Tuesday, January 3, 2012

Buang Kawan Kerana Cinta.








Assalamualaikum semua :)


Selamat hari selasaaaaaa! Back to work and the kids are back to school. Amacam? Mesti rasa bosannnnn je kan. Dulu selalu orang cakap Monday blues. Kali ni pulak Tuesday blues to the workers and Wednesday blues to the kids *sambil nyanyi lagu party animals* Lalalalalalla ~


Kali ni aku nak pokpek pasal kesilapan yang sering orang ramai buat. Biasa lah kan, kalau memalam gini bila dah tak boleh tidur, pastu lapar pulak. Uhm nyesal pulak tadi tak makan, grhhh. Bukan ego ye Mr.X, tadi memang betul perut buat hal. Blame the flabby tummy! And now I'm freaking FUNGGRYYYYY! :( yes, I spell fungry. Mind my words.


Dah macam jadi kebiasaan pun ada aku tengok orang buang kawan kerana cinta. Or buang tu boleh digantikan dengan 'lupa'. Benda ni selalu jadi kan? Pernah terfikir tak salah siapa? Salah situation ke? Ataupun salah pasangan kita tu? Ataupun kerana cinta mengatasi persahabatan?


Semuanya kerana SALAH DIRI SENDIRI. Don't blame others. You're the one who choose to throw your friends away for your 'loving' boyfriend/girlfriend. *loving my ass - kata hati aku*. Jadi kenapa selalu nya benda ni jadi? Aku ada la list kan few reasons yang maybe aku rasa penyebabnya.


  • A) cinta agung la kononnnnnnnnnn.

Z : untuk you, apa saje I lakukan. I tak perlu kan diorang, I perlu kan you sorang je. Sorry bebyyyy, I tak buat dah.

Q : okay, this time I forgive you. I tak suka you kawan dengan dia. No more seeing them okay? Promise?

Z : pomisshhh, pomisshhhh. I'm sorry bebyyyyy. I tak jumpa diorang dah.

Q : good. I love you.

Z : I wuvvvvv youuu two there four five six.

Familiar dengan situation ni? Alaaa ngaku je la. Benda ni meluas dengan pantasnya dari connection berokband hangpa semua. Selalu jadi gini kan? Korang sebab terlalu sayang kan pasangan korang sampaikan sanggup tak jumpa/lepak dah dengan orang tu sebab pasangan korang tak suka orang tu. Padahal kawan korang tu jugak yang tolong korang masa korang gaduh dengan pasangan korang dedulu. Tepuk dada, tengok ada lagi tak rasa sakit tu. Kalau masih ada, alhamdulillah, Allah tak tarik lagi perasaan korang tu.



  • B) masa semuanya untuk pasangan anda.

F : weh, kau kat mana? Jom lepak. Aku lama dah tak jumpa kau.

Q : aku kat rumah, haaaaa jom la. Bila?

F : lagi 10 minit aku sampai.

Q : eh, aku nak keluar dengan bf/gf aku la. Next time next time.

F : laa, okay mcm tu, esok?

Q : esok aku kena teman bf/gf aku pergi kenduri.

F : hmm, Sabtu ni?

Q : aku celebrate birthday bf/gf aku la.


Normal things, normal things ~ kalau dah syok bercinta tu, apa pun dah tak ingat. Asek nak melekat manjanngggg. Kawan semua ajak lepak, sanggup tu tolak semata-mata nak keluar dgn pasangan masing-masing. Tak rimas ke asek nk bersama je? Lama-lama kawan pun rasa dilupakan. Pastu diorang angkat kaki sebab rasa kena buang dengan kawan sendiri sebab bf/gf diorang lagi penting.



  • C) sweet talks ala gedik-gedik.

Z : you're my everything. Mind do me a favor?

Q : apa dia b? Anything for you.

Z : jgn kawan dah dgn bestfriend you tu, boleh?

Q : kenapa?

Z : I tengok dia macam suka you je. I jealous. I tanak hilang you sweetheart. You mean the world to me.

Q : alalalalalaaaa, dia mana ada suka I la bebyyy. Comel je jealous.

Z : I tak suka you kawan dengan dia. Plsssshhhh? :'( - tambah dengan muka sedih so that lakonan nampak mantap.

Q : okay sayang. Anything for you, I don't want to lose you too.


Stupid, that's all I need to say. Sanggup buang bestfriend sendiri yang korang paling rapat semata-mata nak jaga hati bf/gf? You're definitely has lost your mind. Gila ke apa. Orang tu ada time susah senang dengan kau. Relax je kau nak buang dia sebabkan bf/gf kau yang kau baru kenal tak sampai setahun tu.



  • D) kaki kongkong.

Z : jangan keluar harini. Duduk rumah je. Faham?

A : okay sayang.

F : lepak jom?

A : awek/balak aku tak bagi aku keluar lah.

F : yang kau dengar sgt ckp dia tu kenapa? Dah macam queen control dah dia. Kau pun ikut je.

A : sebab aku sayang dia la bangang. Kau apa faham. Gi mampssss la.

F : whatever.

A : kau bukan kawan aku dah, aku benci kau. Bye!


Tudiaaaaa. Apa yang kawan hang cakap tu betul la. Yang hang kalut sangat awat? Siap putus kawan lagi. Bongoks.



Cukup lah 4 reasons je ye? Perut aku yang buncit ni dah main lagu, so tak dapat nak concentrate nak tulis apa lagi. Hmphhh.


Pernah korang alaminya? Jujur lah aku cakap kan, dedulu time aku tak matang lagi, aku ada gak la lupakan kawan aku. Dedulu kan cinta monyet cinta paling hebakkk. Aku pun tak terlepas dari penangannya. Maksud kawan tu, kawan in real life la. Bukan kawan dlm MySpace, Facebook tu semua. Tu ramai la. Ni yang dalam real life ni.


Aku bukannya buang diorang. Tapi gaya dan layanan aku kat diorang yang buat diorang rasa aku lupakan diorang bila aku dah ada bf. Tapi bukan salah diorng pun. Salah aku jugak. Bebal gila asyikkk sangat bercinta. Mengalah kan mak bapak aku sendiri. Sama la jugak aku, tak bagi dia kawan dengan perempuan-perempuan lain.


Bila fikir balik, aku tergelak sorang tengok diri aku dulu yang tak matang lagi. Ada ke nak kongkong and buang kawan? Asek fikirrr kan cara-cara nak kukuhkan hubungan jee. Last-last hubungan ke mana, kawan entah kemana. Tu la cara Allah nak mematangkan kita. DIA bagi kita situation yang kita akan belajar untuk masa akan datang.


Aku agak menyesal jugak la. Tapi alhamdulillah, best friendssssss ( when I said best friends, it's not only my four husbands, it's including my gfs too ) they never left me. How bad, how immature I was back then, they still stick around. Definitely considered as best friends ever :')


Kepada orang-orang diluar sana yang tengah SYOK bercinta, terutamanya kepada adik-adik yang masih bersekolah - dik, tumpukan lah pada pelajaran dulu. Bergembiralah dengan kawan-kawan, dan jangan pernah sesekali buang diorang bila korang tengah bercinta. Sebab peratusan cinta monyet ( cinta di usia muda ) untuk kekal hingga ke alam perkahwinan, peratusannya sangat lah rendah. Selalu mati di tengah jalan.


Tak salah bercinta tu, sebab manusia memang tak boleh hidup sorang-sorang. Tapi biar lah berpada-pada. Ingat lah, siapa yang ada susah senang - KAWAN. Bukan bf/gf. Bila diorang tinggal kan kita, siapa yang ada? Kawan. Bila kita gaduh dengan bf/gf, siapa yang ada? Kawan. Jangan kerana bahagia yang sementara, anda merana buat selamanya :)






Bukan mereka sahaja yang tak pernah putus asa melayan kerenah aku.
Ramai lagi :)
They're always stick around.
Thanks friendssssss.




Mabokk la aku nak buang diorang ni semua. Nehi nehiiii nehiiiiiiii! Not in a million years I will find friends like them. Kawan tu lebih penting dari bf/gf. Tapi ingat, suami dah isteri tu lebih penting dari kawan :) Dan tiada yang lebih penting melainkan Allah SWT. Bercinta tu bercinta la jugak. Tapi jangan melebihi cinta korang kepada Nya :')


Me : you tak jealous ke I rapat dengan diorang? * referred to how close I am to my four husbands.

X : nope.

Me : sumpah? Sikit pun tak?

X : sumpah ;)

Me : *diam and pandang bawah. Sadis. Takde perasaan tulsss orang tua ni*.

X : I tak jealous sebab I percaya you. I percaya yang you tak akan fall for them *senyum + mata comel gileeeee*

Me : *senyum nampak gigi*

X : kan?

Me : insyaallah tak. Tapi you tak takut kalau lah I tetiba suka kat dorang?

X : I percaya pada jodoh. I percaya pada Qada' dan Qadar. Bab jodoh semua, I biarkan Allah yang tentukan. Kalau you jodoh I, alhamdulillah. Kalau bukan, then orang yang dapat you tu bertuah lah :)

Me : :')



Alhamdulillah kalau korang dapat pasangan macam Mr.X saya ni. Ahh perasan la kau ni cikunnn, dia bukan milik kau sepenuhnya lagi. Hmphhh :) well, apa-apa pun, kan lebih elok kalau kepercayaan tu mengatasi perasaan jealous yang tak menentu dan sifat yang terlalu kongkong tu? Beri lah kebebasan kepada pasangan anda. Percaya pada jodoh. Percaya pada Qada' dan Qadar. Kalau betul dia jodoh korang, tak kongkong pun memang dia akan jadi milik korang kan?


Walaupun korang tak kongkong, dan hubungan korang tak jugak kekal. Jangan marah pada takdir. Allah dah tetap kan apa yang terbaik untuk korang. Mungkin di mata korang, dia la yang terbaik. Tapi Allah lebih Mengetahui. Ada yang lebih baik dari mereka. Dan jangan sedih bila Allah pisahkan korang dari orang yang korang sayang. Allah akan sentiasa berikan hamba-Nya yang terbaik.




* Ingat, cinta tu biar berpada-pada. Jangan cinta korang sesama manusia mengatasi cinta korang kepada Allah :)

4 Heart(s) Screaming.:

amira faqihah said...

btul2,,xsuke bile kwn jd mcm ni

nadea roslan said...

sangattttt agreeee kak cikunn! (hehehe) sy pun pnh kene cmtuuu :(

Ieeko. said...

@twinkle twinkle

Kn? I hate it too.

Ieeko. said...

@nadea roslan

Ala, yeke? Everyone pernah rasa kot ;')

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space