Assalamualaikum kawan-kawan! Weeeee. Amacam? Sehat? Aku sehat sejahtera jeee. Alhamdulillah.
Harini macam nak bebel kejap. Boleh kan? Lepas penat balik dari rumah terbuka, boleh la kan buat senaman jari sikit. Bagi lagi slim gitu. Awww.
Okay, now the topic is;
Hati atau pun otak yang kamu selalu ikut?
Kadang-kadang tu, hati bilang nak, tetapi otak bilang tidak. Perasaan sayang yang ada dalam hati memaksa kita untuk berkata ya, tetapi otak berkata tidak kerana sudah lama dia menyakiti kita. Persoalannya sekarang, korang di pihak yang mana? Berfikir menggunakan otak ataupun memilih kata hati?
At some point, aku mengaku, aku akan mengikut kata hati. Kerana hati tidak pernah menipu. Benar? Okay, kadang-kadang ia menipu juga untuk menyedapkan hati kita yang terluka. Back then when I was in high school, aku suka mengikut kata hati. Walaupun aku boleh berfikir menggunakan otak. Walaupun aku tahu benda itu tidak patut aku lakukan, tetapi demi sayang/suka, hati aku memilih untuk melakukan benda tersebut.
Ibarat seperti, aku tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli barang kekasih hati aku ketika aku masih bersekolah. Pasti otak dan hati aku bercanggah pendapat.
Stupid. I know. Tapi itu yang aku lakukan. Demi sayang. aku merana pun tak apa. Asalkan orang yang aku sayang, gembira dan hati girang. Tetapi ternyata, ia nya tidak berbaloi sama sekali apabila segala kepayahan aku, semuanya di tolak tepi dan tidak di ambil kira.
Otak : Tunggu lah Shikin. Lain kali baru beli. Kan duit tak cukup tu.
Hati : Walaupun duit untuk kau tidak cukup untuk menyara diri kau, kau beli la jugak untuk menunjukkan kau sayang dia.
Stupid. I know. Tapi itu yang aku lakukan. Demi sayang. aku merana pun tak apa. Asalkan orang yang aku sayang, gembira dan hati girang. Tetapi ternyata, ia nya tidak berbaloi sama sekali apabila segala kepayahan aku, semuanya di tolak tepi dan tidak di ambil kira.
Dulu ketika aku masih bersekolah, hati aku selalu bilang, kau harus lakukan segalanya untuk si dia, untuk menunjukkan kau sayang kan nya. Walaupun otak sudah berkali-kali melarang aku dari buat segalanya untuk si dia, namun kata hati juga yang aku turuti. Walaupun diri terpaksa menahan lapar, menahan nafsu untuk membeli barang-barang yang aku suka.
Mereka bilang, kadang-kala nya hati berkata benar. Iye, benar. Aku tidak berkata ia salah. At some point, hati berkata benar. Ketika dia menipu, hati kau merasakan sesuatu yang kurang enak untuk kau rasai. Lalu dia tertangkap akibat menipu. Aku mengaku. Instinct aku memang kuat. Aku selalu merasa sesuatu sebelum ia nya terjadi. Kalau aku kata orang tu menipu, pasti dia memang sedang menipu.
Selama bertahun-tahun aku mengikuti kata hati ku, akhirnya pada suatu malam, aku mengikut kata otak ku pula. Selama ini ia nya aku endah tak endah kan, kini aku mulai mendengar kata nya. Pada malam itu, hati aku berkata "Beri lah peluang". Otak ku berkata "Jangan, kau pasti merana jikalau kau buat begitu".
Selama 2 malam aku berfikir, akhirnya aku mengikuti kata otak ku. Kerana aku percaya, apa yang terjadi sekarang, pasti akan terjadi lagi akibat karma. Walaupun hati meraung-meraung untuk memilih katanya, aku tetap dengan pendirian aku iaitu kata otak yang aku pilih.
Selama 2 malam aku berfikir, akhirnya aku mengikuti kata otak ku. Kerana aku percaya, apa yang terjadi sekarang, pasti akan terjadi lagi akibat karma. Walaupun hati meraung-meraung untuk memilih katanya, aku tetap dengan pendirian aku iaitu kata otak yang aku pilih.
Ternyata, ia nya adalah yang terbaik untuk aku. Aku tidak pernah menyesal kerana mengikuti kata nya. Kerana aku percaya, hati meraung sebegitu rupa atas dasar sayang. Sayang kepada diri nya, tetapi bukan sayang kepada diri sendiri. Sepatutnya aku perlu menyayangi diri aku sendiri kerana selalu terluka, sebelum menyayangi orang lain.
Untuk itu, terima kasih, otak. Terbukti, kau lah yang terbaik.
Untuk itu, terima kasih, otak. Terbukti, kau lah yang terbaik.
* Aku semestinya akan mengikuti kata otak selepas ini apabila ia berkenaan dengan cinta. Kerana hati; ia nya penuh dengan kasih sayang. Tetapi otak; ia nya penuh dengan kebijaksanaan. Renungkan lah.
0 Heart(s) Screaming.:
Post a Comment