Tuesday, April 9, 2013

Bersyukur.






Alhamdulillah :)




Assalamualaikum.


Ah jari terasa gatal ingin menari-nari sambil menaip entry baru. Sebenarnya otak masih penat baru pulang dari kerja, perut pun masih kosong, ingin diisi kan dengan makanan. 


Tapi, bersyukur dulu boleh? Bersyukur aku selamat pulang ke rumah. Bersyukur aku masih lagi mempunyai rumah. Bersyukur yang aku sekarang sedang baring di atas katil yang empuk. Bersyukur sahaja tanpa perlu memikirkan tentang hal-hal yang lain.


Bersyukur itu tidak susah. Bukannya Allah suruh kita panjat bangunan KLCC yang tinggi tu, tapi Allah cuma mahu kita bersyukur dengan berkata "Alhamdulillah" sahaja. Berterima kasih pada Allah. Senang kan? Tapi itu pun manusia susah nak lakukan. Mulut mungkin berat sangat ada gam? Ataupun hidung itu terlalu tinggi tak ingin berterima kasih pada Yang Memberi?


Aku ada satu tabiat di mana, aku suka duduk di satu tempat dan memerhati manusia satu persatu. Aku nampak semua kelebihan mereka; muka cantik, mata bulat, badan ramping, semua lah. Dan terdetik di hati aku; Apa kelemahan mereka? Makin lama aku berfikir, makin aku terasa rendah diri dengan diri aku sendiri. Diri sendiri punyai banyak kelemahan, ada hati ingin melihat kelemahan orang lain. Bersyukur aje lah hati.


Mungkin dia cantik di mata, mungkin kelemahan dia bukan pada luaran? Mungkin. Tapi aku bersyukur Allah bagi aku hati yang mudah tersentuh bila aku ternampak binatang-binatang yang terbiar. Aku bersyukur Allah bagi aku mulut yang tidak pernah lelah untuk memberi sedekah pada yang melihat. Aku bersyukur Allah bagi aku mata untuk melihat manusia-manusia yang aku sayang. Aku bersyukur.


Ada yang pendek, ada yang tinggi, ada yang tembam, ada yang langsing, itu semua kelebihan dan keburukan masing-masing. Apa yang ada di luaran itu semuanya tidak penting. Yang penting dalaman kita. Kalau kita dalaman cerah, suci, insyaAllah bila tiba ajal kita, sinaran iman itu akan terpancar di wajah kita. Aib kita di dunia kan Allah sudah sembunyikan dari mata orang? Buat apa kita nak buka aib kita sendiri?


Aib sendiri yang aku maksudkan ialah dengan memberi manusia-manusia bukan muhrim melihat aurat kita dengan percuma. Ataupun manusia yang merasakan mereka kurang cantik, maka mereka mula menggunakan susuk. Ataupun cara kotor yang lain. Bukankah kita tahu, hukuman di dunia itu pasti akan ada? Seksa di dunia itu pasti akan datang mencari kita. Jadi buat apa semua itu? Bersyukur lah. Bersyukur.


Begitu juga dengan teman hidup. Bila Allah sudah datangkan seseorang dalam hidup kita, maka bersyukurlah. Mungkin dia bukanlah yang terbaik yang pernah kita jumpa, tapi mungkin ada satu keistimewaan tentang dia yang tiada pada orang lain? Di mana jika kita sedang marah, lalu kita teringatkan sesuatu dan tersenyum pabila teringatkan semula?


Aku heran sebenarnya. Heran dengan telatah manusia. Bila sebelum dapat, bersungguh-sungguh dia cuba dapatkan. Berbagai-bagai cara dan usaha dia tunjukkan satu-persatu. Berdoa siang malam. Tapi bila sudah dapat, akhirnya dia yang curang di belakang kita. Susah sangat ke mahu bersyukur?


Aku pasti, "curang" itu tidak pernah wujud dalam "Cara Allah". Ini semua cara Manusia. Manusia yang mencipta istilah curang ini. Bukan Allah. Allah cuma datangkan rasa sakit dan terluka itu di hati manusia. Bukan curang, itu aku pasti. Allah cuma bagi kita Ujian, supaya kita sedar, semua benda yang kita sayang itu pasti akan buat kita terluka satu hari nanti. Kecuali satu sahaja. DIA.


Bukankah semua yang kita sayang itu adalah ujian semata-mata untuk kita? Untuk kita faham bahawa semua ini sementara. Dunia ini hanyalah sementara. Di akhirat kelak, itu lah hidup kita buat selamanya. Di mana bakal kita berada itu semua terpulang pada amalan kita. Baik di Syurga, mahupun di Neraka Jahanam.


Cuma aku musykil, kenapa manusia jarang bersyukur bila Allah sudah makbulkan doa-doa kita? Mengapa kita ambil mudah tentang semua perkara? Mengapa kita tidak boleh berpuas hati dengan apa yang Allah telah berikan kepada kita? Mengapa kita sendiri yang perlu melukakan hati kita sendiri dengan meninggalkan benda yang dahulunya menjadi sesuatu yang penting buat kita?


Mohon fikir sejenak. Kenapa kita berbuat demikian? Kerana hati kita kotor. Hati kita penuh dengan rasa tidak puas hati. Penuh dengan rasa mahukan yang lebih dari apa yang kita ada sekarang. Hati kita keji, jijik, ingin yang terbaik sahaja. Sehinggakan kita buta dengan semua benda yang hanyalah datang buat sementara.







Aku mohon pada semua manusia, mohon bersyukur dengan setiap perkara yang kita sedang genggam buat masa sekarang. Bersyukur walaupun benda itu bukan lah yang terbaik buat kita. Bersyukur lah selagi ia menjadi milik kita. Kerana kita semua tahu, tiada satu pun yang akan kekal di dunia ini. Walau seribu usaha kita, pasti Allah akan menariknya semula dari kita.


Jangan terlalu sombong untuk bersyukur, biarpun kita hanya mampu beli air sirap, tetapi orang lain mampu beli Coffee Bean, kita kereta kancil, orang lain kereta Audi, kita hanya mampu makan nasi lemak seringgit, orang lain mampu makan lamb chop berpuluh2 ringgit harganya, kita hanya mampu memakai kasut yang sudah koyak, orang lain mampu pakai kasut beribu-ribu harganya.


Biarpun orang lain sedang bercinta tetapi kita keseorangan, bersyukur lah. Bukan susah. Ucaplah Alhamdulillah. Cuba lihat dari mata hati. Mungkin Allah tidak mahu hati kita terluka dengan cinta dunia yang fana. Mungkin DIA mahu kita menerima orang yang benar-benar buat kita tanpa menghantar orang-orang yang salah sebelum yang benar. Bersyukur lah. 


Cuba bersyukur walau apa jua sekalipun. Bila kita ditindas, bersyukurlah kerana kita tahu Allah sedang uji kita. DIA uji kerana DIA sayang. Bila kita sedih, terluka, bersyukurlah kerana kita tahu Allah sedang memberitahu kita bahawa ini semua derita yang kita dapat pabila kita mengharapkan sesuatu daripada manusia. Bila kita menangis, bersyukurlah kerana akhirnya Allah berjaya membuatkan kita sedar bahawa kita hanya perlukan Allah Yang Satu.



Mereka bertanya kepadaku: “Apa khabar?” 

Lantas kujawab: “Alhamdulillah. 


Maka mereka menyangka bahawa aku sedang dalam kegembiraan. Mereka lupa bahawa kita bersyukur kepada Allah semasa gembira dan dukacita. 

Alhamdulillah ketika kita bersedih, alhamdulillah ketika dunia menghimpit kita, alhamdulillah ketika kita ceria, alhamdulillah ketika kita sakit, alhamdulillah ketika kita redha dengan ketentuan, alhamdulillah ketika kita selesa.  


Alhamdulillah dalam setiap hal dan keadaan :') 



Jangan mencari yang lebih baik apabila kita sudah bertemu dengan yang baik. Kerana apabila kita meninggalkan yang baik untuk yang lebih baik, dan bila kita tersedar bahawa yang baik itu lebih elok, yang baik itu telah bertemu dengan yang lebih baik lagi daripada kita. 


Cuba duduk sejenak di satu tempat, kira berapa ramai yang telah pergi meninggalkan kita walaupun kita sudah berikan segalanya? Ramai. Terlalu ramai. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Mungkin esok lusa, kita bakal kehilangan mereka daripada pandangan mata kita. 


Maka aku mohon pada semua orang, bersyukur lah. Mohon tabah menghadapi segalanya sambil bersyukur di dalam lubuk hati. Kerana yang penting, kita tetap ada Allah S.W.T! :) 




* Jika kita merasakan hubungan kita dengan Allah semakin jauh, maka fikirlah sejenak, siapa yang menjauhkan diri? Bersyukurlah wahai manusia kerana Allah tidak pernah meninggalkan kita seperti manusia lain :')



Thursday, April 4, 2013

Smile.





 

Fake it til you make it.



Assalamualaikum.


It has been such a rough day for me these couple of days. I can't really know which way to go. My heart was such a mess. And it still is. Until today. I don't know where to start or even know what went wrong. Some nights I can't hold my tears, and some night I just couldn't care less about it anymore. But most of the time -- my heart was broken.


It was broken into pieces and I was finding all back the pieces alone. Every morning I will fake a smile and act like things were fine. I pretended like it was okay. Like I was the happiest person in this world. Because I don't have any words to tell whenever they asked "What's wrong?" "Are you okay?". I wish I could just cry, cause a hug from a friend is what I really need right now. But NO, instead, I smile and said "Everything is perfect at the moment :)".


Smile - it can change people's perception from sad to happy in a second. You wanna run from people's tons of questions, just smile. They will smile back to you and things will be fine. They wont chase you until they get to hear what they want to hear.


You see, most of them are not concern about what's happening to you. They don't care, they just want to know. For the sake of knowing things. And I had a lot of experiences when it comes to expressing my sadness, frustration to people. Because at the end of the day, I will feel regret for telling. Why? Because they don't care. They listen, and they left. 


So what I need to do now is to suck it up and deal with everything. My eyes are still hurt, and I don't have any rights to torture it again. As much as my heart need to do it right now, but it can't be selfish anymore. My heart somehow has to think about others too. My eyes -- it suffered a lot these past few days. Sorry eyes :)


So smile, smile like you really mean it. Smile like you are having such a good day. Smile like you are being hugged by someone you love. Smile like you don't have any problems. Smile like your heart is still in perfect shape. Smile like you just won 1k. Smile, just smile. And you'll be fine whenever you are surrounded by your friends.




Tired. Yes I feel so tired. This is frightening. 
I had enough of sleep, and yet, I still feel tired. 
Not my body I think. But my brain. And my heart. 
How to stop this disease from spreading to other organs?



Ya Rabb, mohon bantu aku tatkala Kau turunkan ujian pada hambaMu ini. Mungkinkah terlalu banyak dosa di dada ini yang menyebabkan aku diuji sebegini? Astaghfirullahalazim. Aku tiada hak untuk bertanya. Namun satu sahaja yang aku harapkan dariMU. Berikanlah aku kekuatan, kesabaran serta ketabahan untuk menghadapi semua ini. Amin :')




I already said too much. I already shared too much, and I want all my secrets back. I hate getting close to people these days. I always regret sharing too much, caring too much, doing too much, and feeling too much. They are fake and fake people always seem to live longer than others.



546 -- I saw your picture just now. You look happy with your friends. I wish I could make you smile like they did. But I know, at this point of time, I don't really matter to you.





“Katakanlah: ‘Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami’ ” (at Taubah: 51)


Duhai hati -- bila cemburu, bila rindu, bila sedih kehilangan sesuatu, ucaplah “Ma Fi Qalbi Ghairullah (Tiada di hati ku melainkan Allah)". 

Allahu :')



* Assalamualaikum.




 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space