Wednesday, February 1, 2012

Mimpi Paling Kurang Ajar Abad 2012.







Assalamualaikum kawan-kawan. Selamat bulan Feb. Oh permulaan Feb saya sangat lah tidak best. Conflict sana sini. Tapi nak buat macam mana, sabar je lah.


Umm umm. Pagi tadi aku bangun tersangat lah awal. Tidur pukul 3 lebih, bangun pukul 6. Sebab apa aku bangun awal nak mampuih tu? Sebab aku mimpi something yang buat aku bangun tidur tercungap-cungap, jantung berdebar gila vaviks tak hengat dunia. Pandang kanan kiri, nampak dinding bilik sendiri. Bersyukur aku kat atas katil tu.


Nak tahu aku mimpi apa? Hah teka lah teka laaaahhhhhhh! Siapa dapat jawab dengan betul, aku bagi dia chipsmore.


Okay, since hampa semua tak dapat nak teka, meh aku bagitauuuuuuu. Wieeeeee. Okayyyyyyyy, akuuuuuuu miiiimmmmmpiiiiiiiiiiiiii ......


Zombieeeeeeeeeeeeee! Yayyy! Benda yang paling aku adore kat dunia niii. Yayyyyyyyy! *Menangis* T______________T


Aku mimpi zombie-zombie yang tough serta fit badannya yang lari macam masuk Sukan Sea. Fuuuu fuuuu fuuuuuuu! Serious weh. Cammano entah boleh mimpi makhluk paling hodoh tu. Kalau kena kejar dengan Shark aku boleh terima lagi.


Dah la aku mimpi aku kena kejar kat dalam kawasan perumahan aku. Yang hebat nya, memula jalan cerita lain, tibe-tibe entah macam mana aku boleh ada kat depan swimming pool rumah aku, sekali aku nampak macam ada orang lari-lari dari belakang rumah aku tu.


Time tu aku dok kaku lagi tengah pandang 'orang-orang' yang tengah lari tu. Aku pandang tepi aku, tetiba ada seorang lelaki. Aku kenal dia pun tidak. Masa tu rasa macam nak aje tanya "Eh abanggg, tadi takde. Tetiba ada kat tepi, dari mana datang tadi?".


Tapi semuanya terbantut bila aku pandang depan balik, baru lah aku sedar 'orang-orang' yang tengah lari itu bukan lah manusia sejati. Tapi mereka adalah zombiessss yang molek-molek.


Dari tak kenal mamat tepi aku tu, terus aku tarik dia join lari. Woah tetiba jadi geng hakuuuu kannn. Nama pun tak sempat nak tahu. Nyehh nyeehh. Hah, sambung balik. Wah masa tu, hanya Allah saje la yang tahu. Betapa pantasnya aku lari walaupun perut buncit aku ni melambatkan pergerakan kaki aku, namun aku tetap berusaha untuk berlari dengan gagahnya.


Aku sempat sampai ke rumah aku. Time tu ada la lebih kurang 50 zombie tengah kejar aku. Apa yang sedap sangat entah aku ni yang depa dok beria-ria nak kejar aku ni kannn *tak puas hati mimpi bangang ni*.


Tapi mamat tadi tetiba berhenti pulakkk kat bawah rumah aku tu. Pelik bebenor. Aku pun dok whisper (eceh whisper gittewwww) "Eh awakkk! Awakkkk! Naik la cepattt! Awakkk!". Tapi dia diam je. Mula lah aku suspicious. Ni mesti dia salah sorang 'geng' zombie tu.


Aku fikir diri aku je time tu. Nasib la nak cakap aku selfish ke, seldog ke, sellion ke, lantokkk. Aku terus kunci pintu. Huh, tetiba tu suasana jadi lain. Aku masuk rumah, tengok kosong jeeee. Dalam hati aku dah terfikir, mana laaa depa ni. Aku pun masuk bilik aku. Satg aku nampak mak bapak aku semua dalam bilik aku. Tetiba la pulak bilik aku tu jadi besorrr gedabak macam kat ruang tamu. Eh apekepelikkk la mimpi aku ni.


Dah tu, aku tanya diorang "Ni awat ni ramai-ramai?" sebab aku nampak belakang mak bapak aku ramai sungguh manusia. Tibe-tibe bilik aku yang sebesorrr ruang tamu tadi tu bertukar seperti sebesarrr padang sekolah *hambuih melampauuuu!*. Japg mak aku cakap "Kan harini kau nak nikah?". (Ehhhhh? Dah macam lari topic mimpi ni)


"Eh siapa pulak yang masuk meminang?". Aku pun pelik, tak pasal. Tadi kena kejar zombie, sekarang ni tiba-tiba nak kawen pulak. "Tu ha, Zombri anak lelaki Pakcik Ambie". Aku ingat okaayyyy nama diaaa tu. Sekali tibe-tibe situation dah berubah, aku atas pelamin tetibaaaa. Wadefaakkkk?


Tibe-tibe hati aku berdebor tak hengatt duniaa. Aku pandang sekeliling aku semuanya zombie. Aku nak lari mana pun aku taktahu. Dah la depa semua pakai baju melayu ( #$&#%(#%&!!)% !! ). Jantung aku masa tu berdebar macam nak terkeluar haa.


Satg tu aku nak usha sat lah kan Si Zombri yang nak kawen dengan aku tu. Sekali aku pandang, MAAAAAKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Ternyata, aku memang benar berkawen dengan zombie T_________T Patut lah jemputan semuanya zombie ajeeee. Ha ha ha, kelakar Cikunnn. Kelakar habisss mimpi kauuuu. Terkencing-kecing aku gelak dengan mimpi kau ni. Rupanya yang 50 zombie kejar kau memula tu bukannya nak makan kau ye? Rupanya mereka berebut nak masuk minang kau. Wahhh cayaa la kauuuuuuu!


Jadi, sekian. Hati aku yang terlalu berdebar kena kawen dengan zombie tu telah buat aku bangun pada pukul 6 pagi tadi sambil aku menghembus nafas lega sebab itu semuanya mimpi. Kuang hajooo tulsssss! Guane la aku boleh mimpi macam ni. Siotttt!


Aku rasa ni semua sebab semalam before aku tidur, aku berangan apa aku nak buat kalau tetiba pintu bilik aku terbukak and then there's like 10 zombies tengah menuju kat aku. Fuuuuu fuuu fuuuu fffuuuu! Tu la, berangan lah lagi, kan dah masuk mimpi.



Aku : Shityuuuuuu! I hate zombies!


Nadia : hahahahahahahahahaha. i know ittttttttttttttttt! sebab tuh la i mention. biar malam nie you mimpi kawen dgn zombi. hahahaha. zombi yang jalan terhencut2. muka mcm................. i cant imagine ittt~ hahaha.

Aku : lf hencut2 I boleh terima lagi. That one is acceptable! But the one yang lari mcm masuk sukan Sea tu, i freaking hate! Omi omi omiiiiiiiii, babinyaaaaaaa depa tuuu!


Nadia : you nie, ade penyakit la nie shiken syanggg. hahaha. i think, you ade penyakit. oh what. what we should call it.yes. phobiazombiholic. haaaa. tuh sbb. you berangan smpai ke situ.hahahaahahaha. seriously sayang. you kene pergi rawatan. psikiatri especially.


Aku : Hahahahahahaha, I think so lah kan. I would kick anyone in front of me if diorang pakai costume zombie! Luckily sini tkde sambut2 Halloween ni hehehee *padahal ada je*


Nadia : hahaha. adoi. parok dah youuu nie. hahahaha. phobiazombiholic sangattt. hahaha. wah. cantik i bagi nama penyakit you nie kan shiken?


Aku : Ha'ahhh cantikkkk. Cantikkkk. Cantikkkk abahhhhhh. Hahhaa.




So, yeah. Aku rasa ni memang 100% salah makcik kepoh ni. Dia yang doa aku mimpi kawen dengan zombie!


So, miss Nadia, adakah anda gembiraaa? Adakah anda puas hati? Oh saya harap anda bahagia lah ye. Akhirnya anda dapat apa yang ada mahu. Dan disini saya hanya ingin berkata; Shityuuuuuu!!


Kepada anda yang ingin meng'zombie'kan cik Nadia a.k.a si kepoh, sila lah ke blog beliau : Nadia agogo.


Sekian, saya nak pergi nangis bawah bantal sedih kena kawen dengan zombie. Kbai. Assalamualaikum :)




* Serious. Ini mimpi paling kuang ajar pernah aku dapat selama aku hidup ni. Cis. Selera habis aku nak malam pertama dengan zombie -___-'

2 Heart(s) Screaming.:

Admin said...

bleh buat filem mcm file leornado d caprio

Ieeko. said...

@ Phat

Kaaaaannn :P

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space