Assalamualaikum kawan-kawan :D
Woo wooo lama nyaaaa aku tak hapdet belog usang aku ni. Sorry la yeeee, memang tak tipu. Busy bebenor aku ni ha skang. Twitter and fesbuk pun lama dah aku tak bukak. Arghh busy gila, macam takde life dah ha skang ni. Tapi takpe, ini namanya mencari rezeki untuk laki dan anak-anak di rumah. Eh? Aummm.
Well, macam semua orang tahu, hati perempuan memang tersangat lah lembut kan? Sebab kasih sayang yang dalam hati kitorang ni terlampau lah banyak. Kalau lah kasih sayang ni boleh kita sedekahkan, perempuan lah manusia yang paling mulia di muka bumi ini. Kalau lah kasih sayang ni boleh diberi nilai seperi duit, perempuan lah manusia yang paling kaya di dunia yang fana ini.
Baru-baru ni, ada seorang kawan aku sakit hati dengan perangai sorang lelaki yang dia sayang. Puas dia maki-maki laki tu kat aku. Aku pun diam je lah kan, nak buat guane lagi. Terpaksa lah mendiamkan diri yang sememangnya seorang yang ayu (tak pasal).
Kawan : Sumpah I benci gila dia tu! Apa dia nak sebenarnya ha? Tak puas sakitkan hati I?
Aku : .... emmmm ..
Kawan : Complicated tau tak lelaki ni? Asek nak fikir hati diorang je. Hati kita ni macam mana?
Aku : Sabar. Guys are like that. Diorang tak suka serabutkan otak diorang, unlike us.
Kawan : I malas dah nak cakap dengan dia. Mampus lah!
Aku : Are you sure?
Kawan : Hell yes!
*Dua hari selepas tu*
Kawan : I dah okay dengan dia.
Aku : Errrrr?
Kawan : Tak sampai hati pulak nak buat macam tu kat dia. Haish.
Seeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee? Girls; most of them are like this. Cakap letop je, tapi bukan buat pun. Pungpangpungpang ayat-ayat maki dia bagi kat lelaki tu, but at the end of the day, perempuan tu tetap akan maafkan lelaki yang paling diorang sayang dalam hidup mereka :)
Tak dinafikan, ramai perempuan bila difikirkan balik, memang PERLU benci dekat lelaki-lelaki yang suka sakitkan hati mereka and buat mereka menangis. Tapi SUSAH nak jumpa perempuan macam tu kan?
Jahat macam pun lelaki tu buat kat perempuan tu, sakit mana pun hati perempuan tu, kecewa mana pun perempuan tu dengan perangai lelaki tu, susah nak tengok perempuan tu berpaling arah dari lelaki tersebut. Sebab hati perempuan tersangat lah lembut.
Macam kawan aku lagi sorang ni, walaupun banyak mana pun dia selalu ingatkan aku yang dia tak akan pergi balik kat lelaki tu, itu lah yang kerap dia lakukan.
Kawan% : I hate him Shikin. Seriously I do. Tak pernah lelaki buat macam ni kat I.
Aku : Hm, you kena kuat sikit lah. I mean, dia tak boleh la buat macam ni kat you. And you, jangan la cepat cair sangat.
Kawan% : I know Shikin. I know. I pun bodoh pergi accept dia balik. This will be the last. I swear!
Aku : Do it. I wanna see.
*Seminggu selepas tu*
Kawan% : Dia text I tadi.
Aku : And ... ?
Kawan% : I replied. Sorry, I tak kuat macam you :(
Aku : Expected.
Terlalu ramai perempuan yang aku kenal yang bagi aku kesempatan untuk melihat situasi-situasi seperti ini di mana hati perempuan yang mulanya keras seperti batu akhirnya cair seperti air batu yang diletakkan di tengah-tengah kepanasan.
Kenapa lelaki kerap melukakan hati seorang wanita? Kerana mereka tahu, sesakit mana pun hati perempuan itu dengan mereka, perempuan tersebut akan sentiasa membuka pintu hatinya untuk mereka.
Kenapa lelaki kerap melukakan hati seorang wanita? Kerana hati wanita tersangatlah lembut! Lembut seperti kain sutera. Tapi kelebihan ini lah yang selalu manusia mengambil kesempatan ke atasnya.
Kerana mereka tahu yang hati wanita ini tersangatlah lembut, lelaki kerap menyakiti hati wanita. Beribu-ribu air mata yang keluar dari mata seorang perempuan pun tak akan mungkin akan mengeraskan hati yang terlalu lembut untuk dikeraskan.
Seperti aku, baru-baru ni. Aku geram dengan Mr.X-man. He did something bad. Not that bad lah, biasa je pun. Tapi time tu aku terasa hati sangat lah kan. He texted me a few times, but there was no reply from me. Keras, memang hati aku keras. Aku boleh jadi lembut, well jujurnya selalu je aku punya hati ni lembut.
But bila hati aku dah keras, ia memang lah keras. But yeah, like the other girls, it only lasts for a few days. After that aku dah okay balik. Sebab apa? Sebab fikir sayang je. Kalau tak sayang, takde nya la nak lembut kan hati ni?
Seriously lah lelaki, korang kena tahu berapa banyak seorang perempuan tu mengalah dengan hati mereka sendiri kerana korang semua. So please, jangan lah luka kan hati diorang.
Jangan lah amek kesempatan ini untuk kerap melukakan hati perempuan yang korang sayang, sebab hati yang jarang keras, bila akhirnya dah buat keputusan untuk menjadi keras, ia akan jadi sekeras-kerasnya yang mungkin memang tidak ada cara untuk melembutkan ia.
Percayalah, sebab aku dah pernah buat. Hati aku ni tak dinafikan, memang lembut. Tapi bila once aku dah cakap "Thats it. Enough is enough", kau bagi aku kereta Audi Q7 pun, tak tentu lagi aku akan jadi lembut balik (tapi time tu aku still amek la kereta Audi tu :P)
Jangan pandang rendah dengan kelembutan hati seorang wanita. Kerana selembut mana pun hati seseorang itu, pasti ada limitnya. Dan apabila hati itu sudah tidak dapat tahan lagi, jangan menyesal di kemudian hari apabila hati yang dulunya lembut, menjadi keras seperti kayu yang tidak mungkin luntur di makan api :)
KawanOfis : Kita tengok kan, Shikin ni walaupun dia perempuan yang lembut, hati dia keras.
Aku : Hoh?
KawanOfis : Kita adore sangat pasal benda ni. Kalau boleh, kita nak hati kita sekeras hati awak.
Baru kenal tak sampai sebulan, dia dah study aku gila vavis. See, orang yang baru kenal aku pun tahu yang hati aku ni tak lah selembut mana. Keras tu ada la jugak. But takde lah keras mana kan. Insyaallah tak akan terjadi benda tu :)
Just a reminder, hati perempuan walaupun lembut, kalau dia dah cakap 'cukup lah', memang cukup lah sampai di situ aku. Hati wanita kalau dah keras, menangis darah pun tak mungkin hati tu akan menjadi lembut balik.
Jadi, tolong jangan mengambil kesempatan ke atas sifat penyayang seorang wanita itu :)
Me : Dia mintak number I tapi I tak bagi.
Mr.X-man : Then macam mana dia dapat?
Me : Entah. Ada orang bagi kot.
Mr.X-man : Hishhh! Beribu perempuan kat dunia ni, dia nak jugak you ni kan? I pelik betul!
Okay conversation atas ni takde kena mengena. Tetiba teringat. Comeeellllll. Miahahahahhahaha! Kbai :D
* Seriously, jangan mengubah kelembutan hati seorang wanita itu kepada keras. Kerana korang pasti akan menyesal seumur hidup bila hati lembut itu dah bertukar menjadi keras :)
6 Heart(s) Screaming.:
betol2. hati perempuan mmg lembut. :) sbb tu la perempuan yg dijadikan sbg ibu. kalau lelaki yg dijadikan sbg ibu, mampos budak2. hahahaha :PP
betol2. hati perempuan mmg lembut. sbb tu Allah jadikan perempuan as ibu. kalaulah lelaki yg dijadikan as mother...mampos budak2. hahahaah :P
Hmmm.. betul tu..mcm kes saye, my ex, 1 mei haritu dy tetibe follow saye balik kt twitter tau.. then, 3 hri lepas tu sye pn follow la dy.. but then, x sampai sehari pastu dy unfollow saye lepas dy rase sye dpt tau die dh ade yang lain.. saye? keep loving him.. Ya Allah.. x habis2 dy seksa pasaan saye kt die dr last year. :'(
menangis tu xmatang ke? sgt snsetif kt org yg sy syg je..even mak tego silap pon bole sebak? mmg dr azali mcm tu.. should it called immature??
I'm a man, not a man only likes playing with girls and I never played by women...but I still love him because he's my first love.
Knpa prmpuan suka merajuk tapi xsmpai 1hari,kalau dia kena tipu dia akan kata dia ada org lain rupa2 nya dia sdang sdih,saya plik knpa prempuan cpat nangis
Post a Comment