Friday, March 2, 2012

Bila Kita Sentiasa Salah Di Mata Dia.







Assalamualaikum kawan-kawan.


Sorry, it has been a long time since I left my blog empty. I mean takde la empty kan, cuma memang tak terusik la dengan entry-entry bangang aku. ZzzzZzzz. Sorry, I've been busy working and takde masa nak online. Selalu sampai rumah terus menidurkan diri yang memang sentiasa mengantuk ni.


Skrillex - siapa suka band ni? Meh sini duduk tepi aku! I'm in love with this band. Zassssssssssss! Aku rasa macam nak menari je everytime dengar lagu-lagu depa ni. Niat tu dah ada dalam hati nak letak lagu Scary Monster or Kyoto or Kill Everybody by Skrillex kat blog ni. Tapi aku takut pulak readers aku semuanya mengalami heart attack setiap kali masuk blog aku yang tak berapa nak molek ni. Muehehehe.


So .. hari ni aku rasa macam nak berceloteh tentang apa yang kebanyakkan remaja-remaja sekarang ni lalui. Termasuk lah orang yang paling rapat sekali dengan aku ni.


Pernah tak korang selalu dipersalahkan walaupun benda tu bukan salah korang pun? Sebanyak mana pun korang dah jelaskan pada mereka, mereka tetap jugak salahkan korang. Kiranya, kat mata diorang memang semua benda yang terjadi tu memang semuanya salah korang. Pernah?


Well ini yang sering remaja-remaja sekarang rasakan. Termasuk lah orang yang paling rapat dengan aku ni, which is aku tak boleh nak bagitau korang siapa nama dia. Dia tanak diketahui oleh orang ramai, tapi aku dah dapatkan keizinan dia untuk menulis dalam blog ni apa yang dia lalui selama berpuluh tahun yang tak ramai tahu.


Kisah dia ni agak menyedihkan la. I mean maybe tak untuk korang semua. Tapi ia nya sedih di mata aku. Apa korang rasa bila korang asek dipersalahkan oleh orang yang paling korang perlukan sokongannya di dunia ni iaitu mak korang sendiri. Sedih tak? I bet mesti korang sedih kan kalau mak korang sendiri selalu maki hamun korang, selalu salahkan korang, tak percayakan korang. Sedih tak?


Nak kata dia tu anak yang jahat, aku tengok dia okay je. Perangai dia lain kalau nak dibandingkan dengan adik-beradik dia tu. Tapi aku pun tak pasti kenapa mak dia asek nak attack dia je. Kalau dia gaduh dengan adik-beradik dia and bukan salah dia pun, mesti mak dia akan salahkan dia jugak. Confused aku.


Selalu la jugak dia ni mengadu kat aku. Sebab dia dah takde tempat lain untuk bercerita. So kadang-kadang tu aku pun kesian jugak tengok dia ni. Luar nampak biasa, tapi dalam siapa je la tahu kan?


Macam baru-baru ni, dia accident. Kereta dia remuk depan belakang sebab kereta belakang hentam dia and akibat hentaman tu, kereta dia terlanggar kereta depan dia. So kiranya kereta dia jadi sandwich lah. Depan belakang remuk habis.


So dia balik malam tu dari kerja, dia bagitau family dia. Macam biasa, mak dia 24/7 hentam dia kaw-kaw cakap tu salah dia. Dah berbuih dia jelaskan yang itu bukan salah dia, memang salah orang belakang sebab hentam kereta dia, tapi mak dia tetap salahkan dia jugak. Kesian kan? Menangis dia cerita kat aku. Aku taktahu nak buat macam mana dah.


Korang pernah tak lalui benda-benda macam ni? Kadang-kadang tu dia selalu cakap dia jeles and sedih bila tengok kawan-kawan dia and mak diorang baik je. Boleh gurau senda semua. Dia memang teringin nak ada macam tu, tapi apakan daya. Suratan dia sudah tertulis macam tu.


Aku just berharap dia boleh bersabar lagi walaupun dia dah berpuluh-puluh kali cakap dia taktahu berapa lama lagi dia boleh tahan benda ni. Orang yang dia amat perlukan, memperlakukan dia sedemikian. Orang yang kasih sayangnya yang dia perlukan, mentah-mentah aje layan dia macam tu. Nak harapkan kawan-kawan, memang JARANG untuk mereka mengungkap kan kata 'sayang' tu kan?


Haih, sian aku tengok dia. Baru tadi dia bagitau aku yang dia rasa sangat sunyi. Dah lama dia tak dengar orang cakap yang diorang sayang dia. Serious aku sedih tengok dia tu. Tapi nak buat macam mana. Semuanya ada hikmahnya kan? :')







Indeed - that is so true. Bersabar lah wahai sahabat. Allah sentiasa ada untuk kamu. Sakit yang kau rasa tak akan kekal di lubuk hati kau selamanya. Insyaallah, semua nya akan berubah atas keizinanNYA.





* Tak salah kadang-kadang kita tunjuk yang kita sayang orang tu dengan perkataan. Kadang-kadang perbuatan kita mampu membingungkan orang :)



4 Heart(s) Screaming.:

TebuWan said...

arghh ieeko comelnya kaki kucing kt atas ni ! mcm yelnat, huhu. haaa i slalu naik lrt pastu pakai headphone dgr lagu2 skrillex, freakin awesome !:D

delarocha said...

everything happened for a reason

Ieeko. said...

@tebuwan

Ahahah kan comel kan? :D :D

Samaaaaaaaaaaaaa!! I pun dgr mp3 mesti kena dgr lagu Skrillex :)

Ieeko. said...

@delaroca

Yeah true :)

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space