Tulisan - ia seakan-akan selalu menemukan kita dengan dasar jiwa paling dalam manusia, bukan?
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful.
Assalamualaikum.
Malam ni mata sungguh bulat. Tidak mahu untuk tutup. Apa mungkin kerana seharian suntuk menonton cerita-cerita seram? Mungkin. Apa juga mungkin kerana hati gelisah merindukan seseorang? Mungkin. Iya. Mungkin.

Bunyi kipas membunuh kesunyian pada malam ini. Fikiranku jauh melayang. Melayang entah kemana. Tidak mampu untuk aku mencapai menariknya semula. Tangan mula merasa gatal mahu tulis entri baru di blog aku yang sudah berhabuk ini. Izikan saya?
Selalu kan,
Kita melihat orang lain lebih beruntung?
Namun, jarang disedari, ada kalanya orang lain pula melihat kita lebih beruntung. Orang lain melihat kita lebih bertuah. Normal, manusia. Diberi, tidak puas. Kurang, tidak puas. Namun tidak pernah kita mengambil sesaat untuk menghargai semua benda mahupun yang bernyawa ataupun tidak.
Mata memandang kita seperti kita lah yang paling bertuah di dunia ini. Kerana itu, saat ada yang berkata “kau lebih beruntung”, dan kita yang masih teluka di dalam hati serta kehilangan untuk berkata-kata untuk memberitahu tentang hakikatnya kita tidak lah bertuah, hanya mampu untuk tersenyum, sambil berkata, “InsyaAllah, Amin. Mudah-mudahan”. Teriak. Hati teriak menangis.

Kita sering percaya dengan apa yang kita nampak di depan mata kita. Apabila orang itu berkeluarga ramai, masih bersuami, masih beristeri, bahkan berkereta besar dan kita - yang masih bujang, mahupun sudah bercerai berai, hanya bawa kereta kecil, kita sudah bilang "Bertuahnya hidup dia". Namun apa yang mungkin kita tidak nampak adalah titisan air mata mereka hampir setiap malam kerana kehidupan berkeluarga yang langsung tidak membahagiakan itu.
Dulu aku sering membandingkan apa yang aku lalui dengan apa orang sekeliling aku lalui. Aku dulu rasa hidup aku yang paling teruk, yang paling derita dan yang paling terseksa. Tapi aku salah. Ramai lagi manusia yang hidup mereka sangat menyayatkan hati kita. Beban mereka hanya Allah SWT yang tahu. Tapi mereka sentiasa tampak kuat dan tabah. Mengapa? Kerana mereka PILIH untuk kelihatan sebegitu. Dan mereka percaya pada Takdir Allah.
Tapi masih, hidup aku yang lebih menyedihkan dari mereka semua. Mengapa? Apa yang buat hidup aku lebih terseksa berbanding mereka? Kerana aku mempunyai sekecil hati yang tersangatlah lemah yang langsung tidak mahu untuk berjuang untuk dapatkan hidup yang lebih bahagia. Aku hanya tahu duduk di satu tempat lalu tangisi kehidupan aku tanpa berbuat apa-apa.
Tapi aku yakin, itu semua dulu. Sekarang aku bersyukur kerana aku mempunyai pandangan yang berbeza pada setiap manusia. Dan juga pada setiap masalah dan ujian yang Allah datangkan pada aku. Semua ini bermula dari hati. Kalau hati kita percaya pada Allah, kalau hati kita percaya pada Takdir Allah, kalau hati kita percaya bahawa kita seorang yang kuat, yang tabah, kita pasti dapat mengharungi setiap dugaan yang dikirim olehNya :)
Rindu datang dan pergi begitu sahaja. Sayang itu mampu kekal berabad lamanya. Namun perasaan ini semuanya ditentukan oleh Dia yang berhak untuk menarik mahupun memberi. Pernah terdetik mengapa mereka; orang kita sayang. susah sangat mahu lakukan apa yang kita mahu? Pernah? Buntu. Aku turut buntu. Hingga kini aku masih lagi tercari-cari akan jawapan yang tidak pernah muncul di depan mata.
Terkadang, mereka tersalah sangka. Mereka menyangka, kita mahu penghargaan yang besar. Kita mahu sesuatu yang istimewa, kita mahu sesuatu yang luar biasa. Sedang hakikatnya, kita cuma mahu sesuatu yang sederhana; penghargaan yang sedikit. Perhatian yang sekejap, itu semua sudah memadai.

Bahkah, terkadang, itu sudah lebih dari mencukupi. Kadang-kadang, hal-hal yang remeh, mudah, sedikit dan sekejap, itulah yang paling bermakna. Tapi mereka sering tidak sedar. Seakan-akan tidak memahami. Bahawa kita hanya mahu yang sedikit, dan bukanlah yang sebesar rumah.
Dan mereka juga menyangka, kita yang terlihat menangis hari ini, dihadapan mereka, adalah gadis lemah. Yang tidak cukup kuat dan tabah. Gadis manja, yang tidak punya pengalaman kehidupan. Dan mereka berkata, bahawa gadis yang tak pernah terlihat menangis itu, adalah gadis yang kuat. adalah gadis yang tabah.
Pada hakikatnya, kita adalah gadis yang sama. Dari air mata kita belajar kuat. Dari kelemahan kita bina ketabahan. Bila tak semua air mata mampu tertahan, begitu jugalah tak semua air mata akan tertumpah. Dihadapan sesetengah orang, kita tak akan mampu berlagak kuat, dan dihadapan sesetengah orang lain, kita juga tak akan mahu menangis.
Menangis itu bukan tandanya lemah. Itu tandanya kita perlu keluarkan secebis rasa sedih dan kecewa dari hati kita, supaya kita dapat kekal menjadi kuat untuk menempuh suka duka di dalam dunia ini. Senyuman - sering kali dijadikan sebab utama seseorang itu di'cop' sebagai seorang yang periang, yang sentiasa hidupnya dipenuhi dengan kasih sayang dari teman-teman rapat. Dengan satu senyuman, kitalah yang dianggap bahagia. Oh mengapa dunia ini terlalu banyak cabang yang menghalang kita daripada memberitahu tentang kebenaran?

At the time when most people think we are the coolest and strongest, we are actually having a big battle with our biggest enemy : Ourselves. And sometimes we must admit the biggest battle within ourselves could hurt all people we love the most.
Rasa sedih sering kali mengajarkan lebih banyak hal dibandingkan rasa
senang. Sering kali air mata lebih mampu menyembuhkan luka, dibandingkan
tawa kosong tanpa makna. Sering kali musibah mendekatkan diri kita
kepadaNya, dibandingkan nikmat yang terkufuri.
* Yang ditulis mungkin sahaja bukanlah kebenarannya. Namun yang pasti, yang terpendam itu lah yang selalunya benar.
2 Heart(s) Screaming.:
I lоve your blοg.. very nice colors &
theme. Dіd уou mаke this ωebѕite yourself οr dіd you
hігe someonе to ԁo it fοr уou?
Plz гeply as I'm looking to create my own blog and would like to know where u got this from. thanks
My site ... nosejob
Hi there, I would like to subscribe for this weblog to take
newest updates, therefore where can i do it please help.
Here is my page - Jackpot 6000 free
Post a Comment