Assalamualaikum.
Selalu sangat bila kita tengok cerita-cerita dekat TV/Wayang, mesti dalam cerita tu ada sorang yang berwatakkan dua perangai. Contohnya, depan orang lain dia seorang yang alim, ulama', tapi bila dia bersendirian, dia umpama syaitan yang bertopengkan manusia yang terlalu jahat untuk kita terima. Selalu macam ni kan?
Tapi pernah tak korang jumpa orang yang berwatakkan di kalangan kawan-kawan seorang yang sentiasa gembira, tapi bila dia keseorangan di rumah, dia berubah menjadi seorang yang pendiam dan selalu kelihatan keseorangan? Mesti pernah bukan?
Ye, aku kini bukan bercerita tentang drama-drama di TV. Aku sedang berceritakan tentang diri kamu semua dan juga termasuk lah diri aku sendiri. Dari zaman sekolah memang aku sentiasa digelar "Friendly Girl"/"Happy Go Lucky Girl". Tapi mereka tidak pernah tahu watak aku yang lain di rumah. Aku lebih gemar menyendiri di bilik.
Bukan hendak menyepikan diri, cuma aku lebih gemar untuk diam dari bercakap bila di rumah. Keadaan seperti berubah secara mendadak bila aku balik dari kerja. Di tempat kerja aku, memang aku sentiasa ada senyuman di muka. Malahan di office sering kali gelak tawa aku memecahkan kesunyian di situ. Rakan-rakan aku sentiasa bingung bagaimana aku sentiasa mempunyai sebegitu banyak tenaga untuk sentiasa bercakap dan jugak ketawa.
Aku pun pelik kenapa bila aku di rumah, aku jadi orang yang lain. Bukan nak kata 24/7 aku duduk dalam bilik. Selalu jugak aku keluar ke ruang tamu untuk bermain bersama anak buah aku. Dan juga berborak-borak bersama keluarga ku. Tapi bila aku rasa seperti ingin menyendiri, aku akan terus masuk ke dalam bilik aku.
Pernah alami seperti ini? Aku percaya, hampir 90% pembaca blog aku akan berkata YES. Setiap orang ada watak yang berlainan apabila mereka bersama dengan orang-orang yang tertentu. Seperti aku, bersama kawan aku memang seorang yang hyper dan jugak seorang yang sentiasa ada gelak tawa di setiap perbualan ku. Namun bila di rumah, aku jadi seorang yang lebih memilih untuk mendiamkan diri dan bercakap hanya bila perlu.
Makin lama aku pendam perasaan aku yang makin lama makin menggunung ni, semakin aku kerap menyendirikan diri aku di dalam bilik. Seperti aku tidak mahu membebani keluarga mahupun kawan-kawan aku. Sebab itu aku diam di rumah, dan hyper bersama kawan. Alhamdulillah, mereka semua tidak pernah sedar yang aku letih di dalam hati. Kadang-kadang gembirakan hati orang lain lebih baik dari hati sendiri kan?
Aku : I happy sangat bila dekat office. Selalu ketawa-ketawa. Macam tanak balik pun ada. Sebab tu selalu stayback.X : Hmmmm. Sebab you nak sorokkan stress/sedih you kan?Aku : *silence*
Mungkin hanya dia seorang yang faham aku? Mungkin hanya dia seorang yang sedar sebenarnya disebalik senyuman dan gelak tawa aku, terselit sedikit cebisan dari hati seorang perempuan yang sentiasa memendamkan perasaan dia seorang? Mungkin hanya dia seorang yang mampu untuk baca aku?
Mungkin :)
Setiap orang ada side happy dan side sedih mereka. Cuba buka mata luas-luas, dan fahami seseorang tu tanpa memerlukan mereka untuk bercerita kepada anda. Kadang-kadang dengan sebuah senyuman sahaja kita mampu melihat derita seseorang itu hanya dengan memerhati dengan lebih teliti sahaja :')
Tak bermakna jika di muka orang tu selalu ada senyuman dia seorang yang gembira dan hidup mereka jauh lebih baik dari anda. Mungkin sahaja mereka sedang bertahan dan berdoa kepada Allah supaya sentiasa berikan ketabahan kepada mereka supaya mereka mampu untuk menghadapinya.
Orang yang sentiasa gembira itulah selalunya mempunyai cerita yang teramat sedih yang mereka simpan seorang diri. Disebalik senyuman di bibir itu, sentiasa ada air mata yang membasuh luka-luka di hati mereka setiap malam.
Dua watak dalam 1 badan, 1 cerita yang sentiasa tiada siapa pun yang mampu untuk fahaminya. Melainkan diri kita sendiri.
Bertahan lah wahai rakan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Berdoa lah sentiasa supaya diberi ketabahan untuk menangani semua rintangan di dunia. Kelak di Syurga nanti, kebahagiaan itu milik kita :)
Apa yang anda lihat dengan mata anda mungkin adalah satu penipuan semata-mata :)
Bongok moment bersama suami pertama.
Gambar di tangkap oleh suami terakhir (que) - Sila rujuk gambar di sebelah ini ---->
Haha! :D
2 Heart(s) Screaming.:
yess...mmg mcm tu..kalu kat tempat keje,mmg super duper hipetaktif kn..realiti kat rumah,loner dan diam je..bilikku syurgaku...tu laa tempat paling menyelesakn..huhu..kurang lebih la kite.. :)
Eh, a'ah la..sama!
Post a Comment