Saturday, May 19, 2012

Tentang Dia :)








Aku berdoa kepada Allah supaya temukan aku dengan seorang lelaki yang tidak akan pernah menduakan aku - DIA datangkan 'dia'.

Aku berdoa kepada Allah supaya temukan aku dengan seorang lelaki yang tidak akan pernah menyalahgunakan aku - DIA datangkan 'dia'.

Aku berdoa kepada Allah supaya temukan aku dengan seorang lelaki yang boleh membimbing aku - DIA datangkan 'dia'.

Aku berdoa kepada Allah supaya temukan aku dengan seorang lelaki yang boleh mengubah ku ke arah kebaikkan - DIA datangkan 'dia'.

Aku berdoa kepada Allah supaya temukan aku dengan seorang lelaki yang boleh mengajar ku tentang soal agama - DIA datangkan 'dia'.

Aku berdoa kepada Allah supaya temukan aku dengan seorang lelaki yang akan selalu dekatkan aku kepadaNYA - DIA datangkan 'dia'.

Aku berdoa kepada Allah supaya temukan aku dengan seorang lelaki yang sayangkan-NYA lebih dari diriku - DIA datangkan 'dia'.



Assalamualaikum sahabat semua. Moga sehat sejahtera aku doakan kalian semua :)


Jujur, jarang sekali aku bercerita tentang 'dia' di dalam blog aku ini. Atau nama glamor dia di blog aku : Mr.X-Man. Tetapi semalam aku mendapat satu phone call dari seorang kawan aku yang cuba untuk mengorek sedikit sebanyak tentang Mr.X-Man ini.



Nadia : Ieeko, siapa Mr.X-Man ni? I nak sangat-sangat tahu. I bet bukan I sorang je yang nak tahu, semua yang baca blog you pun teringin nak tahu siapa this lucky guy!
Nadia : You tak payah bagitau nama dia siapa, just bagitahu I dia umur berapa. Sebab the way you cerita pasal dia, dia nampak matang sangat.
Nadia : Please? Bagi lah tahu I siapa dia. Bukan I nak cari pun siapa dia.


Tapi apa yang aku mampu lakukan ialah hanya senyum sambil berkata "Siapa dia, biarlah menjadi rahsia. Hanya Allah sahaja yang tahu".


Jujur, dia lah sebaik-baik lelaki yang pernah aku kenali. Walaupun dia kerap buat hati aku penuh dengan rasa yang bercampur aduk, air mata mengalir disebabkan dia, tapi dia lah satu-satunya lelaki yang sering di dalam percakapannya membuatkan aku sentiasa ingat akan Allah. Ingat akan takdir Allah. Ingat akan semuanya di dunia ini, milik Allah.



Mr.X-Man : I takut nak berjanji. I tanak berjanji and buat you terlalu berharap. Sebab jodoh kita taktahu siapa. I takut kalau I cakap I nak kahwin dengan you, and Allah's plan prove otherwise, you akan sakit. I percaya pada Qada' dan Qadar Shikin. Kalau ada jodoh tak kemana. InsyaAllah.
Me : I faham. InsyaAllah, I pray for that.
Mr.X-Man : Jujur, I memang nak you jadi isteri I suatu hari nanti. Tapi I tanak terlalu berharap. Kalau I dapat you, syukur Alhamdulillah. Kalau lelaki lain yang dapat you, orang tu lah yang paling bertuah. Dan I doakan jodoh you baik-baik orangnya.
Me : ....


Aku tahu, cintakan manusia melebihi dari Yang Maha Esa itu berdosa, dan aku sejujurnya sedang berlawan dengan perasaan sendiri supaya tidak menyayangi dia lebih dari rasa sayangnya aku kepada Allah.


Bila kita dah berjumpa dengan orang yang boleh membuatkan iman kita makin kuat, yang sentiasa ingatkan kita kepadaNYA, yang sentiasa lebihkan DIA dari kita, siapa yang ingin kehilangan orang tersebut kan?


Bila bercakap tentang dia, terasa kekok sedikit. Seperti banyak kebaikkan dia yang aku tidak dapat bicarakan di sini. Bukan ingin mengagung-agungkan dia di mata kalian semua, tapi hanya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang seseorang yang aku rapat. Tidak salah bukan?


Jujur, aku bukanlah milik dia, dan dia bukanlah milik aku. Tapi aku tidak pernah jemu berdoa supaya dia akan menjadi milik aku suatu hari nanti kelak. Mungkin dia tidak pernah doakan supaya aku menjadi milik dia, kerana terlalu ramai wanita beriman di luar sana yang nak dibandingkan dengan diri aku yang terumbang ambing dengan hidup aku sendiri. Iman yang masih tidak kuat di dada, apetah lagi dosa-dosa yang makin menebal di dada.


Jadi tidak terkejut lah aku jika suatu hari nanti dia bakal menjadi milik orang lain. Walaupun aku pasti akan berasa sedih, namun aku akan redha jika itulah ketentuan Allah. Mungkin dia terlalu baik untuk aku.



Mr.X-Man : Kalau I ada kawan lelaki yang baru I kenal beberapa bulan, dan I kena pilih antara you ataupun kawan I tu. I pilih kawan I.

Me : Kenapa?

Mr.X-Man : Sebab dia lelaki, dan you perempuan.


Sahabat itu lebih penting dari perempuan di mata dia. Dia bukanlah seperti mana-mana lelaki yang sering meletakkan perempuan di tangga teratas di hati mereka. Di hati dia, yang pertama adalah Allah. Kemudian Rasulullah, kemudian ibunya, dan keluarga. Dan sahabatnya. Aku, hanyalah berada di bawah antara yang paling terbawah.



Mr.X-Man : Dua perempuan yang I paling sayang kat dunia ni - you and mak.


Cukup. Cukup untuk aku berasa gembira walaupun hanya itu yang pernah keluar dari mulut dia. Demi Allah, dia tidak pernah berkata sesuatu yang manis dekat aku. Walaupun sebagai seorang wanita, untuk tidak mendengar kata 'sayang' dari seorang lelaki yang dia paling sayang adalah sukar dan sedih, namun aku cuba untuk menjadi kuat kerana aku tahu, sayang itu tidak perlu diungkap :)


Sedikit sebanyak, ramai yang berkata aku kini makin berubah. Ada yang suka dan ada yang kurang selesa dengan perubahan aku ini. Tapi aku tahu, bukan senang nak puaskan hati semua manusia. Jadi cukup lah kalau aku puaskan Allah S.W.T sahaja :)


Pernah aku meminta izinnya untuk meng-upload-kan gambar kami berdua di halaman Facebook aku, tapi dia menolaknya baik-baik. Bila aku bertanya mengapa, jawapan yang terkeluar dari mulut, hanya Allah sahaja yang tahu betapa hormatnya aku kepada dia.


Mr.X-Man : Jangan. Kalau boleh jangan upload gambar kita berdua. Sebab gambar tu boleh mendatangkan fitnah.


Entry ini bukan lah untuk berkata aku ataupun Mr.X-Man adalah sebaik-baik manusia di muka bumi ini. Tidak pernah terlintas difikiran untuk ada niat sebegitu. Aku hanya ingin menjawab segala pertanyaan-pertanyaan yang sering diajukan kepada aku bila berkaitan tentang Mr.X-Man.


Bukan tanak bagitahu, tapi aku dah belajar dengan kesilapan aku yang dulu. Bila kita terlalu 'expose' kan orang yang kita sayang, dan bila hubungan itu tidak menjadi, kita juga yang malu. Kita juga yang sedih. Jadi aku tanak pisang berbuah kali kedua. Cukup lah sekali. Aku dah belajar dari kesilapan.


InsyaAllah, kalau benar Mr.X-Man ini adalah jodoh aku, namanya yang tertulis di Luh Mahfuz, dan aku lah tulang rusuknya yang hilang, InsyaAllah kalian semua akan tahu siapa lelaki yang berjaya menambat sedikit sebanyak hati aku ini :')


Dan aku tahu, lambat laun Mr.X-Man akan baca entry ini, jadi aku nak dia tahu yang aku tulis entry ini bukan untuk impress kan dia, tapi untuk beritahu dia yang aku hormatkan dia.


546, I know you will read this, and you will act like you've never read this before. But seriously, I respect you, and I thanked you for what you've done all this while. You've changed me for better. And May Allah bless you and grant you a place in His beautiful Jannah. And I pray that you'll be the one that is going to hold my hand when we enter Paradise. I pray for that. InsyaAllah, Amin :')





Kawan mak aku : Haa lepas ni Shikin lah pulak ye kahwin?

Aku : Eh tak lah auntie. Lama lagi la Auntie. Ehehe.

Kawan mak aku : Ha Shidah? Lepas ni Shikin ke kahwin? Ke you tak bagi dia kahwin awal?

Aku : Haa auntie tanya lah mama hehe.

Mak Aku : Eh ape pulak. Kalau jodoh dia datang awal, lagi bagus. Mama setuju je.

Aku : *Dalam hati : Alhamdulillah. Amin* - InsyaAllah ma.
InsyaAllah.


Ma, doakan Shikin dapat jodoh yang elok dan baik orangnya. Shikin nak jadi orang yang berguna di dunia ni ma. Dan kelak di akhirat juga :')





Me : You tau tak kahwin awal tu best?

Mr.X-Man : Tau. Dah nama pun kahwin.

Me : Maksud you?

Mr.X-Man : Yela, nama pun kahwin. Kahwin tu kan best. Nikmat. So awal or cepat, dua-dua pun best :)


Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata,
“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”


InsyaAllah, di mata aku, aku lihat dia sebagai seorang yang mampu untuk membimbing aku. Aku berdoa supaya dia yang akan menjadi imam solatku, dia yang akan menjadi bakal suami dunia akhirat ku, dia yang akan menjadi bakal ayah kepada anak-anak ku, dan dia yang akan menjadi 'tangan' yang menarikku di dalam Syurga Allah kelak.


Tapi jika bukan dia yang tertulis sebagai jodoh ku, pasti dia yang akan menjadi salah satu manusia yang paling aku hormat di dalam dunia ini.



Ya Allah, jika benar dia adalah jodoh ku, bersujud syukur aku kepadaMU, namun jika kententuanMU adalah lain dari apa yang aku doakan, maka aku berdoa dengan sungguh-sungguhnya supaya hati ini dapat damai dengan takdirMU. Kerana sesungguhnya Engkau lebih mengetahui akan apa yang elok buatku.


Bercinta selepas kahwin - itu yang aku mahu. Moga lepas ini tiada pertanyaan lagi yang diajukan tentang dia, dan pinta ku hanya lah doa dari kalian semua. Assalamualaikum :)



* I’m falling more and more for him each time I see him, I never knew I could love again, not only that but this love is better than any other love I’ve once felt before. And I pray for this will be the last. Amin.

1 Heart(s) Screaming.:

Ieeko. said...

@armouris

Thanks for sharing. InsyaAllah ada masa saya jenguk :)

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space