Friday, April 16, 2010

Siapa pandai, dia jawab! ( Hebat ke korang? )



Amacam?
Tajuk aku ni bikin korang panas tak?
Hehe.





Actually kan, aku nak main teka-teki dengan korang. Haritu da main teka teki dengan Kila. Sekarang, aku plak nak bagi orang teka-teki. Heee. Sesiapa yang kenal aku dengan rapat, memang tahu yang aku ni seorang penggemar teka-teki. Kalau aku bosan je, confirm dalam kepala, aku dah plan nak main teka-teki je. Hehehe. Okay okay, enough la bercakap cakap ni yeee. Now kan, soalannya ialaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh,








Bulan Bintang mana lagi tua?








Hah, korang ni hebat tak? Kalau korang hebat macam Ieekohebakkk ni, confirm boleh jawab. Huehuehue. Sila sila, bagi jawapan yang berada di dalam kepala korang semua tu. Semua jawapan di terima ;D








* Terima kasih kerana menyertai teka-teki ini bersama saya. Nanti saya belanja aiskriiiiiimmmmmm kepada pemenangnya ♥


Saturday, March 20, 2010

More taggyyyy to do! :)




♥ Siapakah diri anda di rumah?


Saya adalah diri saya sendiri di rumah. Walaupun dimana-mana pun, saya tetap menjadi diri saya sendiri. Seorang yang simple. Pernah suatu ketika dahulu kawan aku pernah berkata, aku di rumah sangat simple and selekeh, tapi bile di luar, aku amatlah berbeza. Well, itu kata mereka. Haha. Seorang yang blur. Kakak kedua aku sangat pasrah bila berborak dengan aku. Sebab selalunya respon aku tak seperti yang dia mengharapkan dan kerap ulang cerita sebab aku tah faham-faham. Haha. Dan bila aku di rumah, aku sangat suka menyanyi sorang-sorang dalam bilik sambil sumbat earphone dalam telinga. Sampaikan mak aku pernah jerit dari bilik sebelah suruh aku diam. Haha. Aku sangat rapat dengan kucing-kucing aku. Dan baru sebentar tadi aku melemparkan roti untuk diberi makan kepada burung-burung yang berterbangan. Comel!





♥ Siapakah diri anda di samping rakan?


Masih diri sendiri. Cume beza nya, bila aku bersama mereka, aku jadi gila. Gila yang baik lah. Bukan gila yang jahat. Wahahaha. Dan blur aku tu, masih kekal. Cume aku rasa makin teruk kot blur aku tu bile aku dengan rakan-rakan aku. Seorang yang selalu mengutamakan kepentingan kawan-kawan walaupun aku terpaksa susah. Jenis yang tak kesah kalau kawan takde duit, aku belanja/bagi duit since untuk aku, kawan adalah segala-galanya. Kau break, kau cerai, kawan-kawan kau masih ada dengan kau. I mean THE REAL FRIENDS LAH. Bukan jenis kawan yang tak puas hati dengan kau tapi kutuk kau dari belakang. Tak puas hati, cakap face to face. Mana tau benda yang kau rasa tak elok, boleh berubah jadi elok? Daripada kau terus mencetuskan pergaduhan. Heh.




♥ 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai?

• Nikon SLR D90. Boleh?
• Bukak zoo.
• Nak jadi kurus lagi sikittt je. Sikittttttt jeeeeeee lagiii!
• Bawak family pergi Mekah. Teringin sangat :')
• Pergi melancong dengan bfs aku. ( Insyallah akan tercapai dalam jangka masa yang pendek )








♥ Siapakah nama pasangan anda?


Ramai doh! Ada 3 orang ;D

• Afiq
• A'an
• Aziq


( Player rupenya aku ni. Haha! )




♥ 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda?

I don't need to give 5 reasons why I love them,
I think 1 would be more than enough.

• Mereka selalu bersama aku ketika suka dan err, suka dan sukaaaaaa!
Haha, always been "suka" and no "duka" with them :')








♥ Bilakah tarikh anda couple?


Tak perlu tahu.
P&C :P




♥ Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Kenangan pahit dengan diorang bila diorang pergi Langkawi and tak ajak aku T__T.
Sebab diorang cakap walaupun aku ni lelaki, tapi tak sopan kalau aku ikot.
Haha bengong.

And lagi satu bila aku jatuh terpeleot depan Wangsa Walk. Time tu Aziq and A'an ada. Wakakaka.
Hmph. Bencik! T__T




♥ Lagu tema cinta anda?


Twinkle twinkle little star.




♥ Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

Nothing, cuma tambahkan lagi sayang korang kat gadis bernama Shikin ni yeeeeeee :D




♥ Tag 10 rakan yg lain.


Siapa-siapa jeeeee.
Amek la tag ni.
Amek ameekkkk, free of charge!
Anyways, thanks Iela ;)






* Nak pergi Istanbul nanti bulan 12 dengan Akim. Woot woot! Tak sabaaaaaaar ~


Thursday, March 18, 2010

Kejadian yang amat hebat pada pukul 11PM.






Hey, selamat malam rakan-rakan. Hari ini office aku bertemakan Pirates. Kenapa pun aku tak tahu. Dah tu, best tak, tema pirates tapi baju semua kene pakai traditional?! Apekah? Pirates muslim kahhh kalau aku memakai baju kurung harini? Adehai =.="





Hahhh ni aku nak bahaq mai kat hampa semua ni. Haritu kan, aku keje malam. Jadi, kau tahu je la kat office ni, berape ketul je la orang yang bekerja kan. Memang terbaik lah untuk sesuatu kejadian yang kurang enak untuk berlaku. Office aku ni, tingkat 4. Okay, tak la tinggi mana. Kalau terjun tingkap pun, patah tulang je la kot.




So malam tu, tibe-tibe la plak aku terasa macam nak terkucil. Sambil dok assist customer, sambil-sambil tu jugak lah aku terkepit-kepit dekat atas kusi berodakan empat nih. So lepas je call tu dah habis, ape lagi, tukar status to "break" lah kan. Then aku terus pecut keluar dari office aku yang sejuk macam nak mati ni. Terus aku meluru ke arah satu tempat yang sangat aku ingini iaitu TANDAS. Time tu tak perlu nak berlari-lari comel, takde sape pun nak tengok. Pukul 11Pm kot. Haruslah aku berlari seperti olahragawati.




Masa aku masuk tandas tu, everything seems normal. Semua pintu tertutup accept for one only. So I assumed, ada orang la kan dalam setiap tempat tuh. So aku masuk. Dengan rakusnya aku membuka seluar aku. Wakakakkaa. Sungguh tak sopan. What the heck ;P Then da lega melepaskan segala yang terbuku di dalam badan ku ini. Haruslah aku melepaskan suara lega aku. HAHA. Then aku tutup cover bowl tu kan, and aku duduk atas benda tu sebab aku nak check sms jap kt hp. Then I heard bunyi tapak kaki masuk. Aku buat bodoh je la kan. Benda normal kot. Then tengah belek-belek hp aku, tak sampai 5 saat, BLACKOUT! Boleh bayangkan tak??!





Haruslah muka aku macam orang menggelabah tak hingat dunia! Beb aku sorang-sorang kot. Blackout plak tu. And the best thing is, its freaking 11PM! So aku terus bukak pintu toilet aku, and yang bestnya, semua pintu-pintu yang tadi tertutup kan, semuanya TERBUKAK! Boleh tak? Bolehh taaaaaaakkkkkkkk?! Then bunyi tapak kaki tadi tu pun dah takde. Aku sorang je kot dalam tandas tu dari tadi. Kau tak rasa ke masa tu nafas aku dah hujung-hujung je? Lagi sikit boleh kiok kat dalam tandas tu? Dah la tandas aku tu paling hujung T__T. Seriously aku chuak gilaaaa, kot-kot aku nampak benda putih ke kan. Eeeeeeee!




Dah tu, masa aku berjalan ke arah main door dengan pantas nya, aku terdengar bunyi air T__T. BEST TAK? Hah? Korang rasa BEST ke tidakkkk benda yang terjadi kepada diri ku ini wahai rakan-rakan?! Kalau berani, meh cakap depan muka aku yang kejadian ini sangat best. Lepas tu kau tengok plak best reaction yang boleh aku bagi kat kau. Fuhh.





Lepas dah dengar bunyi air tu, terus aku meluru keluar. Kat luar ada plak lampu =.=". Aku masuk office, then aku duduk tenangkan diri aku. Then 5 mins after that, ada perempuan ni nak pergi tandas. Aku jerit bagitahu la kan yang there's no light. Pastu lepas dia da pergi and she came back, she told me ada je lampu kat toilet tu. Masyallah. Terus niat dalam hati nak berzikir balik rumah karang. Fufeekk betul.





T__T Tak suka. Dah la aku ni memang "digemari" oleh benda-benda macam ni. Banyak lagi pengalaman yang aku ada and tak cerita kat korang semua. Lagi ngeri dari benda ni. Ni baru je dia acah-acah mak enon dengan aku. Belum lagi yang bersuara and gerakkan badan aku ketika tdo. Amacam? Cool gila kan? Dulu masa kecik, aku hampir diculik oleh "benda" itu. Nasib baik ayah aku bangun. Terus dia bersilat dengan benda tu. Okay tak, tipu je. Ayah aku baca la surah-surah and benda tu cabut terus. Aku? Harus lah aku kat lantai kannnn. Tengah nyenyak tdo. Best. Kalau tak aku for sure dah jadi kerabat mereka. Terima kasih ayah. I love you.





Okay, tutup cerita. Lain kali aku cerita pasal pengalaman lain plak. Sampai disini je la yee. Nak pergi tdo. Esok nak pegi gym dengan Anne and Riq. Wahahahaha. Time to work out bebehhhhh. Biggest loser pleaseeeeee! ( Kalau esok sambil aku work out, dengar lagu I will Survive mesti lagi bersemangat kan? Eh ape kene mengena lagu tu dengan work out? Tah la. Ignore je la aku =.=" )







* Aku sebenarnya sangat merindui bfs aku T__T. Aku rindukan masa dulu-dulu. Almost everyday kitorang akan keluar hang out. Time diorang semua cuti la kan. Ada je plan kitorang. Kalau takde plan, mesti lepak kat rumah diorang or rumah aku. Then jalan-jalan naik kereta. Bergaduh dengan diorang adalah perkara biasa. In fact, itu lah yang paling aku suka. Sebab penuh dengan gelak tawa kitorang je. Tu buli ni, sini buli situ. Haha rindu doh :')





Monday, March 15, 2010

Kal ho naa ho, Afiq :P







Takde pic baru la Afiq oi.
Mms later ogayh ^^


------------------------------------



Okay, as you can see, today punya topic pasal one of my bfs named Afiq :) Lame dah tak bercerita pasal mamat sorang ni. Haritu dah merajuk habis la kan name dia da jarang disebut dalam blog aku ni :P Hihi.


Two days back, I called him since I received his comment on Facebook la kan mengatakan bil dia tidak dibayar lagi dan tidak boleh contact okay. And he requested for me to call him =.=' Okay, dah biasa. Haha. So back to the story, aku pun teponn lah diaaaa. Agak lama jugak la aku menunggu untuk dia angkat tepon tuh. Bersabar je lah. Then akhirnya, dia angkat jugaaaakkk :)


Tengah borak-borak, background dia sangatlah bising. Dah la aku ni pendengaran kurang jelas, dia terpaksa la ulang banyak-banyak kali. Bila aku teka, bajet macam aku dengar, then rupe-rupenya salah, lepastu kene cop sebagai pekak dan blur. Contohnya, if dia cakap lambat, tapi aku teka kiamat. Haa gitu la. Takpelah, asalkan belakang dia ada AT AT tu kan :P Haha. Tapi still, mereka tetap cakap aku ni pekak T__T. Bengkek je aku. Haha. Then sambil Afiq ni pokpekpokpek, aku diam je. Cube menghayati background sound dia tu. Aku tahu die tengah tengok DVD dengan kawan-kawan dia. Tapi bunyinya agak pelik. Bile aku hayati betul-betul, then aku cakap " Afiq, you tengah tengok cite hindustan ke? ". Dia tak dengar. Dia plak pekak kann. Haha. So I repeated it again, " You tengah tengok cerita hindustan keee? " sambil mengharapkan jawapan. Aku teka dalam hati aku, confirm la Afiq ni tak layan cite hindustan kan. Dia ni "keras" sikit compare to the other 2 boys ;P Haha.



" Ha'a doh. Diorang bukak DVD hindustan. Taktahu nak tengok cite ape dohhh ". Hah kaauuu. Sumpah aku terkejut. HAHA. Afiq layan cite hindustan beb :P Haha. Sumpah aku tergelak gila bila dia bagitahu aku. Haruslah aku dan dia tergelak macam orang gila. Aku gelak sebab aku tak percaya, dia plak gelak sebab dia tau aku akan ejek dia lepas ni. Hue hue hue. Bayangkan, pukul 5am kot time tu. Otp, sambil gelak-gelak =.=' Tak ke macam orang kurang betul sikit? Heee. Then aku pun sambung la tanya dia, " You tengok cite hindustan ape? " sambil tergelak-gelak slow. Giggle la tu kononnya. Then he replied " Haa, tah la, Kal ho, aaa. Ape tah. Naa ho. ". Haha! Nak sebut pun tak reti mamat seko tu. Haha. " Kal ho naa ho ke? " aku bersuara. " Ha ye kott. Macam gampang you tau tak? Kawan-kawan I ni nak tengok. Layan je la. Lagipun takde benda nak buat ". Haha! Serious beb, tak boleh blaahh :P


Haruslah dengan sepantas kilat aku bahan Afiq ni kan. " Hah you, ape je perkataan yang you dah belajar? Pagal? " Haha. Then aku ingatkan dia tak layan aku kan, tapi tengok-tengok dia layaaann! Haha. " Hah I da belajar perkataan, aa ape ek. Ehm, Pyar. ( sorry aku tak reti eja :D ) maksod dia love. Lepastu, aa ape tahhh lagiiiiii. Tak ingat ". Hahaha. Sumpah aku tergelak-gelak sebab masa dia cakap tu, boleh bayangkan betape bersungguh-sungguhnya dia untuk cube ingat balik ayat-ayat yang dia belajar. " Serious I nak update blog pasal ni! " aku cakap. Ape lagi, mamat tu pujuk la kan aku supaya aku tak update. Tapi sorry la bro :P Hihihi. Takpe, what happened next, will be our secret ;P Hee. Actually there's nothing pun about him watching cite hindustan, cuma agak pelik lah. Dia tu mana layan semua-semua ni ;P


Bila tanya bila balik, dia cakap taktahu plak. Lepastu suruh aku datang Pahang amek dia. And dia ada la cakap seseorang tu ajak dia main futsal, tapi aku tak bagi! Hmph! Aku cakap kat Afiq " Ekelen, apesal plak? Tayah tayah tayah! Balik KL jumpa I je, dia takpayah! ". And surprisingly he replied " Okay! " Haha ;P Bagus, dengar cakap baby pun. HAHA! No no, joking joking :) My mood sekarang agak gembira, sebab aku teringat balik conversation aku and Afiq malam tu. Lagi-lagi pasal hindustan ni ;P Hihi.


*Sambil tengah update entry ni, tibe-tibe dapat phone call dari A'an. Aku terlupa plak duit dia ade dengan aku. Aku simpan since dia ni boros ;P Suka sangat shopping, beli kasut la beli jacket laaa. Kalah aku! So masa keluar haritu, aku grab his rm50 and simpan. Pastu lupa nak bg dia balik. Haha! So tmrw at 11am, we will meet :P Hihi. ( Gelak comel-comel sambil makan hashbrown kakak aku masak. ) Tibe-tibe rindu plak nak lepak complete 4 orang. Hmm.

Sunday, March 14, 2010

Smile, eventhough your heart is breaking.



Cinta itu bukanlah untuk memiliki orang yang dicintai,
Tetapi untuk melihat orang yang kita cinta bahagia.




-------------------------



Hey korang! Yeah I know aku dah lama tak update. Sorry-sorry. I wasn't feeling very well. Aku demam dah 3 minggu. Deman on off on off. Yesterday aku pergi amek darah. Company aku suruh aku amek, kiranya untuk berjaga-jaga lah kan. Takut denggi and whatsoever. So esok baru aku tahu keputusan dia. Moga-moga aku sihat walafiat. Amin.


Kelmarin, aku keluar dengan kawan ofis lama aku. Choy. Ada yang masih ingat? Hehe. Dah lama tak jumpa dia. So kitorang lepak the curve jap. Dia pergi karoke. Aku dok tercongok macam orang bengong kat tepi tu. Diorang suruh aku nyanyi, tapi aku segan la kannnnn. Haha. Kawan-kawan dia ada. Aku boleh melalak bila dengan Anne and bfs aku je ;P Hehe. Kitorang lepak Cheras lepas tu. Pergi makan and cerita pengalaman masing-masing berdepan dengan hantu. Haha kelakar. Kawan choy, nama Bubu, dia tu lawak. Boleh plak buat lawak mase cerita hantu kat aku. Padahal dia tu tengah meremang bulu roma. Kiranya, buat lawak tu boleh dapat menghilangkan rasa takut tu sikit la kan ;P Haha.



Lepas dah habis lepak, kitorang balik. Seperti biasa, aku ada la jugak mimpi-mimpi pelik. Salah satunya, aku mimpi bfs aku semua macam dah tak kenal aku. Bayangkan la okay, time tu aku tengah jalan-jalan dengan kakak aku. Lepas tu aku nampk bfs aku. Tapi yang bestnya, diorang boleh je pandang aku and blah. Macam tak kenal aku ni siapa. Tidak boleh diterima lsg okay! Haha. Cam sadis gila la. Bangun je dari tdo, terus aku msg tiga-tiga ekor tu cakap diorang sombong. Haha. Tak pasal-pasal ;P Sorry la ye korang. ADAM korang ni memang emo terlebih sikit. Haha. Oh yeah, kepada orang-orang yang baru kenal aku. Nama palsu aku, ADAM. Nak tahu dengan lebih lanjut? Sila baca entry INI. Anda akan memahaminya ;P



Oh yeahh, aku dah tengok Percy Jackson tu. Okay LAME, aku tahu. I am soooo yesterday. Haha, wait wait. You have to understand, I am a workaholic. I don't go out too much :P Aicehhh. And lagi menyedihkan, AKU TAK TENGOK LAGI AVATAR. Can you believe ittt????! Omg, I feel soooooo pathetic now ;P Hahaha! Well, nak buat macam mana. Orang kuat bekerja :P Haha. Okay dah, cukup la tu kutuk diri sendiri. Menyampah! Hmph. Oh yeah, time aku pergi The curve dengan Choy tu. Aku nampak orang main layang-layang T_T. Sumpah sedih. Aku nak main layang-layang lahhhhhhh. Haih. Sedih-sedih.



Semalam, aku keluar dengan A'an. Tengok wayang. Cerita From Paris With Love. Best! Cerita tu agak lawak, but at the same time, cool. Actually nak tengok Alice, tapi dah sold out -.-' Shiau lah. Apelah orang-orang zaman sekarang ni buat dekat Pavilion? Pergi la keje kan. Jadi macam aku ni ha :P ( Layan kan aje otak aku ni. Tengah emo tak dapat tengok Alice lagi. Hmphh ). Rindu gila dekat bfs aku. Rasa macam nak mati je takde dorang ( Wahh, drama queen ni. Tepuk tangan ramai-ramai. Ieeko is a Drama queen. Dia boleh berlakon :P ). Okay dah, tamau dah emo-emo. Jom happy plak. Haha. Tadi tengah lepak dekat Pavilion, A'an macam biasa, perangai spastic dia memang tak boleh nak cakap ape la kann. Makan dekat Oldtown. Tengah order-order, tibe-tibe je dia cakap dekat waiter tu " She's not my gf " sambil tunjuk aku. HAHA! Bodoh. Sebab orang semua pandang kitorang macam couple je. Haha. Orang tu macam tergelak-gelak da. Bengong punya A'an. Haha. Lepas tu, dok menari-nari macam orang gila dalam kereta. Aku pun dah malas nak layan perangai dia tu. Haha.



Lepas dah tengok wayang, kitorang pun balik. Walaupun sekejap, tapi aku had fun :) Dah lama tak jumpa diorang. Rindu gila. Lagi sorang, kat Pahang tu tah bila nak balik KL pun aku taktahu. Bila tanya, tanak bagitahu. Haih. Nak surprise la tu kan :P Haha. Okay, aku rasa cukup-cukup la tuh. Nanti bila-bila lagi, aku update lah. Jangan rindu aku sangat okay ;P Nak pergi tido dah. ZzzZz.




*Tersenyum sambil lap air mata sebab baru je lepas nangis. Kucing-kucing aku nak kene bagi dekat orang. Sebab dah banyak sangat. Sedih sangat T__T. ( Mate sakit T__T )


Monday, March 8, 2010

A good-bye is never painful unless you're never going to say hello again.






Where is the "good" in goodbye?
----------------------------------

Sempena hari terakhir Akim di office ni, semua rakan-rakan dia tersangatlah sedih. Termasuk lah aku yang boleh dikatakan duepulohempatjam dengan dia dekat office ni. Sampaikan ada la budak-budak junior ingatkan kami ni couple =.='. Haih adik-adik ni, suka buat cerita hangat yang tidak benar.
Well, I don't wanna talk about this cause it makes me sad. So let's change topic. Yesterday, I went to Anne's house. No no no, there's no photoshoot yesterday ;P I drove to her house just untuk berenang-renang di kolam renang rumahnya. Ye, memang gedik. Dekat rumah sendiri ada swimmingpool, gedik nak pergi mandi dekat pool rumah orang lain. Haha. Ape aku kesah ;P So semalam, pukul 2+ kitorang dah berendam di dalam kolam renang itu. Agak ramai jugak lah orang. Lelaki-lelaki arab yang meletop pun ramai jugee. Sambil menyelam, sambil mengeyit mata. Haha taklah, kitorang cuci mata je. Ada tu, pehh 6pax weh. And ada tu, bebulu dada =.='' Ahah. Lawak. Anne dengan aku terkaku jap dalam pool tu. Haih. Lepastu kitorang la yang paling lama swim tau? Sampai pukul 5 baru lah naik atas balik. Tu pun sebab Riq call suruh naik sebab nak amek mummy dia dekat Airport. Kalau tak? Tohh sampai matahari terbenam la kot baru kitorang naik.


Pukul 6+ aku cabut balik. Then kakak aku suruh aku beli makanan. Perut aku da la lapar. Sempat la jugak makan maggi cup dekat rumah Anne lepas mandi tu. Beb, lapar kot. Sehari tak makan. Lepas tu swim plakk kan, memang takk lah perut aku yang buncit ni dapat bertahan. Sambil menunggu makanan kakak aku untuk dimasak, tibe-tibe hujan lebat =.='' Da la payung takde. Lepastu aku park kete agak jauh jugakk la dari kedai makan tu sebab parking takde. Shiau. Terpaksa la aku berlari-lari anak bajet comel sambil pegang bungkusan makanan aku tu. Hish. Naik kete, aku bawak slow-slow. Bukan sebab hujan. Tapi sebab nak dengar lagu ^^. Haha. Sampai je rumah, kucing-kucing aku da menunggu. Aku baring je kat sofa tu, terus Dotty naik atas aku nak bareng atas perut ku yang enak dibuat bantal. Haha, Dotty tu jantan. Memang sah ah miang dengan aku an :PP


Aku terus amek pillow aku after aku nampak petir/kilat and dengar bunyi guruh. Sememangnya aku sangat takut dengan SEMUA ini. Aku akan jadi seperti budak kecik yang ketakutan sebab ada kakak muka garang tengah tengok aku. Phew, seriously beb. Aku akan automaticly buat aksi-aksi yang menunjukkan yang aku ni takut dengan kilat, walau dimana jua aku berada. Macam haritu, aku tengah jalan nak ke kereta dengan kawan aku, tibe-tibe aku nampak petir. Terus aku angkat sebelah kaki sambil tangan aku tengah cover muka aku. Boleh tak? Dah tu, tepi aku, banyak kereta-kereta tengah lalu. Haha. Padahal time tu hujan dah benti T__T. Sebab tu aku berani je jalan buat muka dek. Tapi ternyata aku salah. Sobs. Then masuk kereta, tengah makan aiskrim dengan Nisa, tibe-tibe sekali lagi petir muncul. Haaaa amek kau, aku terus tutup muka dekat kerusi kereta tu. Nisa dah buat muka pelik dia la kan. Haha. Serious beb, kalau aku tengah tido malam-malam, lepastu terdengar bunyi guruh, terus tak boleh tdo =.=''



Lepas dah buat aksi-aksi tu, ayah aku bukak tv. Macho la tu kononnya kan anak dia tengah takut, dia boleh plak buat muka cool bukak tv. Tapi tak boleh tengok. HAHA. Sebab astro bengong. Kalau hujan je, signal tak dapat. Hish. Nak tengok Real Madrid lawan pun tak boleh. Benci. Lepas dah pasrah dengan tv tu, aku masuk ke dalam bilik, dengar lagu. Nak tido, awal lagi la plak. Masa tu baru je pukul 8pm. Nak tengok berita? Oh itu bukan aku namanya. Hee hee hee. Nak lepak, tapi kawan-kawan semuanya busy. Hm. Last-last aku lepak dalam bilik baca buku pasal NABI. Haha, betul beb. Tak tipu. Aku baca tauuuuuuu! ( Buat muka berlagak sambil minum air milo 20sen ).


Pastu bila dah rasa lama sangat baca buku, aku pun terus la mula berangan. Aku ni tak suka membaca sangat. Ye ye, membaca budaya kita. Tak kesah lah, aku prefer menulis/typing. Hi hi hi. Then Mieya msg aku, mintak tolong aku. Pastu dah settle semuanya, tengok jam, pukul 3am. Gulp*. Have to sleep since esok tu kerja. Sejak kebelakangan ni, aku asek dapat lelap pukul 3 lebihhh je. Hish, tah kenapa. Lepastu, disebabkan tidur lambat lah, aku dapat mimpi-mimpi yang ANEH ni -.-' Aku basuh kaki ye, tolong sikit. Haha. Ape kene la emosi aku sejak kebelakangan ni. Kena banyak makan coklat kot. Okay, takde kene mengena. Hm ape tah aku merepek ni. Haih.





Hm. Nak main layang-layang lah. Siapa nak teman aku main layang-layang? Lepas tu aku nak layang-layang aku wane-wani. Konon-kononnya tengah melayan perasaan bahagia sambil main layang-layang la kan. Chet. And aku teringin sangat nak pergi Zoo T__T. Boleh tak siape-siape bawak aku pergi Zoo? Tak kesahla. Surprise lah aku. Kate je nak pergi dinner, lepastu aku dah pakai dress lawa-lawa, and then end up pergi Zoo, aku tak marah. Happy ada la, sambil berlari-lari dalam Zoo dengan Dress labuh aku tu. Hey, siapa cakap Zoo dekat w.maju ni takde night Zoo? Haha. Lepas tu, aku teringin nak pergi mandi laut. Uhuk. Jeles dengan orang-orang yang tinggal berdekatan dengan laut yang kononnya ala-ala kolam renang untuk ku. ( maknanya sangat dekat lah laut tu dengan rumah korang. Macam dekatnya swimmingpool kat rumah aku tu dengan balkoni umah aku ). Hish. Benci. Balik karang nak masuk bilik terus and berzikir. Hmph.



*Kebelakangan ni aku banyak mengeluh. Ish aku tahu mengeluh tu tak elok. Tapi aku pun tak pasti kenapa aku perlu berperasaan sebegini =.='. Adakah aku menopause? Tidak mungkin. Aku masih mudaaa. Tolong-tolong T__T.


 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space