Assalamualaikum kawan-kawan :)
Aku harap korang semua sehat sejahtera la. Dari segi fizikal, mental dan juga perasaan. Well, baru-baru ni aku ada tertengok (ter ye. Ter!) video cik abang kita yang English dia power nak mampuih ; Ini Anwar Hadi. Video di mana dia buat sesi soal jawab bersama followers2 di Twitter. So aku pun tengok la, then ada satu soalan ni aku lupa la dia tanya apa, tapi Anwar Hadi jawab;
IAH : Tiga benda ni kita kena pegang. Doa, Usaha, dan Tawakal.
Ohhh kita serupa lah abang anwarrrrrr!* Aku memang setuju dengan apa yang dia sampaikan tu. Cuma aku tak pernah ada peluang untuk aku betul-betul berbicara tentang ia di dalam blog usang aku ni. Tapi bila aku dah ada back up (Eceh poyo la ayat back up konon. Puihh) aku tiba-tiba rasa macam nak blog pasal benda ni.
Dengan suasana pagi ni yang sayu, baru lepas hujan kan, dengan hati yang macam sayup ni, rasa best pulak kalau aku blog pasal benda ni kan.
Aku pernah bertanya kepada seseorang,
Aku : Kalau dia bukan jodoh kau, apa kau buat?
Kawan : Redha je la. Aku doa banyak-banyak pastu tawakal.
Aku : Tu je?
Kawan : Dah takde jodoh, nak buat macam mana kan?
Terus aku teguk air sirap aku yang baru je mamak kat kedai tu serve kat aku. Hmm dalam hati aku terdetik la sikit "Redha redha redha, tu je yang korang mampu buat kan. Usaha lsg takde?". Tapi aku diam seribu bahasa. Malas nak bising lebih. Karang berlaku pulak pergaduhan antara pendapat masing-masing kan. So aku pun buat dek je.
Tapi sejujurnya, dah ramai aku jumpa manusia yang berpendapat sebegini. Usaha tu lsg takde terkeluar dari mulut mereka. Untuk aku, usaha itu penting. Doa dan usaha kita tu mampu mengubah takdir kita. Apabila Allah nampak usaha kita di dalam sesuatu perkara, dengan izin-Nya, insyaallah benda itu boleh berubah.
Dalam kepala kita dah memang set "Takdir telah ditetapkan. Kalau bukan jodoh, memang bukan jodoh". Aku pun dulu fikir macam tu. Tapi bila usia semakin meningkat, otak semakin matang, aku rasa takdir memang boleh diubah hanya dengan izin-Nya. Kita 'terlupa' bahawasanya Allah mempunyai kuasa untuk merubah segala apa pun di dalam hidup kita ni.
Jadi apa yang boleh mengubah takdir kita? Doa berserta kan usaha kita yang berpanjangan. Sejujurnya, aku tahu ramai yang akan kurang setuju dengan pendapat aku ni. Tapi untuk aku, tiada apa yang dapat mengubah sesuatu itu selain Allah S.W.T.
Jikalau Allah mahu benda dari A berubah ke C dengan sekali pantas, Allah mampu untuk mengubahnya. Begitu juga dengan apa yang kita mahu dalam hidup kita. Kalau kita sayangkan seseorang tu, cukup ke kalau kita sekadar serahkan segala-galanya kepada Allah untuk membuat keputusan untuk diri kita tanpa ada sedikit pun usaha dari kita sendiri?
Bila Allah dah bagi kita rasa sayang kepada seseorang itu, kita harus berusaha untuk mengekalkan rasa sayang itu. Dengan cara yang betul di sisi Islam. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Benar? Tapi kalau betul kita sudah berusaha, dan usaha serta doa kita tidak mampu untuk mengubah sesuatu keadaan itu, baru lah kita tawakal dan serahkan segalanya kepada Yang Maha Berkuasa.
Aku bukan nak kata yang kita mampu untuk melawan takdir Allah. Tidak, bukan itu yang aku maksudkan. Apa yang cuba aku maksudkan ialah, kita mampu untuk berusaha mengubah takdir kita dengan usaha dan doa yang berpanjangan, itupun dengan izin Allah S.W.T.
Kalau Allah dah bagi kita orang yang paling berhak untuk kita dapatkan, dan jugak orang itu ialah orang yang paling kita sayang dan yang paling memahami kita, apa korang fikir tanpa usaha kita untuk mengekalkan perhubungan baik itu, Allah akan kekal kan 'mereka' untuk korang semua?
Apa kalau Allah dah bagi korang manusia yang paling penyabar dan mampu untuk tutup mata dengan perangai korang yang korang sendiri rasa memang bermasalah, namun kalau tiada usaha yang datang dari pihak korang, korang fikir Allah tidak akan tarik nikmat itu dari korang semua?
Apa kalau Allah dah bagi korang manusia yang paling boleh terima korang seadanya, tanpa sedikit pun rungutan, dan hanya doa yang korang berikan tanpa sedikit pun usaha untuk mengekalkan mereka itu di dalam hidup korang, korang yakin Allah akan kekalkan mereka di dalam hidup korang? Korang yakin Allah tidak akan menarik semula mereka dari hidup korang?
Tanpa usaha, semua benda pun tak jadi. Doa, itu lah perisai utama di dalam hidup seorang manusia yang bergelar Islam selain daripada tiang solat. Tapi jikalau doa sahaja yang mampu korang berikan, tanpa usaha untuk mengekalkan sesuatu itu untuk kepentingan diri anda sendiri, tidak mungkin benda itu akan kekal.
Namun siapa lah aku untuk berkata seperti ini. Jikalau takdir telah tertulis, mahupun usaha ada bersertakan doa sekali pun, kalau benda itu tanpa keizinan-Nya, sampai kehujung nyawa benda itu tidak mungkin akan terjadi.
Namun fikir lah, mana yang korang mahukan? Hilang sesuatu benda itu tanpa sedikit pun usaha yang datang dari anda, ataupun hilang sesuatu benda tu selepas anda berusaha untuk kekalkan ia di dalam hidup anda? Tiada manusia yang mahu kehilangan orang yang mereka sayang. Tapi kalau sekadar sayang dan doa, tanpa usaha, semua itu tidak cukup :)
Percaya lah pada Allah. Doa lah pada-Nya. Usaha lah untuk dapatkan atau untuk mengekalkan sesuatu itu di dalam hidup korang. Insyaallah, benda itu akan sentiasa korang dapat pegangnya erat di tangan. Jangan lah selepas selesai berdoa itu, anda terus bertawakal. Kerana tanpa usaha, memang ianya tidak akan kemana.
Doa tidak selalu mampu mengubah keadaan, tapi ia mampu mengubah cara pandang kita. Doa tidak selalu mampu mengembalikan mereka yang kita cintai, tapi mampu memberikan kebahagiaan bagi mereka. Doa tidak mampu mengulang waktu tapi mampu membuat kesempatan datang kembali.
Doa tidak selalu memperbaiki hati yang hancur, tapi doa mampu mengubahnya menjadi sumber kekuatan dan penenang kalbu. Maka jangan pernah ragu untuk berdoa. Kerana ALLAH TIDAK PERNAH JEMU MENDENGAR DOA KITA :)
Dan ingat, doa dan usaha dahulu, baru lah tawakal. Jangan skip terus bertawakal selepas berdoa itu. Allah suka hamba-Nya yang terus berusaha akan sesuatu perkara itu selagi termampu.
Doa tidak selalu memperbaiki hati yang hancur, tapi doa mampu mengubahnya menjadi sumber kekuatan dan penenang kalbu. Maka jangan pernah ragu untuk berdoa. Kerana ALLAH TIDAK PERNAH JEMU MENDENGAR DOA KITA :)
Dan ingat, doa dan usaha dahulu, baru lah tawakal. Jangan skip terus bertawakal selepas berdoa itu. Allah suka hamba-Nya yang terus berusaha akan sesuatu perkara itu selagi termampu.
Ya Allah,Entry ini aku tulis bertentangkan orang yang korang sayang. Namun bukan untuk ini sahaja yang korang perlu berusaha. Banyak lagi yang perlu korang usahakan. Tapi kali ini aku hanya sentuh tentang usaha untuk mengekalkan orang yang korang sayang di dalam hidup korang. Namun seeloknya untuk kita semua berusaha lebih untuk mendapatkan tempat di Syurga-Nya.
Doa dan usaha telah pun aku berikan. Aku bersyukur untuk segala nikmat yang telah Kau berikan. Namun terasa sedikit dihati ini seperti usaha aku selama bertahun itu bakal terhenti bila-bila masa sahaja. Apa mampu kah lagi hati kecil ini menerima segala sakit yang bakal membina aku untuk menjadi lebih kuat? Apa mampu kah lagi tangan dan kaki kecil ku ini untuk kekal tabah berusaha untuk mengekalkan sesuatu yang bertahun lamanya aku inginkan di dalam hidup ku ini? Apa mampu lagi kah aku untuk terus bersabar?
Dan kini Ya Allah, aku serahkan segalanya kepada-Mu. Hanya Kau mampu untuk menilai sejauh mana usaha dan doa ku yang telah aku lakukan untuk mengekalkan sesuatu itu di dalam hidup ku. Tidak pernah aku berusaha sebegini keras untuk benda lain selain itu. Hanya Kau sahaja yang mampu untuk memberi kesabaran di hati aku untuk terus kekal berusaha dan berdoa untuk sesuatu itu. Aku pasti, aku akan terus untuk berdoa. Namun usaha itu yang aku risau kan Ya Allah.
Terasa sedikit putus asa di lubuk hati ini. Apa mungkin kah doa dan usaha ku ini mampu untuk melembutkan hati sekeras batu itu? Apa mungkin kah doa dan usaha ku ini mampu untuk meruntuhkan dinding tingginya ego di hati itu? Hanya Engkau sahaja yang mampu untuk menetukannya.
Dan jika dengan doa yang telah aku luahkan dari lubuk hati ini, hanya akan mengeraskan lagi hati itu, aku redha. Aku akan hanya bertawakal dan redha dengan ketentuanmu Ya Allah. Semoga yang terbaik dari yang terbaik akan Kau berikan padaku.
Amin.
Ya Allah, berikanlah kami semua kebahagiaan di Syurga-Mu kelak. Amin.
* Manusia gemar menyesal apabila sesuatu itu telah terjadi. Dan sini aku cuba mengingatkan semua orang, selagi ada masa, berusaha lah untuk mendapatkannya sebelum ia berlalu pergi.
3 Heart(s) Screaming.:
mkin lama makin suke bace entry akk :) u change a lot :)
kalau solat istiqarah macam mane plak?nak sangat hati c dyer berubah utk saya :(
suke sangat bace entry..mmg ubah cara pemikiran sye,tq sangat2..
Post a Comment