Sunday, October 16, 2011

Dunia Dah Tak Selamat Lah Geng!





*Nak gigit kura-kura tu! Nak nak!*




Assalamualaikum geng-geng di luar sana! Fuh harini taktahu kenapa macam nak cakap ada ayat geng bagai kat belakang. Layan je la ye?


Aih, dunia sekarang dah tak selamat. Pergi mana-mana je rasa insecure tu ada. Kalau bawak kereta malam-malam, nak balik rumah pun rasa gerun je kalau nampak motor-motor banyak kat tepi. Tak pun kalau ada manusia-manusia yang ingat kelakar nak mampus kalau main kejar-kejar kat jalan raya.


Dulu kat kawasan rumah aku, sebelum wujudnya NZ, Wwalk and bla bla bla, kiranya sebelum maju lah. Rasa selamat je duduk sini. Pokok besar-besar kat tepi jalan. Redup je. Sekarang ni, depan rumah aku pun dah berlambak kes ragut semua ni. Aduhai. Ape kes la dengan dunia sekarang ni.


Haritu aku kena kacau dengan dua manusia naik motorsikal yang kononnya nak menyamar sebagai polis. Time tu aku dengan suami aku. Aku nak hantar suami aku balik. Traffic light kat situ rosak, semuanya warna merah. So aku pun jalan la. Dah hantar balik semua, time kat traffic light yang sama tu, aku kereta paling depan. Aku tengok semua kereta macam biol je taktahu yang traffic light tu rosak.


Aku pun jenguk-jenguk la tengok traffic light semua merah lagi ke apa. Sebab tu ada four junctions. Dah tu aku tengok semua still merah, aku pun jalan la. Then aku nampak ada satu motor ni ikut aku. Time tu pulak aku memang sejuk nak mampus, tak bukak aircond, aku bukak tingkap sikit je.




Motor tu : Eh awak, kenapa langgar traffic light tadi?

Aku : *Aduh malasnya nak layan* Heh? Rosak la tu.

Motor tu : Rosak? Memang la. Tapi kenapa awak langgar jugak?

Aku : *Eh apa bangang sangat mamat dua ekor ni*. Rosak la tadi tu.

Motor tu : Bahaya tau tak. Kalau kena tangkap polis macam mana? Ha awak berhenti kat tepi sekarang. Kami ni polis. Menyamar sebagai orang biasa *Sambil keluarkan wallet dia pastu buat gaya polis tunjuk Id sambil tutup wallet tu balik cepat2*

Aku : Polis? Oh yeke? Takpe, awak follow je kereta saya. Sampai rumah nanti kita settle kat sana *Bajet aku nak pecaya*

Motor tu : Eh berhenti la tepi. Kami polis ni. Nak kena saman ke?

Aku : Saman? Boleh je. Takpe, awak ikut je kereta saya sampai rumah. Nak bagi saman ke apa ke, kita buat kat sana.

Motor tu : Kejap, awak bawak laju sangat, saya nak tengok number plat awak. Nak saya hantar saman kat rumah awak ke? *Sambil slow kan motor dia nak tengok number plat kereta aku*.

Aku : Haa lagi bagus. Hantar je saman kat rumah saya *Sambil senyum*

Motor tu : *Ape entah kawan belakang dia cakap kat dia* Em, takpela kali ni saya lepaskan awak. Sebab awak lawa. Lain kali jangan buat lagi ye.

Aku : Oh haa, baik lah. *Sambil senyum lagi*

Motor tu : Eh awak awak, awak tinggal mana ye?

Aku : Ikut je la saya. Japg saya bawak awak sampai rumah saya.

Motor tu : Err emm tkpela awak, jumpa lagi. Assalamualaikum. *Terus pecut pastu hilang*



Sah menipu mangkuk dua ekor ni. Bajet aku ni mudah termakan dengan kata-kata diorang? Nak menyamar polis kononnnn. Ramai dah member aku, lelaki pulak tu dah kena macam ni. Nasib depa tak follow aku, kalau tak memang aku dah bawak depan balai polis dah.


Esok tu tengok berita, kat kawasan rumah suami aku ada orang kena baling asid. Time tu orang asid baru nak fofular kat berita. Tengok muka suspek dia, faaaaaakkkkkkk! Macam serupaa la weiii dengan dua ekor mamat kacau aku tu. Ya allah, menggigil aku kat depan tv tu. Takut lah siakkkkk! Kalau lah aku ni jenis yang bodoh, benti tepi time mamat tu suruh, ape la jadi kat aku kan? Ya Allah!


Haihhh, dunia dunia! Makin lama makin tak selamat.




*Jiran aku baru je kena pecah kereta and ragut kat traffic light aku kena kacau tu. Yang aku pelik, kereta-kereta depan kereta jiran aku tu tak perasan ke jiran aku tu kena pecah tingkap and ragut? Damn.


2 Heart(s) Screaming.:

sarzli said...

seb bek bukan hang yang kene simbah acid wei

Ieeko. said...

@sarzli :

Tu la pasal. Kalau cheq yang kena, habis la mukaaa weiii. Adeh.

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space