Sunday, November 25, 2012

Hilang.




"What if suddenly you lose them? All of them? What will you feel?"

" I .... " - Silence.




Bismillahirahmaniraheem.

Assalamualaikum. Sihat semua orang? Moga sihat sejahtera aku doakan :)

Baru-baru ni aku ada terdengar berita tentang kematian seorang bapa rakan ku. Aku tahu perit untuk rakan ku menelannya. Namun tidak sedikit pun dia kelihatan lemah di hadapan semua orang. Dia masih mampu tersenyum walaupun matanya masih lagi berair.

Aku terdiam. Mata aku masih melihat dia. Aku tahu jauh dilubuk hatinya, dia masih menangis. Aku mendoakan supaya Allah membantu untuk memberi kekuatan kepada rakanku itu. Kerana aku tahu, tiada apa yang menyakitkan daripada kehilangan ahli keluarga sendiri. Tiada ganti, hanya memori. Al-Fatihah buat ayah mu sayang. Semoga arwah berada di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Seperti yang kita tahu, di Palestine, setiap hati mereka kehilangan orang yang mereka sayang. Begitu tinggi dugaan mereka di sana. Itu tandanya mereka beriman. Lebih tinggi dugaan seseorang itu, lebih sayang Allah kepada mereka. Tapi kita di sini? Baru gaduh dengan ayah ibu, dah mendoakan supaya mereka meninggal dunia. Astaghfirullahalazim. Apa nak jadi dengan dunia kita sekarang?

Dik, hilang nyawa tak sama dengan hilang dari pandangan mata. Kita berpisah dengan pakwe/makwe kita, kita menangis beria-ria seperti kita baru sahaja kehilangan mereka dari dunia. Jangan tangisi orang yang hilang dari pandangan mata kita. Itu bererti Allah mempunyai jalan yang lebih bermakna buat kita. 

Walaupun senang untuk orang lain memberi nasihat, namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. InsyaAllah susah senang semuanya datang dari DIA. Kalau susah yang DIA beri, esok lusa DIA bagi senang pula dekat kita. Bersangka baik lah rakan. Tak rugi apa pun kita bersangka baik pada Allah :)


Melupakan; itu mungkin mengambil masa. Terkadang bergantung kepada apa yang kita simpan sebagai kenangan. Terkadang bergantung kepada apa yang telah kita lalui. Terlalu banyak yang kita kongsi? Maka akan banyak masa yang kita ambil untuk melupakan.

Terlalu banyak yang kita harapkan terjadi? Maka akan banyak masa juga diperlukan untuk merawat hati. Semakin banyak yang kita bina bersama, maka semakin payah untuk kita melaluinya sendiri. Tapi, DIA ada. Dan sebaik-baik tempat meminta adalah padaNYA.
 
Ambillah masa. Pedulikan mereka yang berkata dan terus berkata. Bila hati terluka, maka pujuklah diri.



Kehilangan seseorang akan buat kita hargai orang lain yang datang mengganti. Iye, yang datang tak akan sama dengan yang telah hilang. Tapi, itu buat kita percaya bahawa bila DIA ambil maka itu adalah hakNYA. Bila DIA beri itu adalah kurniaanNYA.

Kehilangan bukan hanya membuat kita menghargai, bahkan membuat kita belajar, bahawa akhirnya, semua orang akan pergi .. suatu hari nanti. :’)

Redhalah atas takdir dan ketentuanNYA. Moga DIA juga redha atas kita, selaku hambaNYA. Dan tentulah DIA punya sebab munasabah yang jelas lagi baik, mentakdirkan begitu dan begini kepada kita. Belajarlah berkata, bahawa bukan doa dan pinta kita yang DIA tidak kabulkan, tapi hanya DIA tangguhkan atau DIA gantikan, dengan yang lebih baik, lebih sesuai, bahkan mungkin lebih banyak hikmah dan manfaat.

InsyaAllah. ;)





Hilang orang yang kita sayang tak bererti dunia kita sudah berakhir. Bersabar lah. Allah ingin mengajar kita tentang kesabaran. Dan juga erti redha. DIA tahu apa yang DIA lakukan. Bersabar lah walaupun di hati sudah terasa seperti berputus asa. Tabahkan diri. Kita boleh! :')





* Semoga kita mampu untuk tersenyum walaupun dugaan datang bersilih ganti. InsyaAllah.


Wednesday, November 7, 2012

BESAR.






 

Between Him and you, 
There is always a spark of hope. 






Besar mana dugaan ku, 
besar lagi dugaan mereka.
 

Besar mana kesedihan ku, 

besar lagi kesedihan mereka.


Besar mana kehilangan ku, 

besar lagi kehilangan mereka.


Besar mana tangisan ku, 

besar lagi tangisan mereka.


Besar mana rintihan ku, 

besar lagi rintihan mereka.


Besar mana seksa ku, 

besar lagi seksa mereka.


Besar mana kepayahan ku, 

besar lagi kepayahan mereka.


Besar mana masalah ku, 

besar lagi masalah mereka.


Besar mana luka ku, 

besar lagi luka mereka.
 

Besar mana lelah ku, 

besar lagi lelah mereka.


Besar mana sabar ku, 

besar lagi sabar mereka.


Besar mana usaha ku, 

besar lagi usaha mereka.


Besar mana angan-angan ku, 

besar lagi angan-angan mereka.


Besar mana kesungguhan ku, 

besar lagi kesungguhan mereka.


Besar mana ujian ku, 

besar lagi ujian mereka.


Besar mana lubang di hati ku, 

besar lagi lubang di hati mereka.





Walau banyak perbezaannya di situ, namun terdapat satu perkara yang sama besarnya antara aku dan mereka mereka ini.





... Doa kami.












Ada manusia yang lebih terseksa namun sifat sabar mereka jauh lebih tinggi dari kita. Jangan mudah menyalahkan takdir. Allah tidak akan mengubah takdir seseorang itu jika seseorag itu tidak berubah mahupun mengubahkannya. Dan ingat lah, hanya doa mampu mengubah takdir kita dengan izinNya.


Kalau kita rasa kita paling sedih di dunia ini, ingat lah; ada yang lebih sedih dari kita. 


Dan mereka yang sentiasa kelihatan ceria? Jangan tertipu. Mereka menyimpan seribu satu kesedihan. Mereka adalah manusia yang paling sedih di dunia ini.
 


Assalamualaikum.



* Tabahkan hati. Allah lebih mengerti.


Thursday, November 1, 2012

From Thousand Back To Zero.








It’s really scary when you get attached to someone. 



You spend time with them, you get to know them. You find yourself knowing their favorite color, food, movie, song. You discover their flaws and their talents. 


And as time goes on, you learn more and more, absorbing every second of detail without even realizing it. Then one day, you wake up and realize how much this person actually means to you, and you love them for every strength and weakness. 


They make you feel warm and secure, but most of all, they bring you happiness. And to bring happiness to someone in such a way is a strong and powerful thing. It could break a person completely.


And then, the next day ..







You found yourself feel nothing. 



Nothing at all. You still love them, but the feelings aren't that strong anymore. You've tried so many times and you get bored. 


Whatever that used to have before, have completely gone. You've tried to be strong but you can't. You make people fall for your smile but little they know, you smile to keep yourself from crying.


You wanted them to fight for you, but you have no strength to do that anymore, because you've done this so many times and they should know what to do by now. And tears has become your bestfriends when no one really there for you.


You wanted that feelings badly. The feelings where you used to have before. You wanted to be happy again..


..  not alone but with them.



You just totally lost.




" In a relationship, when communication starts to fade, everything else follows. "


 




Tuhan, mungkin saya terlalu banyak mengulang namanya di dalam benak. Maka tolonglah, jika memang bukan, mohon tunjukkan.

Amin Ya Rabb :')





* Value everything in your life before God take it back from you.

    
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space