Assalamualaikum :)
Salam Ramadhan Al-Mubarak rakan-rakan! Wow, lamanya aku tak update blog usang ni. Mintak maaf pada yang tertunggu-tunggu (kalau ada). Ecewahhh.
Sorry, banyak benda yang terjadi sejak aku menghilangkan diri dari dunia blogging ni. Terlalu banyak sampaikan otak aku letih untuk befikir. Letih untuk bercerita di laman sesawang ini. Letih. Cukup letih. Alhamdulillah, sempat juga aku bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Syukur Alhamdulillah :)
Sebenarnya entry ni lama dah tersimpan dalam draft. Cuma sekarang baru jari-jemari terasa seperti ingin menari di atas keyboard ini. Ada satu petikan ni aku terbaca, lantas jari dan otak aku seakan-akan bergabung untuk mengeluarkan idea-idea entah dari mana muncul pun aku bingung.
Petikan itu berbunyi seperti ini:
Subhan'Allah ')
Ini sangat benar bukan? Wanita kerap kali terlupa betapa berharga nya dia. Betapa kuat dan indah Allah mencipta mereka. Sebaik-baiknya ciptaan yang pernah Dia ciptakan. Ya Allah, rapuhnya hati ini.
Allahu Rabbi. Hati ini sering kali berubah-ubah. Dari bahagia, sekelip mata bertukar menjadi sedih, pilu dan derita. Kenapa? Kerana Syaitan suka hinggap ketika kita di titik lemah kita. Ketika hati kita rapuh, syaitan akan hinggap dan selalunya kerana ini lah hati kita akan jadi tak tentu arah. Bila sebenarnya benda itu biasa sahaja, tapi kerana syaitan sudah hinggap, lalu benda yang kecil tu bertukar menjadi satu masalah yang kita sendiri tak tahu apa penyelesaiannya.
Memang benar, Allah ciptakan kaum hawa dengan selemah-lemahnya hati itu. Tapi walau lemah mana pun hati kami, kami mampu menangani apa jua sakit sekalipun. Itu lah Kehebatan Allah. Ada kurangnya kita, ada hebatnya kita.
Lelaki kuatnya luaran, wanita kuatnya dalaman. Tapi wanita memang sering kali lupa, betapa tingginya harga mereka itu. Walaupun kerap disakiti oleh orang yang mereka sayang, mereka masih lagi mampu untuk bersabar dan memaafkan. Kerana perasaan sayang yang tebal dalam hati itu, mereka sanggup ketepikan kesakitan dan luka-luka di hati mereka.
Memang benar, Kaum Adam tidak akan pernah faham bagaimana rasanya seorang Kaum Hawa itu menahan segala duka di dalam hati. Begitu juga Kaum Hawa, tidak akan pernah dapat memahami bagaimana seorang Kaum Adam boleh tidak faham betapa berharganya wanita itu. Dan bagaimana mereka tidak boleh menghargai kasih sayang yang datang dari seorang wanita.
Maafkan saya, saya tidak 100% menyalahkan kaum Adam. Kaum Hawa ada juga kekurangannya. Kami tahu kami ini manja, mengada, suka menangis, suka merajuk, sukakan perhatian dari kaum lelaki, kami ini suka membebel, semua perkara yang boleh buat Kaum Adam berasa rimas.
Tetapi kami perlukan pertolongan dari anda. Untuk membuatkan kami ini tersedar akan betapa berharganya kami ini. Betapa telitinya Allah mencipta kami. Kami sering leka menjaga hati orang yang kami sayang sehingga kami sendiri lupa akan pentingnya diri kami ini.
Bukan senang untuk kami telan semuanya bila kami diperlakukan seperti tidak dihargai oleh kaum Adam. Bukan sahaja dari Kaum Adam, bahkan dari kaum kami sendiri pun kami akan tetap terluka. Dan saya percaya, kaum Adam juga akan berasa terluka jika anda tidak dihargai oleh orang yang anda sayang.
Disebalik kejayaan seorang lelaki itu, ada seorang wanita yang sering beri sokongan, kata semangat dan doa-doa yang tidak pernah putus. Doa seorang wanita itu sering kali dmakbulkan oleh Allah. Dan hampir semua wanita di dunia ini memang sering mendoakan orang yang mereka sayang dan lupa untuk mendoakan untuk dirinya sekali. Jadi, hargailah mereka yang berada di dalam hidup anda wahai Kaum Adam.
Kaum Hawa, kita ni sebenarnya kuat. Kita sungguh kuat. Lebih kuat dari lelaki jika dibandingkan. Cuma selalunya, kita pilih untuk tidak menjadi kuat. Kita pilih untuk menjadi lemah. Kerana hati kita yang rapuh itu. Jika kita guna otak dan akal kita, insyaAllah kita bijak memilih mana yang lebih bagus.
Ingat, kita ini berharga wahai Kaum Hawa! Kalau kita rasa sedih ataupun rasa tidak dihargai, ingatlah betapa teliti dan pentingnya kita ini sehinggakan Allah mencipta kita dengan sebaik-baik mungkin. Alhamdulillah :)
Hasbunallah wa ni’mal wakil, ni’mal maula wa ni’man nashir :)
“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”
* Rapuh-rapuh hati wanita, tinggi lagi kasih sayang mereka.
2 Heart(s) Screaming.:
Jadi mengingatkan betapa berharganya aku...
huhu nice entry..pandai r sis menaip entry sbb terasa sperti novel =D
Post a Comment