Sunday, March 11, 2012

Kami (Wanita) Memang Complicated.






Indeed.




Assalamualaikum kawan-kawan :)


Lamanya tak update blog usang ni. Makin busy ni, makin terbatas masa nak update blog. Asal balik rumah je mesti katil yang aku carik. Pastu esok tu rasa macam malas gila nak kerja. Huahuahua.


Haritu ada sorang kawan aku ni dia borak-borak dengan aku pasal sorang perempuan yang dia suka. Dok pokpek pokpek, sekali tu dia cakap;


Office-mate : Asal perempuan complicated eh? Adoii.

Aku : Complicated? Lelaki pun sama hokeyy? Both of us are complicated but at one point, we need each other. Epic kan? Kuasa Allah.

Office-mate : Tapi perempuan lebih complicated kot.

Aku : Puiiii.


Tercetus satu pergaduhan yang tak berapa nak real di situ. Akhirnya pergaduhan itu terhenti apabila si kawan aku tu membeli kan aku buah jambu. Aummm. So back to the topic, perempuan lebih complicated dari lelaki? Or sama je?


Untuk aku lah, aku setuju dengan statement kawan aku tu. Aku rasa kaum Hawa memang sangat complicated kalau nak dibandingkan dengan kaum Adam yang kadang-kadang tu complicated dia macam nak buat jalan kira math. Phew.


Kenapa aku tak back up kaum sendiri? Sebab aku rasa memang betul pun perempuan sangat susah untuk dihandle, jadi aku memang tabik kat kaum lelaki yang ada sesetengah dari mereka berjaya untuk bertahan dengan kaum perempuan yang sangat lemah namun sangat susah untuk dijaga :)


Meh aku list kan few things yang aku rasa almost semua wanita mengalaminya.



Kenapa perempuan lebih complicated dari lelaki?


1.
Kami suka berfikir.

Dari A sampai ke Z yang kadang-kadang tu Z tu tak pernah pun wujud. Aku rasa memang dah jadi lumrah alam kot wanita ni memang suka memeningkan otak sendiri dengan benda-benda yang tak perlu untuk difikirkan.


Macam aku, jujur lah aku cakap. Waktu malam memang waktu aku untuk memerah otak untuk benda-benda yang karut dan tak penting. Lepas dah berfikir panjang, I will put myself into a bad mood. And last-last aku sendiri yang rasa insecure and takut. Haa complicated kan? Padahal benda takde apa pun sangat. Memang sangat complicated. Aku rasa hampir semua perempuan macam ni.


2. Kami suka berpura-pura.

Choppp! Bukan berpura-pura macam talam dua muka tu ye. Tapi maksud aku dengan berpura-pura ni macam kalau kitorang sakit hati, kitorang akan diam and berpura-pura macam hati kitorang tengah happy gila. Siap boleh senyum and ketawa lagi.


Tapi bila lelaki tu tak dapat tangkap yang kitorang tengah berpura-pura, kitorang akan rasa lebih sedih and secara automaticnya, kitorang akan mula rasa down dan rasa tak disayangi. Sebab apa? Sebab lelaki tak sedar yang kitorang tengah berpura-pura. Complicated kan? Padahal semua orang tau, lelaki ni lembab sikit nak tangkap kalau kita tak berterus terang je kat diorang :)


3. Kami sering menangis secara tiba-tiba.

Kitorang ni sebenarnya macam perdana menteri. Banyak masalah dalam kepala ni. So bila semua benda dah bercantum, akan ada tiba satu masa yang mana kitorang akan menangis secara tiba-tiba tanpa ada sebab kukuh untuk menangis pun. Tiba-tiba rasa sedih satu macam, tapi taktahu kenapa boleh menangis.


Lelaki pun naik pening kenapa perempuan menangis secara tiba-tiba tanpa sebab. Hakikatnya, kitorang pun taktahu kadang-kadang. Tapi bila dah nangis tu, rasa lega sangat. Rasa macam terlepas satu beban yang sangat berat dalam hati ni. Lepas tu esoknya, sambung balik kutip masalah yang tak pernah wujud dalam hidup. Haha complicated kan? :D


4. Kami mudah terasa.

Walaupun atas dasar main-main, kaum wanita sebenarnya senang untuk terasa hati dengan lelaki yang dia suka/sayang. Kadang-kadang benda kecik je, tapi sebab kitorang terasa hati, benda yang sebenarnya kelakar mula-mula terus berubah menjadi satu pergaduhan kecil-kecilan (hambuih ayat).


Pelik? Bingung? Entah la jangg oi, kitorang pun taktau kenapa kitorang macam ni. Tapi jujur lah, jarang sebenarnya benda ni boleh dibawak ke pergaduhan. Selalunya lelaki akan rasa macam annoyed lah dengan sikap ni. Kira macam nak berlawak pun tak boleh. Tapi nak buat guane, dah kitorang memang complicated macam ni huehauehau.


5. Kami suka bertanya soalan-soalan pelik.

Contoh : Apa you buat kalau I mati? Apa you buat kalau I kawen dengan orang lain? Bla bla bla.. - Aku pun tak pasti asal perempuan suka bertanya soalan-soalan gini sebenarnya. Aku pun kekadang tu ada la jugak terjebak dengan perangai macam ni haha. Tapi idakk la selalunya. Kekadang je pun. Time sawan datang menghinggap di kepala ku ini.


Tapi aku rasa la, perempuan suka tanya macam ni sebab dia nak dengar dari mulut lelaki yang dia sayang tu sendiri. Walaupun kekadang tu kitorang dah tau jawapannya, kitorang still gedik nak tanya kat kaum lelaki. Gedik + complicated kan? Well, nak buat guane. Tahap kasih sayang kitorang tu memang sangat tinggi ;) (tak pasal kan?)


Amacam? Betul ennn? Enn ennnnn ennnnnn? Serious aku rasa banyak perempuan macam ni sebenarnya. Aku bukan cakap pasal sesiapa hokeyy. Ini general. Takde nak libatkan sesiapa. Sila ambil nota. Sekian.


Jadi apa yang buat aku rasa lelaki less complicated dari kita? Let's check it ouuuuttt!



Kenapa lelaki kurang complicated dari perempuan?


1. Mereka berfikir tapi tahu limitnya.

Tak seperti kami; wanita. Lelaki tahu di mana limit mereka untuk berfikir dan berhenti sebelum benda meleret menjadi masalah yang tidak pernah wujud seperti kaum perempuan sering buat. Diorang ni macam ada button 'stop' dalam badan diorang yang boleh terus berhubung dengan otak suruh stop berfikir. Hebat kan?


So akhirnya mereka tak put themselves into a bad mood and continue berasa gembira dan act seperti biasa walaupun dalam kepala ada seribu satu masalah yang perlu diselesaikan. Tabik sama luuuu lah kaum lelaki :)


2. Mereka gemar berterus-terang.

Tak seperti wanita jugak, mereka tidak suka berpura-pura. Kerana daya penangkapan mereka yang sangat lembab dalam memahami ayat-ayat tersirat dari mulut wanita, mereka mengambil keputusan untuk berterus-terang je dalam semua benda. Kalau ada benda yang mereka tak suka or kurang suka, diorang terus cakap je. Takde nak berpura-pura.

Biar perempuan tu tahu terus daripada nak bagi ayat-ayat bertapis and suruh kaum wanita untuk berfikir sendiri dan cari ayat-ayat yang tersirat. Sebab lelaki rasa benda tu merumitkan. Lelaki suka jalan yang lebih senang dan cepat :)


3. Diorang keras, jarang menangis.

Siapa cakap perempuan je yang macam perdana menteri? Lelaki lagi lah, problem bertimbun-timbun dalam kepala yang kena fikir. Dah tu diorang jugak lah bakal ketua keluarga, lepastu menjadi tulang belakang keluarga, menjadi tunggak keluarga dan lain-lain. Mereka banyak masalah yang mereka simpan. Tapi air mata bukan lah jalan penyelesaiannya.

Memang betul kadang-kadang tu lepas menangis baru kita rasa lega. Tapi dah menjadi lumrah alam, lelaki jarang menangis. Allah S.W.T dah tetapkan hati lelaki keras seperti batu dan tidak perlu untuk menangis apabila berdepan dengan masalah. Nak jadi ketua keluarga kena lah latih diri dari sekarang untuk deal dengan benda-benda ni kan :)


4. Diorang jenis yang 'cool' dan 'chill'.

Korang nak cakap diorang bangang ke, bodoh ke, diorang relax je. Walaupun kata-kata tu keluar dari mulut perempuan yang diorang paling sayang. Sebab diorang tahu benda-benda tu atas dasar main-main je.

Senang jadi lelaki ni en? Part macam ni je la. Tapi kalau part ketua keluarga semua tu, tu part yang susah :P


5. Diorang tak suka tanya soalan pelik-pelik. Apatah lagi untuk menjawabnya.

Haaa, macam perempuan; kitorang suka tanya soalan pelik-pelik kan? Tapi lelaki tak. In fact, tak pernah pun diorang nak tanya. Kalau ada pun, macam once in a blue moon gittewww. And purata lelaki yang tanya macam 5% je. The rest, hareeeemmmmmmm.

And please take note wahai kaum wanita, lelaki memang benci kena tanya soalan banyak-banyak and pelik-pelik ni. Lagi-lagi kalau soalan tu soalan yang sama dan berulang-ulang kalinya ditanya. Jadi sila berhenti berbuat demikian sebelum mereka angkat kaki :)


Haaaaaaaaaaa, boleh tak lima je yang aku bagi? Aku ngantuk la pulak secara tiba-tiba walaupun mp3 aku dengar semuanya lagu-lagu Skrillex. Penat agaknya otak aku ni siang malam berfungsi je kan. Haha so amacam? Adakah anda semua setuju dengan listing aku buat kat atas ni?


Complicated kan sebenarnya kaum perempuan ni? Actually kaum lelaki pun complicated. They have their own things yang memang serious aku cakap complicated gila and susah perempuan nak handle. Tapi sesusah mana pun, lagi susah lelaki nak handle perangai perempuan.


Allah S.W.T dah tetapkan perempuan ni lemah dan penuh dengan kasih sayang. Jadi jangan pandang kami sebagai sesuatu yang membebankan. Walaupun kami sangat merumitkan, tapi kami sangat lah berbaloi. Sabar yang kamu berikan, kasih sayang yang tak terhingga yang kami berikan :)


So aku rasa sedikit sebanyak aku dapat list kan kenapa perempuan complicated lebih dari lelaki. Kan kan? Nyehh nyehh nyeehhh. So in future kalau ada lelaki cakap;


Lelaki : Asal perempuan complicated eh? Tak faham la kadang-kadang dengan perempuan punya perangai niii.


Kaum wanita sila jawab ini :





Okay? Simple dan sangat straight forward. Ingat, dengan lelaki kita kena banyak berterus-terang, sebab mereka susah nak baca kita ni. And diorang tak akan tahu kalau kita tak bagitau :) Bagi lah hint banyak mana pun, diorang still tak dapat tangkap selagi kita sendiri yang tak cakap.


Dan lelaki, walaupun kitorang sangat complicated, do not ever doubt on us when we tell you that we loves you. Sebab banyak mana pun kerenah kitorang yang boleh buat otak korang serabut, lagi banyak kasih sayang yang kitorang bagi kat korang, insyaallah :)


So, please do appreciate us and semoga Allah S.W.T beri korang ketabahan untuk menangani kitorang ni :P



Untill then, Assalamualaikum :)



* Perempuan memang suka buat masalah dengan diri mereka sendiri, tapi perempuan jarang pentingkan diri sendiri when it comes to orang yang paling mereka sayang :)



4 Heart(s) Screaming.:

TebuWan said...

oh okay ieeko ! now i know hehe :D

zackovallo said...

memang complicated. tajuk yang best dan tak berat sebelah. teruskan dengan idea dan best. May Allah bless you.

Anonymous said...

Dosa letak pic dedah aurat.

Anonymous said...

Ya Allah betul sangat, bagilah hint/kias banyak2 pon sampai bila2 diorang takkan faham huhu, kena terus terang juga.

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space