Friday, June 8, 2012

Doa, Doa, && Doa.






It takes time to understand a girl. But if she’s really worth it, you’d take the time to try and figure her out :)



Assalamualaikum semua :D


Selamat hari Jumaat. Semoga anda sihat-sihat belaka la gamaknya. Aku boleh tahan jugak la sehatnya. Perut ni makin lama makin kedepan. Rasa macam tunggu masa je untuk meletop. Emhh T___T


Well entry kali adalah kisah benar di mana ianya terjadi dekat diri aku sendiri. Bukan nak cakap entry-entry sebelum ni tak benar. Ohooo tidak tidak. Don't get me wrong. It just that for this entry, aku nak highlightkan yang benda ni memang jadi kat diri aku :)


5 years ago, when I was in my room -- aku tersedar yang aku sangat-sangat inginkan sesuatu benda itu walaupun jauh di lubuk hati aku, aku tahu memang benda itu aku tak akan dapat. Sebab memang sangat-sangat mustahil untuk aku dapatkan benda tu. It feels like, no matter how far I try to reach it, I will never be able to catch it.


Setiap hari aku cuba untuk hilangkan rasa 'keinginan' untuk dapatkan benda tu tapi makin lama aku cuba, makin kuat rasa nak dapatkan benda tu. Memang betul, the more you try to deny, the more it will grow. So instead of giving up, I did something which I think I should've done it earlier. I prayed.


Aku doa kepada Allah untuk buang rasa yang ada dalam hati aku ni. Sebab memang betul, aku tanak harapan yang menggunung dalam hati aku ni buat aku sakit nanti. Tapi apa yang aku doakan tu, Allah tidak makbul kan. Instead, Allah bagi rasa keinginan aku tu semakin tinggi. Tinggi dari keinginan aku untuk benda-benda yang lain.


Semakin lama semakin kuat aku doa -- tolong buangkan rasa yang aku simpan dalam hati aku ni. Tapi tidak menjadi. Jadi satu malam tu, aku fikir. Aku fikir kenapa sudah 2 tahun aku berdoa, namun benda tu masih tidak menjadi? Mengapa rasa itu masih ada di hati? Jadi aku pun fikir la kan "Mungkin Allah mahu tunjukkan aku sesuatu. Mungkin aku patut buat apa yang sebaliknya".


Jadi instead of berdoa untuk buang rasa tu, aku berdoa supaya Allah dekatkan aku dengan benda yang aku tersangat-sangat inginkan tu. Sukar -- memang sukar. Tak dinafikan, memang Allah bagi aku ujian bertimpa-timpa. Mungkin Allah mahu lihat, sejauh mana aku nak kan benda itu. Aku cuba bertahan, tapi manusia mana yang tidak akan lemah kan? Yes, aku jatuh.


Aku jatuh, dan aku pinta Allah untuk betul-betul buangkan rasa tu, tapi sekali lagi Allah buktikan kepada aku yang aku tak seharusnya berputus asa. Kerana Allah itu sifat-Nya Adil. Dan Dia sentiasa Mendengar. Setiap kali aku putus asa, Allah akan datangkan benda itu dekat dengan aku, supaya rasa 'ingin' dalam hati aku ni untuk benda tu tak luput dan hilang.


Aku tertanya-tanya jugak, apa hikmah disebalik semua ni? Setiap kali aku putus asa dan mintak Allah untuk buang rasa ni dan jauhkan benda itu dari pandangan mata aku supaya aku mampu untuk lupakan benda tu, Allah semakin dekatkan aku dengan benda tu. Pertanyaan aku yang terbuku dalam hati aku ni aku simpan buat 3 tahun seterusnya.


Aku berdoa, berdoa, berdoa dan terus berdoa supaya jika Allah tidak mahu aku lupakan rasa 'keinginan' aku untuk dapatkan benda tu, maka bantu lah aku untuk 'dapatkan' benda tu. Setiap hari aku berdoa supaya tabahkan hati aku. Kerana aku masih tak dapat tangkap apa yang Allah cuba untuk beritahu aku.


Selepas 5 tahun, baru aku tahu apa rancangan Allah sebenarnya, dan hikmah disebalik ini semua. Akhirnya, benda yang aku terlalu inginkan itu, berada di dalam genggaman tangan aku. Rupanya Allah hanya mahu aku berusaha dan merayu kepada-Nya.
Dan Dia mahu mendengar rintihan aku. Selebihnya, biar Dia yang lakukan.


Walaupun sebenarnya Allah sudah tahu tanpa memerlukan aku untuk menyebutnya, namun Dia masih ingin aku untuk luahkan kepada-Nya :') Allah itu Maha Mengetahui, dan Maha Mendengar. Walaupun kita tahu bahawasanya Dia tahu akan segala-galanya, tak salah untuk kita berdoa dan merayu kepada-Nya kan? :)



"Ketika Allah rindukan hambanya, ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadith kudsi Allah berfirman, “Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"".



Jadi, kalau betul korang nak sesuatu benda tu, jangan pernah sombong dan tinggi hidung untuk berdoa kepada Allah. Kerana walaupun di mata kita benda tu tak mungkin kita akan dapat, namun kalau Allah kata BOLEH, maka BOLEH lah ia. Makanya, jangan pernah lupa untuk berdoa! :)


5 tahun, akhirnya tercapai hajatku. Alhamdulillah. Dan sekarang doa ku kepada-Nya hanyalah supaya benda itu tidak akan terlepas dari tangan aku. InsyaAllah, Amin.



* Jangan sombong, Allah benci dengan Hamba-Nya yang bersifat sedemikian.



2 Heart(s) Screaming.:

Anonymous said...

betapa besarnya kasih Allah, kadangkala dia sampai rindukan hambanya :)

Ieeko. said...

@Rara Nasiha

Itu lah. Allahu'Akhbar :')

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space