Saturday, January 26, 2013

546; Muhammad.







Entri panjang. Mekaseh.


P/s: Blog aku kini sudah dibuka untuk anon-anon untuk mengomen entri2 aku.
 Jangan segan silu. Tinggalkan jejak anda :)



Bismillahirahmaniraheem. Semoga entri ini tidak membuka aib-aib sesiapa tanpa sedarku. Amin.









*Sila click untuk tumbesaran gambar seperti tumbesaran tulang anda apabila anda minum susu*





Assalamualaikum semua orang. Selamat hari sabtu! 


Subhan'Allah, tengok la manusia-manusia yang bagi comment-comment atas tu. Terharu hati ni. Semalam aku tidur macam tersenyum sikit lah. Sebab semalam aku dapat begitu banyak doa-doa orang yang mendoakan hubungan aku dengan Mr.X-Man supaya berkekalan hingga ke Jannah Allah. Amin amin amin. You guys didn't know how much it means to me :')


Harini rasanya nak bercerita tentang Mr.X-Man. Tapi macam cuak-cuak sikit la heheheheh. Tapi rasanya tak salah kalau niat aku nak bagitahu kat orang ramai tentang benda yang baik kan? Semoga ramai orang rajin la kan nak baca entri panjang sebegini. Aku menaip ni pun letih rasa, wkwkwkwkwkkw :D



Bagaimana kami boleh berjumpa?


Senang cerita, semuanya sudah ditentukan oleh Allah. Aku tak pernah sedar akan kewujudan dia sehinggalah Allah membuka mata hati aku untuk melihat dia dengan menggunakan hati dan bukanlah mata. Jujur aku katakan, memang aku tak pernah terfikir untuk menyelitkan sedikit harapan bersertakan doa untuk menjadikan dia sebagai bakal Imam untuk solat ku - Pendek kan ayat, yang halal buatku. Tapi apakah daya, Allah itu Maha Mengetahui segalanya :')


Akhirnya tanpa memberi apa-apa kata putus pada masing-masing, kami berdua sedar akan hadirnya rasa sayang pada satu sama lain. Kami ni takdalah macam couple-couple yang lain, yang ada kata-kata romantik pada satu sama lain; "I suka you, boleh jadi GF I?" "You are the queen of my heart" etc etc. Aku dan Mr.X-Man dengan bantuan Allah, terus terbuka hati masing-masing untuk menerima kekurangan dan kelebihan sesama sendiri.


Bersyukur sebenarnya aku ni dapat mengenali Mr.X-Man walaupun sebagai seorang kawan yang sangat rapat di dalam hati aku ni. Dan Alhamdulillah, ramai yang turut senang dengan hubungan kami berdua. Aku yakin, bfs aku 4 orang itu pasti turut bahagia melihat perubahan aku sedikit demi sedikit selepas aku mengenali Mr.X-Man ni.



"Kenapa Mr.X-Man? Kenapa tak bagitahu nama dia sebenar?"


Sering kali aku ditujukan soalan sebegini. Bukan aku tak sudi untuk bagitahu pada kawan-kawan ataupun pada pembaca-pembaca blog aku ni. Cuma aku rasa selagi dia belum menjadi yang halal buat aku, aku tak akan reveal siapa dia. Biarlah dia jadi misteri buat pembaca-pembaca aku semua. Kerana aku sudah belajar dari kesilapan masa lalu.


Dulu tanpa segan silu, satu dunia aku mahu memberitahu tentang hubungan cinta aku dengan si dia. Tanpa aku sedari, apa yang aku lakukan itu telah banyak membuat Allah murka dengan hambaNYA ini. Dan tanpa aku sedari juga, banyak fitnah-fitnah yang datang menyinggap di dalam hidup aku ini. Aku begitu seronok memaparkan gambar berpelukan kami, berpegangan dan gambar-gambar yang tidak manis di khalayak orang ramai. Sehinggalah Allah tarik semuanya dari aku.



Dulu aku sering bertanya, apa salah aku? Mengapa Allah tarik nikmatNya dari aku? Bila lama-lama baru aku sedar, "Mengapa Allah mahu terus-menerus memberi nikmatNya pada aku jika aku kerap melanggar perintahNya?" - terselit rapi dalam hati aku kini.


Bagaimana sesuatu hubungan itu akan berkekalan jika kita sering melakukan larangan Allah? Memegang tangan yang masih belum halal. Apa engkau fikir Allah akan makbulkan doa-doa kau kalau kau tidak pernah endahkan perintahNya? 

- Aku sering tanya diri aku sendiri soalan ini. Mungkin kenangan lama itu tidak berpanjangan kerana aku tersesat daripada jalan yang sebenar. Dan kerana Allah sayang kan aku, dia tarik rasa sayang itu dari hati ini supaya aku dapat membuka mata dan berpatah balik ke jalan yang betul.



Bersangka baik pada Allah itu indah. Lihat sahaja pada aku. Kini aku ditemukan dengan Mr.X-Man, syukur :')





BERKASIH SAYANG TANPA BERSENTUHAN ITU INDAH.


Alhamdulillah. Memang betul apa orang kata. Tidak bersentuhan sesama lelaki perempuan ketika hati masing-masing terselit doa untuk bersama hingga ke Syurga Allah itu memang sangat indah. Jujur aku katakan, dulu aku sering menyentuh lelaki-lelaki yang masih haram buatku. Aku fikir, apa salahnya kan kalau dah kawan rapat? Tapi disitu lah salah aku. Silap aku ikutkan sangat cara orang barat.


Tapi sekarang ni, memang aku baru tahu erti indahnya mengikut cara yang betul dalam Islam. Tidak bersentuhan , namun hanya bersentuhan melalui doa-doa kami sesama sendiri. Adik-adik, betul ni. Akak tak tipu. Berkasih sayang dengan seorang lelaki yang tiada ikatan sah tanpa bersentuhan itu memang sangat-sangat indah. Percayalah. Akak tengah hadapinya sekarang :')


Bukan nak bilang kami ini yang terbaik di mata Allah. Astaghfirullahalazim, memang sikit pun tak. Tapi kami cuba untuk berusaha memperbaiki diri masing-masing. Kami juga tak lari dari dosa. Masing-masing masih banyak 'hutang' pada Allah. InsyaAllah, sikit-sikit nanti langsai lah. Harapnya sempat :)




Dia ni romantik ke?


Haha. Jujur aku cakap. TAK! Kikikikiki. Kalau tengok dengan mata, memang dia bukanlah lelaki pilihan gadis-gadis di malaya ni. Dia ni agak macam kaku sikit lah. Aku pulak jenis yang geram kalau orang jenis kaku-kaku ni. 


Tapi nak dijadikan cerita, Allah bagi aku lihat dia menggunakan mata hati dan bukanlah dua biji mata aku ni. Walaupun dia tidak romantik, tapi dia berusaha untuk membimbing aku ke jalan Allah. Buat apa kita nak lelaki yang romantik tapi menarik kita ke pintu Neraka? Kan lebih elok kalau kita bersama dengan lelaki yang berusaha memasukkan kita ke Syurga Allah? :)


Mana la tahu kan, lepas dah kahwin nanti, tengok-tengok Mr.X-Man ni romantik orangnya? Eceywah! Itu kena tunggu lepas kahwin la kan. Kalau ada jodoh :) *Gatai naa hang cikin!*



Apa yang buat aku pilih Mr.X-Man?


Aku rasa sebab dia sendiri tak sedar yang dia tu sebenarnya ada sifat pembimbing yang memang sepatutnya ada pada seorang lelaki. Susah sebenarnya nak jumpa lelaki yang boleh bimbing kita. Sedikit sebanyak perubahan yang ada pada diri aku ni adalah disebabkan kehadiran dia dalam hidup aku. Dia bukanlah cakap kat aku "Berubah lah, I tak suka lah macamni". Tapi dia bagi aku kata-kata yang boleh buat kepala aku sendiri berfikir mana yang baik, mana yang buruk.


Aku berubah bukan kerana dia, tapi kerana Allah. Allah hanya sampaikan dia di dalam hidup aku untuk memberi aku sedikit cahaya untuk menjadi yang lebih baik dari apa yang aku pernah jadi dulu. Dan aku bersyukur untuk itu.


Mata aku berair masa dia bagitahu aku tentang dia terpaksa merotan adiknya yang tidak solat Asar. Rasa bersalah sangat pada adik dia, sebab itu dia mintak nasihat dari aku. Adakah benda itu betul ataupun dia terlalu ikutkan hati dia. Kat situ aku dah nampak betapa bertanggungjawabnya dia sebagai seorang abang ketika mak nya tiada di rumah.


Tapi aku tahu, dia rotan adik dia sebab dia sayangkan adik-adik dia. Dia tanak tengok adik dia sesat dan masuk ke Neraka. Dia berusaha untuk memasukkan adik-adik dia ke dalam Syurga. Alangkah baiknya jika ramai lagi lelaki seperti ini kan?


Dan .. hanya melihat cara dia melayan mak nya sahaja sudah cukup untuk membuatkan aku berasa selamat jika dia menjadi bakal suami aku :')


Korang ni bercinta ke?



Nak kata ya, tak jugak. Nak kata tak, tak jugak. Senang cerita, kami selesa berkawan dahulu dan bercinta selepas kahwin. Tapi dalam masa yang sama ketika kami berkawan ini, hati kami melekat pada satu sama lain. Kami cuma mahukan hubungan kami ini menjadi hingga ke alam perkahwinan, alam yang diredhai oleh Allah swt.


Kami pernah dulu cuba untuk bercinta, tapi tidak berapa nak menjadi. Sering kali dugaan Allah itu menyedarkan kami tentang sesuatu hubungan yang dimurkai oleh Allah itu tidak akan di restu olehNya walaupun kita mencuba sedaya upaya. Jadi kami kekalkan berkawan, dan mohon pada Allah untuk menguatkan lagi jodoh kami berdua. 


Alhamdulillah, bila kami pilih jalan Allah ini, kami jauh lebih bahagia. Walaupun jarang berkomunikasi, tidak bersentuhan, tapi rasa sayang itu lagi kukuh di hati kami berdua ini. Alhamdulillah. Sebab itu lah kalau boleh aku nak sarankan semua orang supaya mengikut cara yang betul dalam berkawan dengan seseorang itu. Ikut jalan Allah, anda pasti akan bahagia :')



Sedikit sebanyak hadirnya dia dalam hidup aku mengajar aku untuk mencari keredhaan Allah. InsyaAllah, kalau jodoh kami panjang, kami akan bersama hingga ke hujung nyawa. Tapi siapa lah kita untuk menentukan segala-galanya? Jika Allah kata kami bukanlah jodoh masing-masing, terpisah juga akhirnya. Namun doa aku agar dia yang satu, sentiasa tersemat di bibir :)


Entri ini bukanlah untuk memberitahu satu dunia yang aku sedang menyayangi seseorang. Tapi entri ini untuk memberitahu pada orang ramai yang tidak bersentuhan tapi tetap bersama itu indah. Bahawa orang yang mengubah kita ke arah yang baik itu adalah seperti mutiara yang usah untuk dicari. Tapi kalau dah jumpa itu, bersyukurlah kamu :)
 


First time rasanya buat entri dari A-Z pasal Mr.X-Man. Nervous lah pulak. Apa yang buruk datang dari aku. Apa yang baik datang dari Allah. Semoga entri ini dapat mengubah cara pandangan anda tentang berkasih sayang mengikut hukum di dalam Islam :)

Nama yang diberi bermula dengan Muhammad. Semoga dia mengikuti jejak-jejak seperti Nabi Muhammad saw. Amin.



* Terima kasih pada yang mendoakan jodoh kami berpanjangan. Jika takdir Allah dia yang terbaik buat aku, Alhamdulillah. Jika takdir Allah menidakkan hajat aku, maka dia lah yang perkara terindah yang pernah hadir dalam hidup aku :)


Monday, January 14, 2013

Dugaan Setiap Manusia Itu Berbeza.






Assalamualaikum :)





 




Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.


 

Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan. Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan. Siapa pun dia, segembira mana pun dia, walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum, pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka. Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya. Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.


Pasti ada. Kerana dia juga manusia. Makanya, bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa, hanya kamu yang melalui, dan hanya kamu yang mengerti; Kamu silap, dan kamu salah. 


Ada orang lain yang pernah melaluinya, bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan. Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui. 


Ada.

 

Cuma mungkin kamu yang tak pernah tahu dan kamu yang tak pernah nampak. Jangan selalu menganggap bahawa kamulah yang paling susah, yang paling sakit diuji, dan yang paling berat diduga. Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
 


Walau serumit mana situasi kamu. Pujuk lah hatimu. Kesatlah air mata mu. Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada. Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersiakan harapan kamu. 


Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA, DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu. Sesungguhnya, DIA lah satu-satunya Tuhan kita :)


Sering kali orang bertanya pada aku, kenapa aku selalu kelihatan gembira sahaja. Tapi apa yang mereka tidak tahu, aku sebenarnya ada ketikanya aku teramatlah sedih. Tapi buat apa ingin diberitahu pada satu dunia? Yang perlu tahu biarlah hanya DIA.


Bukan nak kata aku sentiasa sedih. Tidak. Ada masanya aku bahagia. Terlalu bahagia sehinggakan aku takut untuk menerima hakikat bahawa aku sedang bahagia. Kerana kita semua sedar akan sakitnya apabila seketika kita terlalu bahagia, dan seketika lagi kita teramatlah sedih.


Cerita sedih biarlah kita simpan sorang-sorang. Semoga sahaja Allah dapat gantikan dengan lebih baik. Jangan pernah salah anggap dengan senyuman di bibir seseorang itu. Mungkin sahaja cerita mereka lebih menyayat hati dari kamu. Tapi cuma bezanya kamu dan dia ialah, dia memilih untuk kelihatan kuat :)  




"Pada hakikatnya, kita tak selalu kuat. Kita cuma memilih untuk tidak terlihat lemah dimata manusia. Sedang dihadapan Tuhan, tanpa segan silu, kita mengaku bahawa kita sudah sangat tidak mampu. Dengan linangan air mata, dan rintihan tanpa suara. Dan sekiranya manusia tahu, apa yang kita lalui, maka mereka akan tertanya-tanya.


Bagaimana kita mampu untuk menghadapinya. Bagaimana kita mampu untuk terus kekal bersabar. Dan bagaimana kita mampu untuk terus mengukir senyuman di bibir kita. Dan mereka justeru akan mengerti, mengapa kita begini. Lalu mereka akan mensyukuri apa yang mereka miliki."



Allah memberikan aku kekuatan. Biar bibir sentiasa tersenyum, biar suara sentiasa ceria. Walhal hati aku, hanya Dia yang tahu. Jatuh kerana manusia, bangkit kerana DIA! :)


Jangan sedih wahai sayang. InsyaAllah jalan kita pasti akan bahagia. Keringkan air mata dan mari lah dongak ke atas. Pilih lah untuk menjadi kuat!


Lagi satu, aku nak beri nasihat. Kalau nakkan satu perkara itu, mohon jangan hanya tahu untuk berdoa sahaja. Meskipun itu adalah senjata orang Islam, namun kita perlulah bersungguh-sungguh dapatkannya. Allah sudah bilang "Nasib seseorang itu tidak akan berubah selagi dia sendiri tidak mengubahkannya". Jadi jangan tahu berdoa sahaja. Usaha itu perlu ada.


Jangan tinggalkan semuanya kepada Allah. Kita perlu berdoa, usaha dan baru lah biarkan selebihnya Allah yang ambil alih. Sesungguhnya, berusaha di mata Allah itu kan bagus :) 


Sebelum saya mengakhiri entri ini, mohhhh kita gelak ketawa melihat gelagat si comel-comel di bawah ini.










 




 



 



 



 










 

  

 
Hahahahahhaa I cannot stop laughing. They are sooooo cuteeeeeeeeeee! MasyaAllah!!!! :'D 


Hehehehe okay babai bubuii bebeiii. Assalamualaikum.




* Tabah lah wahai sayang. Allah kan ada :) 


 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space