I start in the name of Allah, the most merciful and the especially compassionate
- Bismillahirahmaniraheem.
Assalamualaikum sahabat :)
Hari ini terpanggil aku untuk buat satu entri mengenai seorang wanita yang aku baru sahaja kenal. Tidak sampai 5 bulan lagi perkenalan kami. Bukan untuk mengaibkan sesiapa, cuma mahu kamu semua mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak termakan dengan kata-kata orang sebegini.
Niat di hati hanya lah untuk menasihati, bukan untuk membuka aib orang. Semoga Allah sahaja yang mengerti niat yang terbuku di hati aku ini. Amin.
Kami berkenalan di tempat kerja baru ku. Kisah perkenalan kami pada mulanya baik-baik sahaja. Aku lebih menjadi 'telinga' kepada si dia ini. Walaupun masalah aku sendiri masa tu terlalu banyak untuk aku menampung masalah orang lain, namun aku diam kan sahaja.
Terlalu banyak yang dikongsi oleh beliau kepada ku. Perangai 'tidak judge orang' yang ada pada diri ku membuatkan semua orang selesa untuk bercerita apa pun kepada aku termasuk lah 'kisah gelap' mereka. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Ingin tegur, namun aku sendiri dosa masih 'basah' di hati. Hanya doa yang mampu aku panjatkan kepada Allah supaya HidayahNya diturunkan kepada dia.
Semakin lama, semakin banyak cerita-cerita yang tidak patut aku tahu, diceritakan oleh beliau kepada aku termasuklah benda yang boleh membuka aib orang di mata orang lain. Aku cuba untuk menepis kata-kata dia dengan cerita aku pulak, namun menjadi 'telinga' lebih bagus untuk aku apabila setiap kali aku menepis katanya, dia akan membalas balik dua kali ganda dari aku.
Aku simpan sorang-sorang segala benda yang dia ceritakan kepada aku. Namun pada suatu hari aku mendapat tahu, bukan aku seorang yang menjadi telinga untuk dia, tetapi ramai juga. Terdetik di hati aku, mana sifat malu dia? Mengapa dia tidak menjaga aibnya sendiri? Bukankah benda itu tidak patut di ceritakan kepada orang lain? Namun aku tetap membisu.
Sampai lah di satu saat di mana dia dan kekasihnya sudah berpisah, lantas bermacam-macam kata makian yang terkeluar dari mulut dia tentang lelaki itu. Dia juga bilang dia tidak akan menerima lelaki tu balik setelah dia putuskan hubungan mereka. Terlalu banyak kata caciannya sehinggakan aku terpaksa mengundurkan diri dengan berkata masih banyak lagi kerja yang tidak lagi aku siapkan.
Aku tenung kepada lelaki itu, dengan harapan aku mampu untuk beritahu dia bahawa perempuan itu tidak elok untuk dia kerana terlalu banyak cerita yang dia 'jual' kepada orang ramai. Ada yang benar, dan ada yang tidak benar. Wallahualam. Namun aku tidak mampu untuk memberitahunya, lalu aku terus menuju ke meja ku.
Dua jam selepas tu aku terima 1 email dari rakan ku menceritakan perempuan itu meng'attack' dia secara terus-terusan. Bingung sebentar aku di meja itu. Lalu aku terus pergi berjumpa dengan kawan aku itu. Mukanya kelihatan pucat dan perasaan takut terpancar dari anak mata dia.
Aku : Kenapa?
Kawan : Dia saiko wak! Serious.
Aku : Kenapa ni? Kenapa dia saiko pulak? Apa dah jadi ni?
Kawan : Awak kita takut.
Lalu kawan aku menceritakan segalanya. Dia dan kawan perempuan dia dan juga lelaki tersebut turun ke bawah melepak bersama sambil gelak ketawa, selepas itu mereka sambung buat kerja masing-masing balik sebelum perempuan itu muncul di depan kawan aku sambil berkata "I know you went out with him and you were the one who told me that he's not good for me and what is this all about now? You went out with him and you had fun right?" - kawan aku terdiam kaku memandang perempuan itu.
Rupanya perempuan itu turun tinjau gelagat mereka melepak bersama dan dengan perasaan yang marah meluap-luap di dada dia, dia naik atas sambil menceritakan kepada hampir suku daripada orang di pejabat kami bahawa kawan aku dan juga aku; adalah orang yang teruk dan perempuan tak guna. Tapi persoalannya, kenapa aku turut terlibat?
Aku terdiam seketika apabila kawan aku cakap yang perempuan itu turut menggunakan nama aku di pejabat kami. Semasa aku jalan ke tempat aku, aku terlihat mata-mata 'menghina' yang sedang menjeling. Senyuman yang selalu melekat di bibir ku semakin pudar apabila aku sedar sepanjang perjalanan aku dari tempat kawan aku ke tempat aku, terlalu ramai yang menghina aku melalui mata mereka.
Sampai ke hari ini aku mendapat tahu bahawa perempuan itu menceritakan kisah-kisah buruk aku kepada orang lain. Wallahualam, aku tidak tahu menahu cerita apakah yang dia sedang sebar kan, namun aku tahu semuanya fitnah belaka kerana aku jarang menceritakan tentang aku kepada beliau kerana tidak diberi kesempatan selama ini.
Setiap hari aku akan lalu di hadapan meja dia, namun tidak sekali pun aku menoleh melihat dia. Bukan benci yang membuatkan aku tidak mempedulikan kelibat dia, cuma aku rasa lebih baik jika aku menjauhkan diri aku daripada orang-orang yang tidak akan memanfaatkan aku di dunia mahupun di akhirat kelak.
Sakit itu memang lah sakit. Nama kita kotor jadinya. Tapi aku selalu ingatkan kawan aku "Awak, doa orang yang dianiaya selalu dimakbulkan. Kita sabar je wak. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang".
Jadi nasihat aku, jika kita ada kawan yang suka bercerita tentang orang lain kepada kita, jauhilah mereka. Kerana suatu hari kelak, mereka akan bercerita kepada orang lain tentang kamu pulak. Ceritanya mungkin semuanya dusta, namun telinga yang mendengarnya belum tentu mampu untuk menghakiminya.
Buat pengetahuan semua, umur perempuan itu adalah dalam lingkungan 30++ dan masih lagi bujang. Benar kata orang, umur bukanlah penentu kematangan anda dalam semua aspek di dunia ini. Ada yang baru berumur 14 tahun namun tahap pemikiran dia seperti orang yang berumur 40 tahun. Tak bererti anda dewasa pada umur, anda dewasa pada akal.
Dan nasihat keduaku adalah, biar orang bercerita tentang kita mahupun cerita itu semuanya fitnah-fitnah belaka, kita bersabar je sambil berdoa kepada Allah. Kerana orang yang suka fitnah orang lain, pastinya akan terjatuh suatu hari nanti. Dan janganlah membeci mereka kerana memperlakukan anda sebegitu. Jadikanlah mereka sebagai satu 'ujian' dari Allah.
Jangan benci mereka, kerana apabila anda membenci seseorang, terlahir sedikit rasa 'dendam' di hati walaupun anda tidak menyedarinya. Jauhilah mereka, supaya apa yang mereka lalukan tidak akan mengganggu niat anda sebenar di dalam hidup ini; iaitu ke jalan Allah.
Jadilah seperti kucing ini.
Mahupun ada tangan yang mengganggunya,
Dia tidak lsg melatah, tetapi dia hanya tidak menghiraukannya :)
P/s : Perempuan itu dan lelaki itu sudah kembali bersama. Dan daripada pandangan lelaki tersebut, aku tahu dia juga turut termakan kata-kata perempuan itu tentang aku. Amin, mungkin ini ujian aku dari Allah. Alhamdulillah. Semoga aku mampu untuk kekal bersabar.
* Jauhi fitnah, jauhi membuka aib orang. Jika Allah mampu menyorokkan aib kita dari orang lain, mengapa tidak kita? Tepuk dada tanya iman :')
4 Heart(s) Screaming.:
sabar je wak :)
be strong. Butakan mata, dan pekakkan telinga. Allah tahu kebenarannya. Lama-lama dia diam dan menyesal jugak nanti. :)
@wanizati
InsyaAllah. Syukran :)
@Rara Nasiha
Terima kasih atas nasihat awak. Semoga Allah membalas jasa awak Ukthi ^^ :)
Post a Comment