Assalamualaikum :)
Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan. Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan. Siapa pun dia, segembira mana pun dia, walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum, pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka. Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya. Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada. Kerana dia juga manusia. Makanya, bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa, hanya kamu yang melalui, dan hanya kamu yang mengerti; Kamu silap, dan kamu salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya, bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan. Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.
Cuma mungkin kamu yang tak pernah tahu dan kamu yang tak pernah nampak. Jangan selalu menganggap bahawa kamulah yang paling susah, yang paling sakit diuji, dan yang paling berat diduga. Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Walau serumit mana situasi kamu. Pujuk lah hatimu. Kesatlah air mata mu. Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada. Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersiakan harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA, DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu. Sesungguhnya, DIA lah satu-satunya Tuhan kita :)
Sering kali orang bertanya pada aku, kenapa aku selalu kelihatan gembira sahaja. Tapi apa yang mereka tidak tahu, aku sebenarnya ada ketikanya aku teramatlah sedih. Tapi buat apa ingin diberitahu pada satu dunia? Yang perlu tahu biarlah hanya DIA.
Bukan nak kata aku sentiasa sedih. Tidak. Ada masanya aku bahagia. Terlalu bahagia sehinggakan aku takut untuk menerima hakikat bahawa aku sedang bahagia. Kerana kita semua sedar akan sakitnya apabila seketika kita terlalu bahagia, dan seketika lagi kita teramatlah sedih.
Cerita sedih biarlah kita simpan sorang-sorang. Semoga sahaja Allah dapat gantikan dengan lebih baik. Jangan pernah salah anggap dengan senyuman di bibir seseorang itu. Mungkin sahaja cerita mereka lebih menyayat hati dari kamu. Tapi cuma bezanya kamu dan dia ialah, dia memilih untuk kelihatan kuat :)
"Pada hakikatnya, kita tak selalu kuat. Kita cuma memilih untuk tidak terlihat lemah dimata manusia. Sedang dihadapan Tuhan, tanpa segan silu, kita mengaku bahawa kita sudah sangat tidak mampu. Dengan linangan air mata, dan rintihan tanpa suara. Dan sekiranya manusia tahu, apa yang kita lalui, maka mereka akan tertanya-tanya.
Bagaimana kita mampu untuk menghadapinya. Bagaimana kita mampu untuk terus kekal bersabar. Dan bagaimana kita mampu untuk terus mengukir senyuman di bibir kita. Dan mereka justeru akan mengerti, mengapa kita begini. Lalu mereka akan mensyukuri apa yang mereka miliki."
Allah memberikan aku kekuatan. Biar bibir sentiasa tersenyum, biar suara sentiasa ceria. Walhal hati aku, hanya Dia yang tahu. Jatuh kerana manusia, bangkit kerana DIA! :)
Jangan sedih wahai sayang. InsyaAllah jalan kita pasti akan bahagia. Keringkan air mata dan mari lah dongak ke atas. Pilih lah untuk menjadi kuat!
Lagi satu, aku nak beri nasihat. Kalau nakkan satu perkara itu, mohon jangan hanya tahu untuk berdoa sahaja. Meskipun itu adalah senjata orang Islam, namun kita perlulah bersungguh-sungguh dapatkannya. Allah sudah bilang "Nasib seseorang itu tidak akan berubah selagi dia sendiri tidak mengubahkannya". Jadi jangan tahu berdoa sahaja. Usaha itu perlu ada.
Jangan tinggalkan semuanya kepada Allah. Kita perlu berdoa, usaha dan baru lah biarkan selebihnya Allah yang ambil alih. Sesungguhnya, berusaha di mata Allah itu kan bagus :)
Sebelum saya mengakhiri entri ini, mohhhh kita gelak ketawa melihat gelagat si comel-comel di bawah ini.
Hahahahahhaa I cannot stop laughing. They are sooooo cuteeeeeeeeeee! MasyaAllah!!!! :'D
Hehehehe okay babai bubuii bebeiii. Assalamualaikum.
Hehehehe okay babai bubuii bebeiii. Assalamualaikum.
* Tabah lah wahai sayang. Allah kan ada :)
2 Heart(s) Screaming.:
i just love read your writing. :D
thank you babe.
@ainrau
Thank you so much Ain xx :)
Post a Comment