Saturday, September 24, 2011

Manusia Memang Terlebih "Caring".







Assalamualaikum. Hai kawan-kawan. Sehat? Aku okay la. Not bad (Ayat sama je kau ni cikin. Naik bosan aku baca).


"Emmm cane nak start topic ni?" - kata hati kecil aku. Adei. Lately ni aku macam hilang lah rasa nak menulis bagai ni. Bukan apa. Time tengah drive, wah kemain lagi otak aku mengeluarkan idea-idea hebat. Tapi bila depan laptop, memang kaku jari jemari slim aku ni. Asal la wehhhh.


Hmm, manusia memang terlebih caring kan? They not only care about themselves, but diorang care pasal orang lain jugak. "Care" yang aku maksud kan ialah, menyemak dalam hidup orang lain atau kata erti yang hampir sama dengan maksud ayat tersebut, busybody.


Sesungguhnya, aku ni memang jarang amek port pasal hidup orang-orang di sekeliling aku. Kalau korang tanya apa-apa pasal kakak-kakak aku pun, aku jawab macam was-was je sebab aku tak sure apa yang aku cakap tu betul ke tak. Ini kerana aku memang tak amek port pasal hidup orang lain.


Tapi aku bagi harapan yang terlalu tinggi yang orang lain pun mungkin tak akan amek peduli pasal hidup aku bila aku buat benda yang sama. Semuanya silap. Lagi kita tak amek peduli pasal hidup dia, lagi diorang ni menyemak jaga tepi kain aku ni. Aku rasa macam nak libas-libas je muka diorang ni dengan kain aku yang setebal 3 inch ni.


Asal la manusia suka sebok pasal hal orang? Dah tu bukan setakat sebok je, di fitnahnya macam-macam. Fitnah mulut dan telinga berleluasa sejak dua menjak ni kan? Aku pun dah tak dapat buat pape. Hanya berdoa kepada Allah S.W.T supaya aku diberikan kesabaran dan ketabahan untuk hadapi semua ini.


Kadang-kadang aku rasa macam nak menangis, tapi aku tahu aku tak boleh nangis. Sebab bila aku nangis, aku akan jadi lemah. Seperti beberapa bulan yang lepas. Aku kerap menangis, dan kelemahan aku memang terpancar di muka aku seperti apa yang diberitahu oleh segelintir kawan-kawan aku. Aku perlu menjadi seperti dulu - seorang yang kental.


Tapi macam orang kata, mulut orang lain kita memang tak boleh tutup. Sejauh mana pun kita cuba untuk menjaga air muka kita, pasti mereka akan jumpa satu benda yang boleh buat mereka sebok tentang diri kita ni. So pesanan aku untuk orang-orang diluar sana, kalau dapat benda macam ni, sabar je la. Telan semuanya dah cakap "Alhamdulillah".


Kerana percayalah, orang yang suka sebok dan buat fitnah tentang orang lain, pasti dipandang hina disisi Allah S.W.T dan doa-doa orang yang teraniaya, ialah doa-doa yang paling dimakbulkan oleh-NYA :')




P/s : Manusia-manusia ni semua mesti terlebih sayang aku kan? Sebab tu cite pasal hidup aku asek 24/7 je kat mulut diorang ni. Awww so sweeeeeeeeeet!





* Aku kena belajar libas muka orang guna kain 3inch aku ni. Senang sikit nnt. Puas.


2 Heart(s) Screaming.:

Cik Lilo said...

Ieeko stay strong! Manusia memang lah.

Bilal binti Robah said...

err kain 3 inch?
kain apa eh?
kain kapan yeeeeeee
erk
oke i over kt situ.

=.=

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space