Thursday, March 18, 2010

Kejadian yang amat hebat pada pukul 11PM.






Hey, selamat malam rakan-rakan. Hari ini office aku bertemakan Pirates. Kenapa pun aku tak tahu. Dah tu, best tak, tema pirates tapi baju semua kene pakai traditional?! Apekah? Pirates muslim kahhh kalau aku memakai baju kurung harini? Adehai =.="





Hahhh ni aku nak bahaq mai kat hampa semua ni. Haritu kan, aku keje malam. Jadi, kau tahu je la kat office ni, berape ketul je la orang yang bekerja kan. Memang terbaik lah untuk sesuatu kejadian yang kurang enak untuk berlaku. Office aku ni, tingkat 4. Okay, tak la tinggi mana. Kalau terjun tingkap pun, patah tulang je la kot.




So malam tu, tibe-tibe la plak aku terasa macam nak terkucil. Sambil dok assist customer, sambil-sambil tu jugak lah aku terkepit-kepit dekat atas kusi berodakan empat nih. So lepas je call tu dah habis, ape lagi, tukar status to "break" lah kan. Then aku terus pecut keluar dari office aku yang sejuk macam nak mati ni. Terus aku meluru ke arah satu tempat yang sangat aku ingini iaitu TANDAS. Time tu tak perlu nak berlari-lari comel, takde sape pun nak tengok. Pukul 11Pm kot. Haruslah aku berlari seperti olahragawati.




Masa aku masuk tandas tu, everything seems normal. Semua pintu tertutup accept for one only. So I assumed, ada orang la kan dalam setiap tempat tuh. So aku masuk. Dengan rakusnya aku membuka seluar aku. Wakakakkaa. Sungguh tak sopan. What the heck ;P Then da lega melepaskan segala yang terbuku di dalam badan ku ini. Haruslah aku melepaskan suara lega aku. HAHA. Then aku tutup cover bowl tu kan, and aku duduk atas benda tu sebab aku nak check sms jap kt hp. Then I heard bunyi tapak kaki masuk. Aku buat bodoh je la kan. Benda normal kot. Then tengah belek-belek hp aku, tak sampai 5 saat, BLACKOUT! Boleh bayangkan tak??!





Haruslah muka aku macam orang menggelabah tak hingat dunia! Beb aku sorang-sorang kot. Blackout plak tu. And the best thing is, its freaking 11PM! So aku terus bukak pintu toilet aku, and yang bestnya, semua pintu-pintu yang tadi tertutup kan, semuanya TERBUKAK! Boleh tak? Bolehh taaaaaaakkkkkkkk?! Then bunyi tapak kaki tadi tu pun dah takde. Aku sorang je kot dalam tandas tu dari tadi. Kau tak rasa ke masa tu nafas aku dah hujung-hujung je? Lagi sikit boleh kiok kat dalam tandas tu? Dah la tandas aku tu paling hujung T__T. Seriously aku chuak gilaaaa, kot-kot aku nampak benda putih ke kan. Eeeeeeee!




Dah tu, masa aku berjalan ke arah main door dengan pantas nya, aku terdengar bunyi air T__T. BEST TAK? Hah? Korang rasa BEST ke tidakkkk benda yang terjadi kepada diri ku ini wahai rakan-rakan?! Kalau berani, meh cakap depan muka aku yang kejadian ini sangat best. Lepas tu kau tengok plak best reaction yang boleh aku bagi kat kau. Fuhh.





Lepas dah dengar bunyi air tu, terus aku meluru keluar. Kat luar ada plak lampu =.=". Aku masuk office, then aku duduk tenangkan diri aku. Then 5 mins after that, ada perempuan ni nak pergi tandas. Aku jerit bagitahu la kan yang there's no light. Pastu lepas dia da pergi and she came back, she told me ada je lampu kat toilet tu. Masyallah. Terus niat dalam hati nak berzikir balik rumah karang. Fufeekk betul.





T__T Tak suka. Dah la aku ni memang "digemari" oleh benda-benda macam ni. Banyak lagi pengalaman yang aku ada and tak cerita kat korang semua. Lagi ngeri dari benda ni. Ni baru je dia acah-acah mak enon dengan aku. Belum lagi yang bersuara and gerakkan badan aku ketika tdo. Amacam? Cool gila kan? Dulu masa kecik, aku hampir diculik oleh "benda" itu. Nasib baik ayah aku bangun. Terus dia bersilat dengan benda tu. Okay tak, tipu je. Ayah aku baca la surah-surah and benda tu cabut terus. Aku? Harus lah aku kat lantai kannnn. Tengah nyenyak tdo. Best. Kalau tak aku for sure dah jadi kerabat mereka. Terima kasih ayah. I love you.





Okay, tutup cerita. Lain kali aku cerita pasal pengalaman lain plak. Sampai disini je la yee. Nak pergi tdo. Esok nak pegi gym dengan Anne and Riq. Wahahahaha. Time to work out bebehhhhh. Biggest loser pleaseeeeee! ( Kalau esok sambil aku work out, dengar lagu I will Survive mesti lagi bersemangat kan? Eh ape kene mengena lagu tu dengan work out? Tah la. Ignore je la aku =.=" )







* Aku sebenarnya sangat merindui bfs aku T__T. Aku rindukan masa dulu-dulu. Almost everyday kitorang akan keluar hang out. Time diorang semua cuti la kan. Ada je plan kitorang. Kalau takde plan, mesti lepak kat rumah diorang or rumah aku. Then jalan-jalan naik kereta. Bergaduh dengan diorang adalah perkara biasa. In fact, itu lah yang paling aku suka. Sebab penuh dengan gelak tawa kitorang je. Tu buli ni, sini buli situ. Haha rindu doh :')





2 Heart(s) Screaming.:

Afeeqa Hazwany said...

eee tak suke cite camnie. tp suke gak nak dengar. suke gak nak tengok. haha

Ieeko. said...

Haha, tu la pasal. :p

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space