Assalamualaikum.
“Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah”
Selagi nyawa dikandung badan, aib engkau, engkau, engkau, dan juga engkau aku akan simpan seorang diri. Aku tidak akan bukak aib orang. Kerana aib aku sendiri pun begitu banyak sehingga tidak boleh dikira dengan jari jemari aku ni.
Jadi jangan risau, aib kamu semua insyaAllah selamat di tangan aku. Tapi kalau korang semua masih nak bukak aib aku dekat orang lain, aku tak halang. Itu antara kau dan Allah. Apa yang aku tahu, aku akan simpan aib orang di dunia ni. Kerana aku tahu, kalau aku jaga aib orang, Allah jaga aib aku dunia akhirat. Jadi, aku tak perlu risau.
Dan kalau ada cerita-cerita yang tak betul tentang aku disebarkan, aku akan anggap ia sebagai satu fitnah je lah. Mulut manusia kita memang tak boleh nak tutup. Kita buat baik, orang mengutuk. Kita buat jahat, lagi lah orang sebok mengata. Alhamdulillah Allah letakkan dua Malaikat di kiri kanan bahu kita untuk mencatit semua yang kita buat.
Kalau aku dah terbukak aib siapa-siapa dulu, aku nak mintak maaf awal-awal. Dulu aku kurang matang, biasa lah, syaitan hasut cepat je kita termakan. Aku harap semua orang maafkan aku lah kalau-kalau sebelum ni aib korang aku pernah sebarkan kepada orang lain. Mahupun fitnah yang aku dengar dari orang lain, dan aku sampaikan kepada orang lain tanpa aku periksa dahulu.
Tapi kalau tanak maafkan, takpelah. Itu hak masing-masing. Semoga Allah bukak pintu hati korang semua untuk maafkan aku. Dan jangan risau, aku dah lama maafkan korang semua. Sebab aku tanak ada rasa hasad dengki ataupun sifat busuk hati dalam hati aku ni. Cukup-cukup lah dengan dosa yang dah bertimbun yang penah aku buat dulu. Aku dah tanak tambahkan lagi.
Aku harap entri ni sedikit sebanyak dapat buat orang lain tersedar jugak. Bukak aib orang pada orang lain tu berdosa. Allah tak suka. Allah murka. Dan kalau kita dengar sesuatu berita tak elok tentang orang lain, kita siasat dulu. Kalau tak betul, kita tak perlu bawak mulut dekat orang lain. Nanti jadi fitnah. Fitnah lagi lah Allah tak suka. Lebih teruk dari membunuh.
So aku dah voice out apa yang aku rasa. Terima dengan baik ataupun tidak, itu terpulang pada semua pembaca. Kalau rasa-rasa nak berubah tu, sila kan. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita. Cuma kita je yang terlalu sombong nak bertaubat kepada Allah.
Hopefully entri ni sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua orang :)
* Baik tersedar sekarang tentang dosa kita daripada Allah menyedarkan kita yang semuanya sudah terlambat.

0 Heart(s) Screaming.:
Post a Comment