Assalamualaikum :)
Apa khabar semua? Moga sihat walafiat hendaknya. Aku; Alhamdulillah. Biasa lah, ada naik turunnya. InsyaAllah aku boleh hadapinya dengan tabah.
Dah lama rasanya aku tak berceloteh kat blog ni kan? Mesti korang semua bosan je kan balik-balik blog ni takde entry baru. *Bosannya blog Ieeko ni! Unfollow diaaaaa!*. Haha tak pasal. Serious, kerja membuatkan aku makin tiada masa untuk hapdet blog ni. Selalu balik kerja je, letih. So bila letih, nak menyampaikan cerita dengan hebatnya pun tak boleh *bajet hebat la selama ni cara penyampaian cerita kau Cikun?*
Aku selalu kena marah dengan kawan aku, Cik yam [Mayam!! Nama awak keluar kat blog kita ;)] - dia selalu bising cakap "Pemalas kan nak update blog Cikin ni!!". Haha yeah, aku sedar tu. Memang sekarang ni kemalasan aku tu meluap-luap. Bila dah penat, semua benda pun tak heran kecuali tidur, tidur, dan tidurrrrrrrrrrr.
Hurmm hurmmm hurmmmmmmm. Harini macam nak buat entry topic "kuat". Taktahu la kenapa, tapi just rasa macam nak cakap pasal benda tu. For the past few months, aku asek dapat feedback dari ramai orang yang menyatakan aku ni sebenarnya seorang yang 'kuat'. Aku taktahu dari angle mana mata diorang tu nampak aku ni kuat.
And I only found two comments, satu dari FB, and satu lagi dari Twitter. Malas nak cari yang lain. Sebab dah jauh ke bawah. Tak larat nak scroll lama-lama. Naik pusing otak and mata ni nanti hehehe :)
And I only found two comments, satu dari FB, and satu lagi dari Twitter. Malas nak cari yang lain. Sebab dah jauh ke bawah. Tak larat nak scroll lama-lama. Naik pusing otak and mata ni nanti hehehe :)
Sweet kan diorang ni? Actually bukan diorang je, ramai lagi yang sweet sokmo kebelakangan ni. Tapi bak kata aku, aku kemalasan nak scroll mencari :P Hihi.
To be honest, aku taktahu tang mana dalam diri aku ni yang boleh di-consider-kan sebagai 'kuat'. Sbb untuk aku, aku ni kalau rapuh, aku memang rapuh sampai ke bawah tanah. Tapi kalau aku kuat, insyaAllah aku boleh kekal macam tu. Tengok jugak la sebenarnya. Kalau benda yang kena mengena dengan hati aku, memang aku boleh jadi kuat.
It's true you know what people always cakap; You don't know how strong you are until being strong is the only choice you have <---- this is so true. Kau tak akan tahu betapa kuatkan kau sebenarnya sehingga la menjadi kuat adalah satu-satu nya harapan yang tinggal dalam hidup kau. Mungkin untuk kau, kau selemah-lemahnya manusia dalam dunia ni, tapi percayalah, akan tiba satu saat di mana kau akan sendiri terkejut dengan kekuatan kau sendiri :)
As what many people always do, they stalk - So diorang stalk blog aku sampai lah entry-entry lama pun diorang baca. So they have the idea how bad I was hurt before this. But I managed to stand on my feet, alone. Dengan bantuan Allah S.W.T, semua benda yang kelihatan besar untuk kita, menjadi kecik serta merta. Bila Allah kata "BOLEH!", maka "BOLEH" lah kita.
I stood alone, sampai lah aku jadi macam mana aku jadi sekarang ni. Actually semua orang kuat sebenarnya. It's the mind that you need to change. Some people baru couple 3 bulan, masih tak boleh get over ex dia dah nak dekat 3 tahun. And aku pulak, couple 4 tahun, tapi got over my ex less than a year. Pretty epic kan? Amazing - yeap.
Actually takde benda sangat pun yang aku buat untuk menjadi kuat. All I did was; aku psycho diri sendiri yang aku ni kuat and I will prove that to everyone yang underestimate me. That's all. Bila kau ada rasa macam tu, memang kau akan berjaya. Setiap kali kau rasa lemah dan 'jatuh', selain berdoa kepada Allah, kau kena tolong diri kau jugak. Kau kena push diri kau sendiri untuk menjadi kuat. Sebab masa tu, kau akan keseorangan. Tiada siapa yang boleh bantu.
Benda tak akan jadi kalau diri sendiri yang taknak benda tu jadi, kan? Macam perubahan dalam diri, kalau orang lain suruh kau berubah jadi orang yang kuat solat, walaupun beribu orang paksa kau, tapi diri kau taknak, memang benda tu sampai bila-bila tak akan jadi. Kan? So sama jugak dengan menjadi kuat ni. Kalau kau tak paksa diri kau sendiri, macam mana benda tu nak jadi?
Ingat, Allah suka kan hambaNYA yang berusaha. Kalau kau doa kepada Allah untuk menjadikan kau kuat, tapi kau sendiri takde usaha apa-apa yang boleh membuatkan kau menjadi kuat, manakan nak menjadi? Itu serupa seperti kau nak panaskan makanan dalam microwave, dan mengharapkan suis microwave tu akan secara automatic nya akan on dan panaskan makanan kau tu. Faham?
Kadang-kadang orang salah faham jugak dengan 'kekuatan' aku ni. Kadang-kadang tu, kerana menjadi terlalu kuat, aku ketepikan segala keperluan manusia seperti salah satunya; bercinta. Aku memang tak lsg terbukak hati ni untuk mana-mana lelaki. Bukan kerana takut dikecewakan lagi, tetapi kerana aku dah menjadi terlalu kuat untuk tidak lagi terpedaya dengan cinta dan mainan dunia ni. InsyaAllah, ada jodoh; Allah akan sampaikan juga jodoh aku tu kan?
Akan sampai satu masa tu, hati aku akan terbukak jugak untuk mana-mana lelaki. Akan sampai juga satu masa tu, dari kuat; aku menjadi lemah serta merta. Itu dinamakan "Ketentuan Allah". Walau kuat mana pun kau nak jadi, kalau Allah kata "Lemah lah kau Wahai HambaKU!"; kau akan lemah jugak :')
Tak dinafikan, aku ada jugak moment-moment jatuh aku. Tapi sampai bila nak terus jatuh kan? Mesti lah aku kena paksa diri aku supaya jadi kuat. Untuk siapa? Untuk diri jugak. So sama jugak dengan korang semua, kalau nak jadi kuat, then jadi lah kuat.
Tapi ada dua perbezaan tentang kuat ni.
1. Kuat pertama.
- Kuat pertama ni di mana orang ni dia perlu menjadi kuat kerana dia sentiasa mahu kelihatan kuat dan juga, mereka seorang yang ego. Dia tanak orang nampak kelemahan dia. Tapi sebenarnya, orang yang sentiasa berlagak kuat ni adalah orang yang paling lemah. Sebab tu mereka perlu berpura-pura menjadi kuat.
2. Kuat kedua.
- Kuat kedua ni pulak, bila dia menjadi kuat secara semulajadi apabila sentiasa disakiti dan di ambil kesempatan oleh ramai orang. Mereka dulu adalah dalam golongan yang lemah. Tetapi semakin lama, mereka menjadi kuat. Dan sebenarnya mereka lebih kuat dari orang yang sentiasa berlagak kuat kerana ego itu :)
Jadi, mana satu anda? Pilih lah kuat kedua itu. Belajar dari kesilapan. Jaga hati anda sendiri. Kerana kalau anda jadi seperti kuat yang pertama tu, kemungkinan untuk anda menjadi lemah seperti orang yang tidak makan seminggu; memang sangat tinggi.
Ingat, semua benda kalau kita nak, kita kena usaha. Semua orang sebenarnya kuat. Cuma cara anda untuk menjadi kuat tu yang berlainan. Psycho diri sendiri. Remind yourself everyday that you are strong and nothing can bring you down. InsyaAllah, apa jua halangan yang datang, kita boleh hadapinya setabah mungkin :')
Mr.X-Man : I nak sangat jadi kuat macam you.
Me : Huh? Kuat macam I?
Mr.X-Man : Yeah ..
Me : Kuat macam mana? *gelak* I tak kuat lah.
Mr.X-Man : You kuat.. dari segi luaran dan dalaman. Orang sakitkan hati you pun, you still boleh layan orang tu sebaik mungkin. I nak macam tu.
Me : .............
Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakit dan lemahnya aku kadang-kadang, tapi apa salahnya kita memaksa diri menjadi kuat dan memaafkan mereka yang menyakiti kita? Kalau Allah boleh memaafkan kita atas segala dosa kita, mengapa kita tidak boleh memaafkan sesama kita? Lagipun, jika kita buat semua benda kerana Allah, insyaAllah kita akan kecapi bahagia dunia akhirat. Dan itu yang aku mahu :')
* Lebih baik menjadi lemah dan bertukar menjadi kuat, daripada berlagak menjadi kuat dan akhirnya jatuh tersungkur lemah.
2 Heart(s) Screaming.:
bismillah. saya selalu jadi silent reader blog akak. sungguh! kadang saya juga mahu jadi kuat, kuat hati bila orang khianati kita. dlm prsahabatan trutamanya..
kadang mulut kata maaf, tapi hati sebaliknya.
ur entri really inspired me.:)
@nabielah,
Alhamdulillah. Semoga apa yang awak cakap tu semuanya benar. Yang baik dtgnya dari Allah, yang buruk semuanya dari cara penulisan saya :')
Be strong for Allah sayang.
Post a Comment