Sunday, November 25, 2012

Hilang.




"What if suddenly you lose them? All of them? What will you feel?"

" I .... " - Silence.




Bismillahirahmaniraheem.

Assalamualaikum. Sihat semua orang? Moga sihat sejahtera aku doakan :)

Baru-baru ni aku ada terdengar berita tentang kematian seorang bapa rakan ku. Aku tahu perit untuk rakan ku menelannya. Namun tidak sedikit pun dia kelihatan lemah di hadapan semua orang. Dia masih mampu tersenyum walaupun matanya masih lagi berair.

Aku terdiam. Mata aku masih melihat dia. Aku tahu jauh dilubuk hatinya, dia masih menangis. Aku mendoakan supaya Allah membantu untuk memberi kekuatan kepada rakanku itu. Kerana aku tahu, tiada apa yang menyakitkan daripada kehilangan ahli keluarga sendiri. Tiada ganti, hanya memori. Al-Fatihah buat ayah mu sayang. Semoga arwah berada di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Seperti yang kita tahu, di Palestine, setiap hati mereka kehilangan orang yang mereka sayang. Begitu tinggi dugaan mereka di sana. Itu tandanya mereka beriman. Lebih tinggi dugaan seseorang itu, lebih sayang Allah kepada mereka. Tapi kita di sini? Baru gaduh dengan ayah ibu, dah mendoakan supaya mereka meninggal dunia. Astaghfirullahalazim. Apa nak jadi dengan dunia kita sekarang?

Dik, hilang nyawa tak sama dengan hilang dari pandangan mata. Kita berpisah dengan pakwe/makwe kita, kita menangis beria-ria seperti kita baru sahaja kehilangan mereka dari dunia. Jangan tangisi orang yang hilang dari pandangan mata kita. Itu bererti Allah mempunyai jalan yang lebih bermakna buat kita. 

Walaupun senang untuk orang lain memberi nasihat, namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. InsyaAllah susah senang semuanya datang dari DIA. Kalau susah yang DIA beri, esok lusa DIA bagi senang pula dekat kita. Bersangka baik lah rakan. Tak rugi apa pun kita bersangka baik pada Allah :)


Melupakan; itu mungkin mengambil masa. Terkadang bergantung kepada apa yang kita simpan sebagai kenangan. Terkadang bergantung kepada apa yang telah kita lalui. Terlalu banyak yang kita kongsi? Maka akan banyak masa yang kita ambil untuk melupakan.

Terlalu banyak yang kita harapkan terjadi? Maka akan banyak masa juga diperlukan untuk merawat hati. Semakin banyak yang kita bina bersama, maka semakin payah untuk kita melaluinya sendiri. Tapi, DIA ada. Dan sebaik-baik tempat meminta adalah padaNYA.
 
Ambillah masa. Pedulikan mereka yang berkata dan terus berkata. Bila hati terluka, maka pujuklah diri.



Kehilangan seseorang akan buat kita hargai orang lain yang datang mengganti. Iye, yang datang tak akan sama dengan yang telah hilang. Tapi, itu buat kita percaya bahawa bila DIA ambil maka itu adalah hakNYA. Bila DIA beri itu adalah kurniaanNYA.

Kehilangan bukan hanya membuat kita menghargai, bahkan membuat kita belajar, bahawa akhirnya, semua orang akan pergi .. suatu hari nanti. :’)

Redhalah atas takdir dan ketentuanNYA. Moga DIA juga redha atas kita, selaku hambaNYA. Dan tentulah DIA punya sebab munasabah yang jelas lagi baik, mentakdirkan begitu dan begini kepada kita. Belajarlah berkata, bahawa bukan doa dan pinta kita yang DIA tidak kabulkan, tapi hanya DIA tangguhkan atau DIA gantikan, dengan yang lebih baik, lebih sesuai, bahkan mungkin lebih banyak hikmah dan manfaat.

InsyaAllah. ;)





Hilang orang yang kita sayang tak bererti dunia kita sudah berakhir. Bersabar lah. Allah ingin mengajar kita tentang kesabaran. Dan juga erti redha. DIA tahu apa yang DIA lakukan. Bersabar lah walaupun di hati sudah terasa seperti berputus asa. Tabahkan diri. Kita boleh! :')





* Semoga kita mampu untuk tersenyum walaupun dugaan datang bersilih ganti. InsyaAllah.


0 Heart(s) Screaming.:

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space