Saturday, March 31, 2012

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim,







Assalamualaikum. Malam ni aku terdetik untuk menulis secara monolog. Tidak salah, bukan? Insyaallah, semoga apa yang aku bakal sampaikan, boleh diterima baik oleh semua orang.
Sekadar peringatan buat semua umat Islam.

Any good in me is only a gift from Him. Any ugliness, is my own :)



Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam hidup,

Kadang-kadang, kerana terlalu sayang dengan seseorang, Allah ambil dia dari kita. Allah jarakkan kita dengan dia.

  • Untuk uji kita.

Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu? Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu? Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA?

  • Untuk sedarkan kita.

Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.

Dan kadang-kadang, Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai. Saat Allah jarakkan kita, lalu timbul rasa rindu dan menyesal. Itu bukan untuk menghukumi kita.

Tapi untuk memberi pengajaran, bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka, Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih dari yang mahu kita lakukan.

Dan bila kita menyayangi seseorang, apa pun yang dia lakukan, terkadang tak akan mengubah rasa sayang kita. Dan bila kita menyayangi seseorang, apa pun perlakuannya yang melukakan, masih tak mengurangkan rasa sayang kita.

Kita pujuk hati,


“Mungkin dia ada sebabnya sendiri, melakukan ini pada aku”.


Itu lah kita, bila menyayangi seorang manusia. Kita akan sentiasa berbaik sangka padanya. Namun, muhasabahlah kembali. Bila yang ‘menyakiti’ itu adalah takdir dari Ilahi.

Mengapa mudahnya kita berprasangka? Bila yang menguji itu adalah Rabbi. Mengapa mudahnya kita berpaling dan berburuk sangka?

Adakah kita lupa, siapa yang lebih besar kasih sayangnya pada kita? Manusia atau DIA? Adakah kita lupa, siapa yang lebih patut kita percaya?



.... Manusia ataupun DIA? Subhan'Allah.


Pelik bukan, bagaimana kita boleh menyayangi seseorang itu sepenuh hati?





Hatiku memiliki satu doa yang sederhana ; ingin menjadi sesuatu yang selalu bertahan dalam doamu.



Ya Allah Ya Rabbi, kekalkan lah apa yang terbaik untuk ku. Dan bawa pergi lah apa yang tidak baik untuk diriku. Dan jikalau dia adalah jodoh ku, kekalkan lah persabahatan kami ini. Dan jikalau dia adalah bukan jodoh ku, pisahkan lah kami dengan cara yang baik supaya tiada rasa sakit di hati kami berdua.


Sesungguhnya, Engkau tahu apa yang ada di dalam hati ku ini. Amin.





* Mencintai dalam diam lebih elok kerana ianya satu doa. Dan Allah sering mempertimbangkan usaha dan doa hamba-Nya :')


2 Heart(s) Screaming.:

nafisah said...

mohon share ;)

Ieeko. said...

@nafisah

Silakan :)

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space