Thursday, December 27, 2012

TIPU.







"Menulis adalah suatu cara untuk bicara,
Suatu cara untuk berkata, suatu cara untuk menyapa—
Suatu cara untuk menyentuh seseorang yang lain entah di mana.
Cara itulah yang bermacam-macam dan di sanalah harga creativity ditimbang-timbang."


Ayat tiada kena mengena, maaf.


Assalamualaikum.

Hello! Selamat petang semua orang. Oh yes yes, entri baruuuuuu. Sila tepuk tangan *muka bangga*. Balik dari office tadi terus terdetik nak update blog usang ni. Bukan apa, cuma mungkin idea tu ada pulak petang-petang macam ni kan. Apa lagi, sampai rumah terus cari laptop. Eh tak, cari anak buah dulu :)


Okay, aku ada satu masalah ni. Masalah ni dah agak lama aku perasan yang aku dah memang tak dapat nak bendung lagi. Walaupun aku cuba sedaya upaya untuk jauhi daripada masalah ini, ia tetap jugak datang. Dah macam magnet pun ada. Lagi kita nak benda tu pergi, lagi dia datang.


Masalah aku ialah; aku sering ditipu. Tak kisah lah kecik ataupun besar, janji benda tu boleh di-consider-kan sebagai satu penipuan. Aku pun tak tahu kenapa aku sering ditipu. Adakah kerana aku suka menipu? Aku nak tipu orang apa je? Pelik jugak aku. Jadi aku fikir-fikir, terkeluar lah dua options.


A ) Mungkin sebab aku ni lurus bendul, senang percaya kata-kata orang. Orang cakap dia ada naga warna warni pun aku percaya je. Bebal betul.

B ) Mungkin sebab kat dunia ni dah makin banyak warga-warga penipu ni.


Dulu, jujur lah aku cakap, aku selalu rasa masalah aku ialah A). Aku memang senang percaya kata-kata orang. Selalu jugak aku marah pada diri aku sendiri. Aku rasa macam aku ni senang sangat diperbodohkan. Bukan orang tu yang nak, tapi aku yang membenarkan. So selama 23 tahun aku hidup kat dunia ni (belum masuk 2013 kan? So belum 24 tahun lg hohoho), aku sering blame diri aku sendiri.


"Bodoh la kau ni Shikin. Senang sangat percaya cakap orang! Tu lah. Ha kan dah kena tipu!". "Aduh, asal la aku ni blur sangat? Orang cakap apa pun aku percaya je". "Takpelah, bukan salah awak. Salah saya. Saya yang bodoh sangat percaya semua benda". Haa ini la kata-kata yang selalu keluar dari mulut aku bila aku dapat tahu yang aku ni telah ditipu oleh orang. 


Sedih. Sedih sebab diri ini sentiasa dipersalahkan selama ini. Geram. Geram sebab diri ini tak pernah belajar dari dulu sampai sekarang walaupun dah berkali-kali kena tipu. Lemah. Lemah sebab hati dan otak berlawan sesama sendiri. Allahu.


Tapi harini baru aku sedar. Selama ini aku mempersalahkan diri sendiri sedangkan ianya bukan salah aku. Mungkin aku terlalu jujur, memberi kepercayaan sepenuhnya kepada manusia lain. Dan mungkin juga aku menjangkakan benda yang sama datang dari manusia lain apabila diri aku sendiri selalu jujur dan tidak suka tipu. Sebab aku tahu rasa sakit ditipu oleh orang yang kita percaya. Aku fikir, kalau aku buat macam tu, mungkin manusia lain pun turut buat benda yang sama. 


Namun aku salah. Mereka tidak pernah belajar tentang sakitnya ditipu. Mereka tidak pernah peduli hati yang mereka sakiti. Dan mereka tidak pernah kisah, untuk berkata benar. Aku tak patut letakkan harapan yang tinggi pada semua orang apabila aku sendiri tidak mampu mencapai tingginya harapan aku pada diri aku sendiri.


Yang sebenarnya, bukan aku yang terlalu jujur. Bukan aku yang terlalu blur. Bukan aku yang terlalu bebal. Dan bukan aku yang tidak pernah belajar dari kesilapan. Tetapi mereka. Mereka yang aku maksudkan adalah mereka yang gemar menipu. Mereka adalah PENIPU. Mereka telah berleluasa dan semakin merebak ke serata dunia. Mereka tidak mampu dibendung lagi. Virus mereka semakin kuat. Dan kita semakin lemah dengan penipuan-penipuan dari mereka.


Mereka bijak. Mereka sering bermain dengan otak kita. Mereka bijak membuatkan kita merasa seperti salah dan beban itu semuanya di atas bahu kita. Dan mereka tiada salah apa-apa. Tapi sebenarnya, semuanya berpunca dari mereka. Mereka yang gemar berkata-kata dusta dan propa. Mereka yang gemar bermain dengan hati manusia.


Ye. Aku tidak bersalah. Aku cuma lah seorang manusia yang inginkan kejujuran dari manusia lain dan meletakkan kepercayaan aku sepenuhnya pada mereka. Aku tidak bersalah. Bukan kah kita patut mempercayai satu sama lain? Orang yang patut berubah adalah mereka; PENIPU. Mereka perlu berubah dari menjadi parasit di dunia ini dan berubah menjadi mutiara yang menyinari dari kebenaran-kebenaran yang terkeluar dari mulut mereka.


Cukup lah. Cukup menjadi penipu. Ramai manusia yang tidak gemar ditipu. Dan cubalah anda letak posisi hidup anda di dalam hidup kami yang sering ditipu ini. Mungkin anda akan belajar untuk menjadi manusia yang sebenar. Yang penipuan jauh dari mulut anda. 


Tolong lah. Tak elok menipu manusia. Jangan lupa, segala perbuatan anda, malaikat di kiri kanan akan sentiasa mencatit. Terpulang lah pada anda, mahu buku amalan belah kiri ataupun belah kanan yang isinya banyak dan padat.


Assalamualaikum.





Nak jadi macam budak-budak kecik balik boleh tak?
Less problem, more love.





* Kalau nak berkawan, biar lah ikhlas. Jangan menipu status anda semata-mata untuk memenangi hati seseorang. Sakit ditipu lebih dalam dari sakit jari tercucuk jarum.


Tuesday, December 25, 2012

Malam; Dingin; Isi Hati.









People are so vulnerable at night. 
They’re willing to spill out their souls to anyone willing to listen. 
They have desires to do things that never cross their mind when the sun is in the sky.



" .. Bismillahirahmaniraheem".




Assalamualaikum.


Hello there lovelies! Howwayadoinnngggggg? I hope you guys are doing fine. May everything is under control. Amin :)


Em, agak lama jugak sebenarnya aku tak berceloteh tentang apa yang aku pendam dalam hati ni, ye? Ah kerja yang sentiasa busy membuatkan otak aku makin lama makin bosan dan penat untuk memerah idea-idea hebat dan bijaksana untuk mengekalkan blog yang tak seberapa ini. Cuba untuk menyampaikan cerita sebaik mungkin, namun sering kali aku gagal.


Bosan. Cuba untuk menaip kata-kata yang mampu menusuk hati manusia di sekeliling, namun jari menjadi keras serta merta. Aduhai kenapa banyak sangat idea hilang sekarang ni? Selalu sahaja idea tak keluar. Bila takda depan Laptop, banyak pulak dalam otak ni. Berlumba-lumba nak keluar. Tapi bila depan Laptop, cramp terus otak -.-


Tolong lah, jangan ganggu lagi hati aku ini. Bukan nya kuat. Lemah sebenarnya. Orang yang sentiasa tampak kuat depan manusia lain sebenarnya seorang yang teramat-amat lah lemah. Namun mereka tidak ingin kelihatan lemah di hadapan orang ramai. Walaupun air mata hampir jatuh ke bumi, mereka masih mampu untuk mendongak melihat atas.


Selalu sahaja syaitan ni menggangu hati aku. Ya Allah mohon bantu lah aku untuk jauhkan daripada hasutan-hasutan syaitan ini. Dari tiada apa-apa, terus bercelaru dek termakan kata-kata iblis yang bijak ini. Dari jernih air, terus keruh jadinya. Astaghfirullahalazim. Kenapa hati tak senang ni? Aku gembira, Demi Allah. Tapi macam nak nangis pun ada. Tapi kenapa perlu nangis bila tiada apa-apa yang terjadi? Kenapa ni? Dosa penuh sangat dah ke? Aduh!


Malam. Malam selalunya adalah waktu yang paling aku takuti. Kerana malam mampu membuat manusia berubah dalam sekelip mata. Malam mampu membuat air mata manusia berjurai dengan laju. Malam mampu membuat manusia jadi tidak tentu arah. Malam mampu membuat manusia berfikir di luar kawalan. Malam. Malam mampu membuat semuanya tampak lemah di mata kita. Disitulah terbukti siapa dan apa yang kurang dalam hidup kita.


Menulis karangan tak bermakna ini sambil mendengar zikir di blog aku terus menerus membuat hati aku sayu. Kekal sayu di atas katil ini. Letih. Lemas dengan godaan-godaan dunia semata-mata yang tidak akan kekal. Rimas dengan janji-janji palsu yang membuatkan kita sesat dan jatuh dalam lubang maksiat di dunia yang fana ini. Dan kecewa dengan kekosongan yang ada di dalam hati yang patutnya dipenuhi dengan rahmatNYA.


Ah drama semua ni. Semua ini tak patut aku tulis di sini. Tapi aku tetap mahu. Sebab apa? Sebab letih tanggung sorang-sorang. Hati meronta-ronta suruh aku lepaskan di sini. Menulis sering kali menolong untuk melegakan hati aku yang sentiasa penuh dengan agenda-agenda tersembunyi daripada mata-mata manusia di dunia ini.


Rindu. Rindu yang melampaui batas dari apa yang dibenarkan. Berdosa. Rasa jijik dengan diri. Lebih-lebih lagi apabila rasa rindu ini adalah untuk seseorang yang tidak benar untuk aku. Yang bukan milik aku. Yang sudah terbuktinya jauh daripada genggaman jari ini. Namun kenapa Allah hadirkan rasa rindu ini? Untuk menguji aku? Iya. Betul. Untuk menguji aku.


Rindu untuk orang yang tidak betul adalah rindu yang paling sakit yang manusia boleh rasai di dunia ini. Sudah tahu dia bukan untuk kita, namun masih lagi rasa rindu. Persahabatan yang terjalin semakin rapat hari ke hari. Membuatkan perasaan rindu ini hadir apabila tidak bersemuka. Aduh, kenapa aku menulis seperti ini? Bermonolog mungkin? Ahhhh lupakan semua ini.


Maafkan aku. Aku tidak tahu mengapa waktu malam sering kali aku kalah dengan rasa hati. Syaitan. Ini semua hasutan syaitan. Namun aku rasa lega. Lega kerana semuanya sudah terlepas.



“Berhentilah peduli,
Maka kau akan jauh dari luka.”

Berhentilah mengambil tahu,
Maka kau akan jauh dari kecewa”

Itulah kata mereka,
Dan juga bisik hati yang pernah dilukai.

Jujur,
Berhenti peduli, dan berpura-pura tak mengambil tahu itu,
Mampu untuk hindari dari luka dan kecewa,
Atau hanya membuat hati bertambah luka?

Kerana kita sedang berpura-pura,
Memaksa diri dan membohongi hati,
Bahawa sejujurnya,
Masih ada khabar yang ingin kita dengari?

Ketakutan terkadang membuat kita menjauh,
Sedang rasa ingin tahu membuat kita menderita.

Maka, pilihlah yang terbaik. ;’)
Allah itu Maha Adil. Ingatlah Sayang.






Astaghfirullahalazim.
Mohon bantu aku Ya Allah.
Tabahkan aku.
Mungkin dia hadir sebagai satu hadiah dariMU untuk aku belajar tentang erti persahabatan dan redha.
Dan mungkin sahaja Engkau hadiahkan aku si dia juga untuk membuat aku belajar tentang erti sebenar-benarnya ikhlas dan sabar.



Maaf. Entri tidak berguna. Assalamualaikum.



* Bermonolog di waktu malam tentang isi hati ketika rasa gembira hadir dari pagi? Ini gila. Aku janji, next entry pasti entry bahagia. Pegang kata-kata aku ini.



Saturday, December 8, 2012

Kenali Perempuan.








Assalamualaikum.


Apa khabar semua orang? :) Harini tiba-tiba rasa macam nak bercerita tentang kaum aku sendiri iaitu Kaum Hawa. Meski pun entry ini mungkin boleh dikategorikan sebagai entry jiwang *pui*, tapi rasa-rasanya ramai mungkin Kaum Hawa akan bersetuju dengan entry aku kali ini :)


InsyaAllah. Aku mulakan entry ini dengan Bismillah.


Sering kali aku melihat kawan-kawan perempuan aku dicaci dimaki kerana terlalu mencintai pasangan mereka itu. Dan sering kali juga Kaum Adam tidak hargai perasaan mereka ini. Bukan aku ingin mengatakan hanya Kaum Hawa sahaja yang benar-benar menyayangi seseorang itu. Bukan itu maksud aku.


Cuma dah terlalu banyak cerita di mana penyudahannya seorang lelaki itu akan meninggalkan seorang wanita itu mentah-mentah sahaja yang aku dah lihat dengan mata aku sendiri. Iya, memang benar. Jika bukan jodoh, memang tak kemana. Tapi lupakah anda bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu menyuruh Kaum Adam untuk menghormati dan menjaga perasaan Kaum Hawa?


Dan sesungguhnya hanya usaha dan doa yang sentiasa bertitip di bibir yang boleh mengubah takdir seseorang itu. Tiada apa yang mustahil jika Allah S.W.T itu tidak menolaknya. Jadi jika benar-benar inginkan sesuatu itu, berusaha lah selagi anda mampu. Bersungguh-sungguhlah dalam membuatnya. Dan selebihnya tinggalkan kepada Allah untuk menentukannya.


Jadi harini aku mencari sedikit masa untuk Kaum Adam mengenali Kaum Hawa dengan lebih dekat. Semoga entry ini mampu memberi sedikit info tentang kami yang bergelar Kaum Hawa ini. Yang baik datangnya dari Allah. Yang buruk itu datang dari diri aku sendiri. Mohon ampun jikalau ada tersalah di dalam entry ini :)




 


Bismillah. .


Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah. Tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya. Tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.


Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh bukan? :) Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Hampir setiap hari pergaduhan akan tercetus.


Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Dan itu bukan bermaksud dia benar-benar gembira. Mungkin sahaja dia cuba menyorokkan perasaan sebenar yang tersimpan rapi di dalam hati kecilnya.


Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. Tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang. Tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian ;)


Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
 

Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. Dan apabila berjauhan, bayangan anda akan sentiasa bermain di mata mereka dan apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya. Kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.


Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik :)


Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Itulah yang bergelar perempuan ..


Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.


Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang mampu menggoncang dunia dan mungkin pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.


Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda. Jadi hargai lah kasih sayang seorang wanita. Apabila mereka sayang anda, mereka memang benar-benar sayang :)








Semoga entry ini memberi seribu makna pada seseorang yang tidak mampu untuk mengungkapkan perkara ini dari mulut mereka sendiri :)


 
* Perempuan memang rumit. Tapi kasih sayang mereka tiada tandingannya. Percayalah.


Monday, December 3, 2012

Umur, Kematangan, Fitnah, Dosa Kering.








I start in the name of Allah, the most merciful and the especially compassionate 
- Bismillahirahmaniraheem.








Assalamualaikum sahabat :)


Hari ini terpanggil aku untuk buat satu entri mengenai seorang wanita yang aku baru sahaja kenal. Tidak sampai 5 bulan lagi perkenalan kami. Bukan untuk mengaibkan sesiapa, cuma mahu kamu semua mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak termakan dengan kata-kata orang sebegini.


Niat di hati hanya lah untuk menasihati, bukan untuk membuka aib orang. Semoga Allah sahaja yang mengerti niat yang terbuku di hati aku ini. Amin.


Kami berkenalan di tempat kerja baru ku. Kisah perkenalan kami pada mulanya baik-baik sahaja. Aku lebih menjadi 'telinga' kepada si dia ini. Walaupun masalah aku sendiri masa tu terlalu banyak untuk aku menampung masalah orang lain, namun aku diam kan sahaja.


Terlalu banyak yang dikongsi oleh beliau kepada ku. Perangai 'tidak judge orang' yang ada pada diri ku membuatkan semua orang selesa untuk bercerita apa pun kepada aku termasuk lah 'kisah gelap' mereka. Aku hanya mampu mendiamkan diri. Ingin tegur, namun aku sendiri dosa masih 'basah' di hati. Hanya doa yang mampu aku panjatkan kepada Allah supaya HidayahNya diturunkan kepada dia.


Semakin lama, semakin banyak cerita-cerita yang tidak patut aku tahu, diceritakan oleh beliau kepada aku termasuklah benda yang boleh membuka aib orang di mata orang lain. Aku cuba untuk menepis kata-kata dia dengan cerita aku pulak, namun menjadi 'telinga' lebih bagus untuk aku apabila setiap kali aku menepis katanya, dia akan membalas balik dua kali ganda dari aku.


Aku simpan sorang-sorang segala benda yang dia ceritakan kepada aku. Namun pada suatu hari aku mendapat tahu, bukan aku seorang yang menjadi telinga untuk dia, tetapi ramai juga. Terdetik di hati aku, mana sifat malu dia? Mengapa dia tidak menjaga aibnya sendiri? Bukankah benda itu tidak patut di ceritakan kepada orang lain? Namun aku tetap membisu.


Sampai lah di satu saat di mana dia dan kekasihnya sudah berpisah, lantas bermacam-macam kata makian yang terkeluar dari mulut dia tentang lelaki itu. Dia juga bilang dia tidak akan menerima lelaki tu balik setelah dia putuskan hubungan mereka. Terlalu banyak kata caciannya sehinggakan aku terpaksa mengundurkan diri dengan berkata masih banyak lagi kerja yang tidak lagi aku siapkan.


Aku tenung kepada lelaki itu, dengan harapan aku mampu untuk beritahu dia bahawa perempuan itu tidak elok untuk dia kerana terlalu banyak cerita yang dia 'jual' kepada orang ramai. Ada yang benar, dan ada yang tidak benar. Wallahualam. Namun aku tidak mampu untuk memberitahunya, lalu aku terus menuju ke meja ku.


Dua jam selepas tu aku terima 1 email dari rakan ku menceritakan perempuan itu meng'attack' dia secara terus-terusan. Bingung sebentar aku di meja itu. Lalu aku terus pergi berjumpa dengan kawan aku itu. Mukanya kelihatan pucat dan perasaan takut terpancar dari anak mata dia.


Aku : Kenapa? 
Kawan : Dia saiko wak! Serious. 
Aku : Kenapa ni? Kenapa dia saiko pulak? Apa dah jadi ni? 
Kawan : Awak kita takut.


Lalu kawan aku menceritakan segalanya. Dia dan kawan perempuan dia dan juga lelaki tersebut turun ke bawah melepak bersama sambil gelak ketawa, selepas itu mereka sambung buat kerja masing-masing balik sebelum perempuan itu muncul di depan kawan aku sambil berkata "I know you went out with him and you were the one who told me that he's not good for me and what is this all about now? You went out with him and you had fun right?" - kawan aku terdiam kaku memandang perempuan itu.


Rupanya perempuan itu turun tinjau gelagat mereka melepak bersama dan dengan perasaan yang marah meluap-luap di dada dia, dia naik atas sambil menceritakan kepada hampir suku daripada orang di pejabat kami bahawa kawan aku dan juga aku; adalah orang yang teruk dan perempuan tak guna. Tapi persoalannya, kenapa aku turut terlibat?


Aku terdiam seketika apabila kawan aku cakap yang perempuan itu turut menggunakan nama aku di pejabat kami. Semasa aku jalan ke tempat aku, aku terlihat mata-mata 'menghina' yang sedang menjeling. Senyuman yang selalu melekat di bibir ku semakin pudar apabila aku sedar sepanjang perjalanan aku dari tempat kawan aku ke tempat aku, terlalu ramai yang menghina aku melalui mata mereka.


Sampai ke hari ini aku mendapat tahu bahawa perempuan itu menceritakan kisah-kisah buruk aku kepada orang lain. Wallahualam, aku tidak tahu menahu cerita apakah yang dia sedang sebar kan, namun aku tahu semuanya fitnah belaka kerana aku jarang menceritakan tentang aku kepada beliau kerana tidak diberi kesempatan selama ini.


Setiap hari aku akan lalu di hadapan meja dia, namun tidak sekali pun aku menoleh melihat dia. Bukan benci yang membuatkan aku tidak mempedulikan kelibat dia, cuma aku rasa lebih baik jika aku menjauhkan diri aku daripada orang-orang yang tidak akan memanfaatkan aku di dunia mahupun di akhirat kelak.


Sakit itu memang lah sakit. Nama kita kotor jadinya. Tapi aku selalu ingatkan kawan aku "Awak, doa orang yang dianiaya selalu dimakbulkan. Kita sabar je wak. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang".


Jadi nasihat aku, jika kita ada kawan yang suka bercerita tentang orang lain kepada kita, jauhilah mereka. Kerana suatu hari kelak, mereka akan bercerita kepada orang lain tentang kamu pulak. Ceritanya mungkin semuanya dusta, namun telinga yang mendengarnya belum tentu mampu untuk menghakiminya.


Buat pengetahuan semua, umur perempuan itu adalah dalam lingkungan 30++ dan masih lagi bujang. Benar kata orang, umur bukanlah penentu kematangan anda dalam semua aspek di dunia ini. Ada yang baru berumur 14 tahun namun tahap pemikiran dia seperti orang yang berumur 40 tahun. Tak bererti anda dewasa pada umur, anda dewasa pada akal.


Dan nasihat keduaku adalah, biar orang bercerita tentang kita mahupun cerita itu semuanya fitnah-fitnah belaka, kita bersabar je sambil berdoa kepada Allah. Kerana orang yang suka fitnah orang lain, pastinya akan terjatuh suatu hari nanti. Dan janganlah membeci mereka kerana memperlakukan anda sebegitu. Jadikanlah mereka sebagai satu 'ujian' dari Allah.


Jangan benci mereka, kerana apabila anda membenci seseorang, terlahir sedikit rasa 'dendam' di hati walaupun anda tidak menyedarinya. Jauhilah mereka, supaya apa yang mereka lalukan tidak akan mengganggu niat anda sebenar di dalam hidup ini; iaitu ke jalan Allah.

 






Jadilah seperti kucing ini.

Mahupun ada tangan yang mengganggunya, 
Dia tidak lsg melatah, tetapi dia hanya tidak menghiraukannya :)



P/s : Perempuan itu dan lelaki itu sudah kembali bersama. Dan daripada pandangan lelaki tersebut, aku tahu dia juga turut termakan kata-kata perempuan itu tentang aku. Amin, mungkin ini ujian aku dari Allah. Alhamdulillah. Semoga aku mampu untuk kekal bersabar.





* Jauhi fitnah, jauhi membuka aib orang. Jika Allah mampu menyorokkan aib kita dari orang lain, mengapa tidak kita? Tepuk dada tanya iman :')
 


 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space