ini. Kadang-kadang tu ada la jugak aku buat muka yang macam pelik kat depa ni. Taktau la kan depa ni nampak ke tak sebab aku tak nampak mata diorang yang telah di-cover oleh spek mata hitam/warna warni mereka.



Kenapa oh kenapa? Lain lah kalau kat tengah-tengah jalan raya yang tidak beratapkan apa-apa, itu faham la jugak. Aku pun suka pakai spek mata. Tapi time ada cahaya matahari je la. Gila apa aku nak pakai dalam mall. Nak pandang benda pun nampak hitam je.



Kalau sakit mata tu, aku faham la jugak. Macam haritu, aku kat 7-eleven nak beli top up, tiba-tiba muncul sorang mamat yang pakai spek mata hitam tepi aku. Time tu malam hokeeeyyyy. Pukul 9pm macam tu. Aku pun pandang je la mamat ni. Sebelum mengata, aku kena tengok fakta-fakta betul ke tak.



Alhamdulillah, nasib aku tak mengata lagi. Rupa-rupanya mamat tu sakit mata. Hidung merah bagai nak rak, suara dia garau satu macam. Then dok terbatuk-batuk. Dah tu dia park kereta tepi aku pulak tu. Sekali kauuuu dia muntah betul-betul tepi kereta aku. Nasib tak kena. Phew.



Itu boleh diterima la jugak walaupun aku rasa macam nak aje cakap "Assalamualaikum, dah tahu diri tu sakit, kenapa keluar lagi?" tapi aku diam kan aje.


Ni ada lagi satu kes. Memang aku sampai sekarang masih ingat lagi la moment ni. Sebab aku terasa tersangat-sangat lah sayup ketika itu. Hanya mampu berdoa supaya Allah kuatkan hati ini.



Masa tu aku baru balik dari kerja. My shift ends at 9pm. So yeah, aku pun jalan la kaki ke lrt. Masa tu dalam klcc tu, semua kedai dah ready untuk tutup. So bila aku dah sampai kat lrt tu, aku pun berdiri lah menunggu penuh sabar. Masa tu aku tengok kat jam, dah pukul 930pm.



Kepada orang-orang yang tak pernah naik lrt kat klcc, lrt dia bawah tanah ye. So dapat bayangkan kan korang semua? Kalau daylight pun, memang takde cahaya matahari. Ni apetah lagi waktu malam. So train pun sampai. Aku jenis yang mata asek pandang bawah je, so masa pintu tu masih tutup, aku pandang je bawah.



Bila je pintu train tu bukak, aku pandang ke depan, tu diaaaaaaaaaaa terkejut aku.


PUKUL 930 MALAM, DALAM LRT, LRT BAWAH TANAH, DEPAN AKU ADA DUA ORANG PAKAI SPEK MATA HITAM.


DIULANGI, SPEK MATA HITAM. PUKUL 930 MALAM, DALAM LRT BAWAH TANAH.



Aku dah macam..






Sumpah muka aku terus lain macam. Aku rasa couple tu sedar kot aku punya muka berubah bila nampak diorang dua. Dah la pakai spek mata hitam, dah tu berpeluk sakan dalam lrt tu. Astaghfirullahalazim. Masa tu rasa macam perjalanan aku ke rumah aku memang tersangat lah lama.




Rasa macam nak je hentuk kepala aku kat cermin lrt tu. Aku tak habis-habis geleng kepala dalam lrt tu ha. Mp3 kat telinga pun aku dah tak focus dah. Rasa macam mata dapat infection yang tersangat-sangat lah teruk.




Oh mengapa wujudnya manusia sebegini? Adakah cahaya lampu di dalam lrt itu terlalu cerah? Adakah cahaya bulan yang begitu malap itu menyakiti mata mu? Adakah adakah adakahhhhh? Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menempuh dugaan itu dengan berjayanya. Balik rumah, rasa macam nak je cuci mata dengan Clorox. Ingatan aku tentang benda ni masih segar lagi walaupun dah 2 tahun benda ni jadi.




And recently, I met Sara Ali - pelakon baru tu, dekat The Curve. At first aku tak kenal siapa dia.





Aku : Ya Allah, selamatkan lah aku. Tak perlu kot pakai spek dalam mall.



Kawan : Haha, mana tahu dia artist ke.



Aku : Kalau artist pun kenapa?



Kawan : Eh ha'a la, I think dia ni artist. Siapa tu .. Sara .. Saraaa ...



Aku : Oh Sara Ali? Eh I suka dia, muka dia manis kot.



Kawan : Haaaa Sara Ali kot.


Aku : Ah shoot, now I don't like her, boleh?



Haha, ye memang benar. Perasaan suka tu boleh hilang dalam sekelip mata je.



Bukan apa, aku memang betul-betul rasa tak perlu lah awak awak semua ni pakai spek mata dalam bangunan yang memang takde lsg cahaya matahari masuk. Lain lah kalau mata awak tu ada alahan dengan cahaya-cahaya lampu kat dalam mall tu.



Aku respect dengan Dato' Ac Mizal and isteri dia. Aku terjumpa kat Pavillion haritu, and Alhamdulillah, mereka tak pakai spek mata okeehhh! Itu aku suka. Aku macam lega kejap. Bagus. Aku tak kisah kalau dalam magazine or tv aku tengok artist pakai spek, asalkan jangan depan aku.



Because seriously, why would you wear shades in the mall? I mean, this is not Hollywood. This is Malaysia. Kalau kau tak pakai spek mata tu and jalan merata-rata tempat pun, tak ada punya manusia-manusia yang kejar korang macam orang gila. Lagi-lagi kat Kuala Lumpur ni. Artist makan kat sebelah meja pun boleh buat dek je.



Unless kalau dah betul-betul minat kan. I don't mind if korang pakai spek kat luar mall, and if its a daylight. But if kalau malam, and korang pakai spek mata, memang aku anti. Serious talk.



Next time kalau aku jumpa manusia-manusia gini, aku plan nak buat macam ni..






Ngahahahaha. Jaga la koranggg. Jumpa kat luar, siap!





* Serious. Tak perlu pakai spek dalam mall. Tapi tolong lah pakai tudung and jaga aurat di luar mahupun di dalam mall. Sekian.



10 Heart(s) Screaming.:

jaya jr said...

haha.gile kentang ganas..boleh jadi peristiwa berdarah dalam shopping complex

Ieeko. said...

@jaya jr

Haha dah takde belas kasihan dah. Apa yang perlu dibuat, memang perlu dibuat! :p

Ardini Izzati said...

Haha. Agak awkward kan benda ni. Macam tak perlu pon kalau time dalam mall even fashionable bagaii. Haha. Apalahh --"

wunny said...

alamak sara ali pun cenggitu kee? >< btw, org pakai spek mata masa pasar malam pun sgt ntahapapa. =='

Tsaqib Al-Hasawi said...

Mengikut polis, orang yang selalu pakai cermin mata hitam dalam indoor ni slalunya nak sembunyi dari tanda-tanda orang hisap dadah yaitu mana berwana merah.

Phat said...

mall kan sejuk mana ada silau hahaha

Ieeko. said...

@Ardini Izzati

Itu la pasal. Shades kan accessories je. Why la nak pakai dlm mall -.-

Ieeko. said...

@wunny

Thats why T_______T Terkejut kot nampak dia haritu. Eh? PASAR MALAM? APAKAAHHH?? *mati*

Ieeko. said...

@Tsaqib Al-Hasawi

Yeah it could be true.

Ieeko. said...

@Phat

Itu la pasallllll Phat. Ahaha

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space