Assalamualaikum :)
When I lost my words, I’ll put my fingers on the keyboard and let them dancing on their own. And yes, people write what they can't say.
Hari ini - Aku ingin bermonolog sebentar. Minta izin pada pembaca, benarkan aku bermonolog seperti orang dahulu seketika.
Bukan kerana sedih, tetapi kerana terlalu bahagia. Terlalu bahagia sehinggakan diri berasa gentar dan takut pada perasaan bahagia ini. Kerana aku yakin, apabila bahagia hinggap di hati, pasti dugaan dan ujian datang menyusul seakan-akan perasaan bahagia ini tidak berhak untuk aku genggam seketika.
Malam dingin sering aku termenung seketika. Terfikir tentang kebahagiaan yang Allah sampaikan di dalam hati aku ini. Apa yang aku lakukan sehingga Allah berikan aku RahmatNya sebanyak ini? Bukan ingin menyoalkan kebesaranNya, cuma hati seperti bersuara "Engkau tidak layak" berkali-kali membuatkan aku terdiam seketika.
Risau. Risau pada perasaan bahagia ini. Ingin ia kekal, tetapi aku tahu Allah itu Maha Adil. Setiap penderitaan pasti akan ada sinar kebahagiaan. Dan setiap kebahagiaan, pasti ada ujian yang bakal tiba melanda. Hati manusia jika di curah dengan kata-kata kesat dari manusia lain, pasti terberai. Perlukan pendiding yang keras supaya ianya tidak mudah runtuh dek kata-kata manusia. Pendinding itu sentiasa ada, cuma manusia yang sering leka.
Tenang. Tenang menerima perasaan bahagia ini menyinggap seketika. Dongak ke atas, awan seakan-akan memberi pesanan pada aku supaya sentiasa bersabar. Kerana ia juga tidak mampu untuk menampung segala rasa yang kian lama membuatkan ia semakin berat, seperti hati kita. Akhirnya pasti kita akan kalah dan terduduk di tanah, seperti hujan yang membasahi dunia yang jijik ini.
Sering kali orang berbicara kepada aku tentang cara penulisanku. Mereka bilang, penulisan ku sering memberi mereka satu perasaan di hati seperti ianya benar-benar terjadi pada mereka. Bingung seketika aku apabila dihadiahkan ayat-ayat sebegitu. Tanpa kita sedari, tulisan mampu membuatkan ramai orang bersatu.
Kadang-kadang, kita menulis tanpa bermaksud apa-apa. Tanpa perasaan. Cuma tulisan, luahan mungkin. Tapi orang lain membacanya sebagai sesuatu yang lain. Orang lain melihat ianya penuh emosi. Mungkin mereka yang gagal menterjemah bahasa kita, atau kita yang gagal menulis mengikut kefahaman mereka.
Bila kita ketawa, mereka bilang kita bahagia. Bila kita menangis, mereka bilang kita menderita. Tetapi apa yang kita mungkin tidak tahu adalah orang yang sering tertawa itu adalah orang yang paling sedih hidupnya, dan orang yang terlihat menangis itu adalah orang yang sering menangis kerana bahagia. Cukuplah dengan tekaan-tekaan kita yang salah tentang mereka. Cukup sekadar mendoakan kebahagiaan mereka.
Aku menulis ini bukan untuk meluahkan rasa riak dan takbur dengan perasaan bahagia yang aku sedang rasai, cuma aku menulis kerana aku ingin memberi amaran kepada hati aku sendiri. Bahawa kebahagiaan itu adalah Hak Allah semata-mata. Dia memberi bila perlu, Dia menarik bila perlu. Dan aku rasa takut akan perasaan yang aku alami ini.
Ma, Bah, Syukur pada Allah kerana doa-doa Ma dan Bah, Allah makbulkan selepas selesai solat. Anak bongsu Ma dan Bah dikurniakan dengan perasaan bahagia yang sering kali hinggap di hati. Cuma Shikin takut. Takut jika Shikin lalai dengan perasaan ini. Sehinggakan lalai tentang tanggungjawab sebagai seorang anak, dan juga sebagai HambaNya.
Dan apabila akan tiba satu saat rasa sedih datang menyusul selepas bahagia, pasti aku akan terduduk sambil mengimbau kenangan-kenangan manis bermain di kepala. Tersenyum sambil mengira berapa banyak titisan air mata yang keluar. Oh sungguh bijak Syaitan bermain dengan hati manusia sehingga mereka leka.
Namun aku bersyukur kerana Allah memberi aku kebahagiaan ini walaupun aku tahu ianya hanya untuk seketika. Kerana Dia Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Dia tahu kemampuan kita untuk menghadapi permainan-permainan perasaan ini. Meski kadangkala hati kita terusik akibat kata-kata manusia, namun kita perlu bersabar, Dia pasti akan mengubati hati kita kerana Dia Maha Mengetahui kekuatan hati kita.
Ah musykil. Kenapa bila bahagia tiba kita masih merungut? Diam. Mohon diam. Sebelum Allah tarik, mohon hati hargai perasaan yang singgah sebentar. Aku mohon. Hati, mohon tolong hargai dan berhenti merungut.
Sometimes there are worries and concerns in your heart, you need someone to speak to but those around you may not understand you, even if they understood your words, the words that will come out will not do justice to how you are feeling. Turn to Creator, for it is He who knows you better than yourself and knows how you are feeling. It is He who understands you and can help you more than anyone else. “He said: “I will address my sorrow and grief only to Creator…” Q.S : 12:86
La takhaf wala tahzan, Innallahamaan!
Write to write. Write because you need to write. Write to settle the rage within you. Write with an internal purpose. Write about something or someone that means so much to you, that you don’t care what others think. Write to let things out. Write. Just write. We shall be united.
* Jangan terlalai wahai sayang, dunia ini bukan milik kita. Perasaan ini hanyalah pinjaman dariNYA. Akan tiba suatu hari nanti, pasti Dia akan berkata "Ini semua milikKU dan bukanlah milikmu".
1 Heart(s) Screaming.:
Ashikin, if you don't mind, give me your email, I nak dm you dekat twitter, tapi I takut you tak follow I. Can you give me your email please?
Post a Comment