" As much as I miss Mr.X-Man, I miss my
Assalamualaikum.
Hello semua. Salam Rejab :) Khamis, 24/5 - aku puasa tadi. Perut memang krupkrup. Kemalasan aku yang membuak-buak memaksa untuk aku bersantai di rumah sahaja seharian. Family aku semuanya keluar. So aku pun pesan la mak aku belikan aku makanan since mak aku tak masak hari ni.
Bila azan Maghrib dah masuk, aku batalkan puasa aku dengan meminum segelas air masak. Lepas tu aku makan cookies buatan air tangan mak mr.x-man. Sedap hokehh? Selesai solat maghrib, aku pun terus panaskan nasi goreng belacan yang aku order kat mak aku tu.
" Emmm awat bau dia pelik semacam? " - bisik hati aku.
Then my mom dok pokpekpokpek cakap nasi diorang pakai tak elok etc. Well aku pun letak la nasi tu atas pinggan aku. Berlekit satu macam nasi tu aku tengok. Then kakak aku tegur yang bau dia dah masam. "Aduh, basi ke?" - kata hati kecil ku.
Lepas dah check bagai semua rupanya memang sah nasi itu basi. Aduhai dugaan aku time berpuasa. Aku pun bersabar je la. Nasib whuduk masih ada di badan, kalau tidak, entah sabar aku tu ada ke tidak pun aku taktahu.
Last-last aku berbuka maggi aje T____T Sian kan? And sampai sekarang aku lapar. Tapi takpe, Alhamdulillah. At least mee segera tu ada. Kalau takde? Guane entah aku nak makan. Wuuu. So malam ni tiba-tiba rindu aku kat suami-suami aku macam tinggi pulak. Serious aku rindu perangai bangang sorang-sorang. Aih andai diundur waktu kan, memang confirm aku berulang-ulang kali dok ngundur nya part kitorang bersama aje hahaha.
To be honest, lama dah aku tak lepak dengan diorang berempat ni. Nak kata busy, memang betul masing-masing busy dengan dunia masing-masing. Dua bulan tak jumpa, benda tu dah macam kebiasaan untuk kitorang. Dulu, hampir setiap hari kitorang jumpa. Ada aje plan kitorang. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. 4 lelaki 1 perempuan? Yes, itulah kami.
Dulu driver dia dua orang aje. Tak Paan, Afiq. Tak Afiq, Paan. Aku memang seorang yang malas drive dulu. Asek goyang kaki je. Ye la sebab duit aku yang laju je jalan macam air *berdengus* Haha but semua tu takde benda la kan kalau nak dibandingkan dengan persahabatan kitorang ni.
Rapat -- kitorang memang tersangatlah rapat. Kadang-kadang tu sampai ada yang salah faham dan membuat fitnah berkata aku dengan salah seorang dari mereka ini mempunyai hubungan special. Lumrah alam, kalau takde gossip, memang tak sah, ye dokkk? :)
They lightened up my life when I'm at my worse. They were the one who taught me to be strong like men. Diorang ni bangang + gila. Whenever they are around, they never failed to make me laugh. Aku still ingat dulu ada one night ni, diorang dok buli Que. It was so fun. Aku ada record video but I have lost it already :(
Kitorang semua 89's babies. So that makes us 23 this year. Tua dah, memang cepat masa berlalu. We have known each other since we were in high school lagi *Shikin tipuuuuuuuu!* okay fine, two of them aku rapat dari sekolah menengah and lagi dua orang, aku rapat lepas sekolah. We all get close time 2006. That's how our stories started :)
Bila dikenang kan balik, banyak dah kitorang lalui sama. Suka duka semuanya lah. To be honest, aku memang rapat dengan lelaki berbanding perempuan. Bukan nak kata apa, tapi untuk aku perempuan kebanyakkannya bermuka-muka. Depan sangat baik, belakang? Nauzubillah.
Aku still ingat moment tu kitorang taktau nak pi mana, so kitorang pusing aje satu kl tanpa hala tuju. Naik kereta Paan, and menyanyi ramai-ramai dalam kereta. Setiap kali naik kereta Paan, mesti aku dah get ready with my phone, nak record katanya. Haha and yesss, thanks to mr.virus, lappy aku rosak and aku pun hilang semuanya. Hmph. But it was fun, seriously. And I really miss those moments. Tak tipu. Guys, aku rindu korang T___T
Makpak aku semuanya dah kenal benar diorang ni. Tak sah kalau setiap kali makpak aku tanya 'keluar dgn siapa?' aku mesti akan jawab 'ketul-ketul tu'. Sampaikan kadang-kadang tu mak aku pun rindu nak jumpa diorang. Haha :')
Afiq, Paan, Lan and Que. Masing-masing perangai semuanya gila gila. Bangang tu memang wajib ada dalam list perangai diorang. Kalau sehari tak berkelakuan seperti orang hilang akal, memang tak sah. How I wish aku still ada videos tu, boleh tunjuk korang guane ke'bangang'an diorang yang aku dok berulang-ulang kali sebut dalam entry ni.
Well, what to write more? Let me describe each one of them and you tell me which one yang paling 'kena' dengan aku ahaksss ;p *cakap dah serupa macam orang cari jodoh*
Paan - He was the mosttttttt manjaaaa boy in our group. Ehem, he is! I swear to God. Bukan dengan aku je, kadang-kadang dengan the boys pun ada. Maybe because dah rapat sangat kan, so dia tak rasa malu nak tunjuk sifat manja dia dengan kitorang.
Dia ni such a sweetheart to be honest, but kadang-kadang menyampah jugak dengan perangai dia ni haha ;p Menyesal aku tak mintak macam-macam masa dia still duduk kat Dubai dulu. Aihh what a waste! Kalau tak confirm bilik aku penuh dengan barang dari Dubai aje ;p
Afiq - Dia ni yang paling 'keras' antara kitorang ni. Dia ni kiranya opposite si Paan tu la. Kalau sebut aje perkataan 'keras' confirm kitorang semua akan toleh ke Afiq. Sebab memang betul dia ni tersangatlah keras. Bajet macho lettewwww. Tak tau macam mana nak lembutkan dia ni *kerut dahi*
But dalam keras-keras dia ni, he is such a caring friend. Serious tak tipu. All this while, he was the one who took care of me. Time aku 'jatuh' dulu, dia yang bagi aku kata-kata semangat. And bila kitorang keluar, he would walk behind me - if in case ada mana-mana lelaki jalan belakang aku. Such a gentlemen guy ey dia ni? Awwww *puppy eyes* :p
Que - BANGANG - itulah dia. Dia ni funny, bengap, bangang, dan jugak gatal. Haha nah kidding. Dia ni comel perangainya. Bangang-bangang comel. Selalu sangat lah kena buli. Aku pun suka buli dia. And dia pun manja jugak.
Dia ni kadang-kadang manja dia tu tersangatlah gedik sampaikan aku nak aje angkat kaki kat muka dia ni. Tapi sebab sayang, terpaksa tahan je la hakhakhak. And yes, dia ni pun caring jugak. Tho dia ni bangang, he has such a big heart. Me wuvvv youuu que :)
Lan - Emm emm emm. Dia ni misteri. He loves to keep things to himself, macam aku lah kan. And to be honest, I can't read him o.O" Dia ni penuh dengan kejutan. Tuptuptup datang mood sweet dia, habis dia belanja aku macam-macam, siap belikan aku barang lagi.
Then kalau mood lain dia datang, dia jadi gila. Habis semua orang dia kutuk dan dibulinya. Aku dengan Lan ni, takde lah serapat aku dengan 3 ketul tu. Sebab Lan ni orangnya suka berahsia. Tau-tau je dah break dengan awek. Bila dia couple pun taktahu -.-'' but yeah, he is sweet tho! :D
*Fuhyooo warna warni siot tulisan dia. Mood semangat lain macam pulak kan aku buat entry ni*
Like I said, masing-masing ada perangai masing-masing. And I am glad that I have found them. They're just another blessing in my life. Tak tahu macam mana kalau salah seorang dari diorang ni dah takde. Confirm aku 'jatuh' gila gila. Tak tipu.
Ramai orang kadang-kadang tu tengok kitorang ni tak tumpah macam adik beradik. Kitorang selalu gaduh, selalu buli and bila kitorang rapat, kitorang rapat macam adik beradik. Jarang aku nak gaduh bebetul dengan diorang ni. Sebab apa la yang boleh buat aku marah sampai nak putus friendship kalau kerja diorang asek nak buat aku ketawa je?
Seriously, bila korang dah jumpa 'sahabat', korang tak mungkin akan lepaskan. And aku disini, cuba mengatakan yang mereka ini adalah sahabat aku. Walaupun kadang-kadang aku taktahu mana depa pi bila aku tengah sedih muehehehehe (padahal aku yg tak bagitau).
So yeah, I love them so mucccccchhhh! Rasa kalau boleh kawen 4, lama dah aku cop depa empat ni hahahaha! Mana boleh dilepaskan ikan emas di lautan, ecececeyyyyy ;p Eish banyak pulak aku bebel pasal diorang ni kan? Well lagi pun lama dah blog aku ni tak berupdate pasal diorang ni right?
A's - I miss all of you. Please please please, nanti gather ramai-ramai okay? :)
I have friends in overalls whose friendship I would not swap for the favor of the kings of the world :)
* I love them for the sake of Allah. May Allah grant all of them women that could make them better than they are now. InsyaAllah. Amin amin ya rabbal alamin :')
2 Heart(s) Screaming.:
Untunglaa kawan baik forever :)
@Ardini Izzati
Alhamdulillah :)
Post a Comment