Tuesday, May 29, 2012

Sikap Orang Malaysia.






Assalamualaikum kengkawan semua.






Hmm kejap tulis kejap padam kejap tulis kejap padam. Mood tu cam memain pulak. Aku sebenarnya plan tadi nak keluar, nak amek kawan. Dah siap semua bagai, sekali tu dapat mesej dari dia cakap tak jadi pulak T___T Tanggalkan tudung, pakai baju santai, amek lappy - Bosan, so kita kena tulis. Kan? Heh heh heh.


So bebaru ni aku ada pi PD sat dengan family aku. Pi holiday lah kan katanya. So since bawak dua kereta. Kereta aku, confirm-confirm la kan aku yang kena drive *berdengus*. Sebenarnya ikutkan hati, memang aku tak mau pi la sebab malas nak drive. Tapi kalau aku tak pi, makpak aku pun tak dapat pi la kan sebab kete kakak aku penuh dengan barang-barang anak buah aku je. Hmph.


Adooyaaiii, jam dia aku cakap, memang aku asek beristighfar je dalam kereta tu. Memang menguji kesabaran dan keimanan aku sungguh. Dah la duduk dalam jam tu lama bebenor, dah tu aku dengan kereta suami kakak aku dah terpisah. Kakak aku yang sulung tu dia satu kereta dengan aku. Dia tu pun satu, bajet tau hotel tu kat mana. Bagus, last-last kitorang sesat. Tak pulak aku pusing kat tempat yang sama 3 4 kali?


Benda boleh settle dalam 10 minit, kitorang sampai sejam lebih cari hotel punya pasal. Last-last singgah mamak dulu, bagi perut kenyang sebab aku time tu memang dah tersangat-sangat letih plus mood pun takde kan asek dok pusing-pusing cari hotel tu. Alhamdulillah, akhirnya sampai jugeeee. Tak pulak aku terus bareng kat atas katil? Letih weiii letih.


Time dalam jam tu kan, aku memang dah lama perasan satu benda ni. Tapi baru sekarang aku macam nak tulis dalam blog usang aku. Aku rasa korang pun perasan kot benda ni. Bagi yang selalu drive cam aku ni lah *berdengus lagi*


Sikap orang Malaysia ni kekadang comel kekadang mintak penyepak jugak. Moh ler checkitout! Tapi aku dapat fikir dua je hue hue hue.


No #1 : ORANG MALAYSIA NI BILA KITA BAGI SIGNAL, LAGI DIA BAWAK LAJU!



Perasan tak perasan taaaaaaaaaaaaaaak? Huish memang kepantangan betul aku kalau cenggini. Sebab tu kekadang tu kalau aku nak masuk lane sebelah, lagi-lagi time jam memang jarang la wei aku nak bagi signal. Aku main masuk je *bajet gangster*.


Sebab serious aku cakap, kalau dalam jam tu kome semua bagi signal nak masuk lane sebelah, harapan tinggal harapan je la. Memang diorang semua tak bagi. Lain la kalau korang bernasib baik kereta kat tepi tu kereta aku, memang aku bagi la hangpa semua masuk *kenyit mata*


Cam haritu, dalam jam tu. Kereta poyo satria warna putih kat tepi aku tu, dia bawak slow je pun tau. So aku tengok ah kat side mirror aku, okay memang cun la sebab jarak antara kereta dia and kereta depan dia memang muat la kalau aku join kat tengah-tengah tu. Aku pun bagi la signal.


Lepas je aku bagi signal tu, aku pun makin lama makin ke kanan la kan nak masuk lane depa tu sebab time tu pun memang tengah jalan slow-slow dalam jam tu. Lepas je aku bagi signal, tu diaaaaaa kemain laju dia vrooommmmmmmmm. Gaya dia macam nak aje dia langgar kereta aku tu. Hak alaaahhhh, nak aje aku turun kereta time tu belasah dia (imaginasi aku mengatakan yang aku berbadan sado ketika itu).


Memang kalau aku stop kat situ time dia vrooomm laju ke arah aku tu kan, memang sah sah dia menempah maut. Sebab lagi sikit je dia nak langgar kereta aku tu. Chill la bro, dalam jam kalau semua orang selfish memang susah la. Tolerate la sikit. Kira okay la aku bagi signal, kalau aku bawak kereta hummer, lama dah aku main masuk je lane kau tu. Entah2 dengan kau kau sekali aku lenyek je!


Hish panas hati ni. So kalau korang time tu dalam jam, nak masuk lane sebelah kan, korang tengok ah dulu kereta kat tepi korang tu, agak-agak muka baik, korang bagi ah signal dulu. Tapi kalau muka depa langsi je, korang masuk je lane tu takpayah bagi signal. Depa nak selfish sangat, hangpa pun boleh selfish sekalik. Bukan setakat selfish je, seldog, selcat, sellion, semua pun bolehh!


Okay sikap pertama dah. Now kita pi kat sikap kedua puloppp yeeeeee! Memang membara-bara aku tulis entry kali ni. Sakit betoi hati ni. Fuh fuh fuhh.



No #2 : ORANG MALAYSIA NI MEMANG TERLALU PRIHATIN.


Prihatin dengan apa? Prihatin dengan orang orang yang dok park kereta kat tepi jalan. Kengkadang tu orang tu saje je pun bukak Hazard light. Sebab kereta rosak or diorang saje je park kt tepi tu tanpa alasan yang kukuh. Yang orang lain tu punya la prihatin sampai nak tengok punya pasal, sanggup drive slow bagai siput babi yang kehabisan tenaga.


Itu takpa lagi, tak mengakibatkan jam sangat. NI YANG EKSIDEN NI. Haaaaaaaaa memang habis jam macam tahikk. Time aku drive tu kan jam, aku macam pelik la kan awat la boleh jam tengah hari buta ni. Dalam kepala otak terdetik "Eksiden ke?" - nampak tak kat situ aku dah boleh jadi ahli nujum? *kembangkempishidung*


Dalam jam tu aje dah nak dekat 20 minit. Akhirnya memang ternyata aku betul. ADA EKSIDEN DI TEPI JALAN. Aku ulang, DI TEPI JALAN. Bukan kat tengah-tengah jalan. Boleh tak faham sikit? Orang tu eksiden kat tepi jalan, yang korang dok drive macam orang tu eksiden kat tengah-tengah jalan tu apekehei nya?


Ini yang aku katakan, orang malaysia memang prihatin. Tersangat lah prihatin. Mereka tunjuk keprihatinan mereka melalui mata dan juga melalui had laju mereka di dalam kereta itu yang menjunam kepada 20km/h *tepuk tangan* Comel kan perangai orang malaysia ni?


Aku taktau pasaipa setiap kali ada eksiden je mesti jam. Kenapa? Lepas je dah melalui 'kereta eksiden' tu, kemain lapang jalan raya tu. Rasa macam nak aje tekan minyak 140km/h. Kenapa perlu busy body? Kalau hangpa semua nak tolong, itu aku faham la jugak. Korang bawak slow sebab korang nak tolong. Tapi masalahnya sekarang korang memang tolong. Tapi tolong tengok je.


Dan kerana pertolongan korang yang takde guna satu sen tu pun, aku yang nak cepat ni terpaksa bertahan 20 minit dalam jam yang takde sebab lsg tu. Tolong lah faham kereta tu kat tepi kot. Hangpa boleh je pecut tapi sambil melihat. Tetapi kenapa hampa perlu melihat sambil kaki kat bawah tu pun melihat juga?


Jadi orang malaysia, sila kurangkan sedikit keprihatinan korang semua yang tidak berapa nak menolong tu. Biar polis dan ambulance yang selesaikan hal mereka. Kita tidak perlu buat apa-apa, melainkan kita nak park kat tepi dan tolong.


*Tepukdadamacamgorillasebabterlalubengang* Okay senyummmmm. Senyummmm manisss cikinnn. Senyummm. Phew.





*TUKAR TOPIC JAP*

Tadaaaa. Ini lah Khaliq Irfan.
Anak buah aku teeheeeheheehhee.
Sian dia kena pakai baju Man U.
Biasa lah bapak dia ni penyokong Man U yang tegar.
Makanya terpaksa lah dia pakai tanpa paksaan.
Hekhekhek.



Okay so aku rasa ada sedikit sebanyak manusia yang tinggal di Malaysia ini akan sokong ataupun akan membenci aku kerana aku kutuk perangai depa ni. Hiks. But wadehel, I don't care! I need to voice out hokeyyy. Lama dah aku tolerate dengan perangai-perangai cenggini. Hmph.


Oh yeee, sebelum saya mengakhiri entry saya ni, saya ada sedikit pesanan. Tapi bukan pesanan bukan hangpa semua, tapi ..




PESANAN UNTUK ORANG TERNAMA.


Hello & Assalamualaikum. Saya faham anda ni orang ternama dan banyak duit. Anda nak pi memana anda boleh je pergi sebab akan ada polis yang lead kamu ke sana. Tapi tolong lah, dah kata duit anda banyak, otak pun mesti cerdik kan? Kalau agak-agak anda nak ke sesuatu tempat tu dalam masa singkat dan ketika itu anda tahu jalan-jalan di serata dunia ini JAMMED, SILA JANGAN SELFISH SANGAT NAK GUNA KHIDMAT POLIS SURUH ORANG RAMAI KE TEPI. Bukan hang sorang je yang nak ke satu tempat tu. Kami pun sama. So kalau agak-agak korang ada kena pi mana-mana, aku bagi dua cadangan kat korang.


1 - KELUAR AWAL. DAN SILA RASA SUASANA JAM BERSAMA RAKYAT JELATA. KATA SATU MALAYSIA KAN?

2 - KALAU AGAK-AGAK KORANG TAKDE RASA SATU MALAYSIA TU, TOLONG BELI HELICOPTER.


Sekian dari saya, seorang wanita yang tidak bersalah yang pernah mengalami eksiden di mana ketika itu ANDA sedang menunjukkan sikap pentingkan diri dengan menggunakan khidmat polis yang menyuruh kami semua berhenti di tepi jalan untuk bagi anda laluan yang kemudiannya orang di belakang saya yang tidak sedar akan arahan itu, mahupun dia pekak ataupun sewel, lalu dia menghentam kereta saya dengan selaju yang mungkin dan mengakibatkan saya melanggar kereta depan saya yang kemudiannya kereta depan saya memecut melarikan diri seperti dia membuat satu kesalahan. Jadi, kereta saya yang berada ditengah-tengah itu seperti sandwich mahupun burger yang disalut telur. Sekian.



Tolong faham. Aku tak akan berkata sebegini kalau benda ni tak pernah bagi kesan negative kat aku. Tolong jangan selfish sangat. Dah tau ada hal, tolong keluar sejam awal ataupun beli aje private jet ataupun helicopter supaya senang perjalanan korang. Kalau ambulance aku faham lagi. Nyawa orang. Kalau polis tengah kerja suspek aku faham lagi, demi keadilan. Tapi kalau untuk korang, orang ternama, sorry no toleronsi.


Ternama tak ternama, masuk kubur korang jadi orang biasa jugak di mata Allah. So please be fair to everyone. Thank you.




* Okay letih menulis. Nak pi makan baiiiiiii.



10 Heart(s) Screaming.:

Atiqah Fadzil said...

exactly. I duduk ptrjya lg la, slalu kena bg laluan kat org trnama. fr exmple la kan emergncy nak g hosptal pastu kna bg laluan pd mereka2 ni dah la lame kereta byk pdahal bkan g mane sgt pun. errh !

Admin said...

bab bagi signal pastu laju2 tu kat kuantan bese dah pastu satu lagi kat simpang main keluar je huhu

Ieeko. said...

@Atiqaa Payung

Sakit hati kan? Seriously memang sangat selfish!

Ieeko. said...

@Phat

Kalau kt kuantan dah gitu, apatah lagi kl haha.

Kuderz... said...

gitu le.. kalo da ade kuasa..haha

Ieeko. said...

@Kuderz...

Tension tau. Rasa macam nak backhand je haha

Ardini Izzati said...

Yang tu satu hal. Yang jenis tak reti bagi signal lagi teruk. Cari nahas laaaaaaaaaaaa --"

Tsaqib Al-Hasawi said...

This is really funny *gelak guling2* but sadly its true! Agreed 100%

Ieeko. said...

@Ardini Izzati

Haha kalau kt KL, itu normal :s

Ieeko. said...

@Tsaqib Al-Hasawi

Haha glad that you like it :P

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space