Sunday, May 13, 2012

#PEREMPUAN.







Pesanan buat kaum Adam, jangan gurau sebarangan dengan hati perempuan. Mungkin nampak teguh, tapi hakikatnya hati ini mudah terusik. Dan sesungguhnya kekuatan seorang wanita itu berasal dari penderitaannya :')



Assalamualaikum.


Wah lama gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku tak hapdet blog kusam busuk masam lemau aku ni kan. Alhamdulillah ada lagi pembaca setia aku kat sini :) Hmm lately ni aku sering kekurangan idea nak tulis apa. Kadang-kadang tu terasa macam loser kejap pun ada.


Ramai orang tweet aku tanya bila nak update entry terbaru, tapi tu lah, jawapan dia masih lagi sama 'Insyaallah nanti'. Nanti tu bila pun aku tak tahu. Ngehhh.


So dengan request yang banyak, aku pun amek la tajuk yang paling tiptop dalam blog aku ini iaitu tentang perempuan. Siapa je kan tak suka baca tentang perempuan? Bagi yang perempuan, mungkin mereka akan terasa apabila baca entry aku ni, dan bagi yang lelaki, mereka akan dapat belajar tentang perempuan.


Perempuan - bila sebut aje, semua akan menggambarkan perempuan ini makhluk Allah yang paling cantik di muka bumi ini. Sebut saja perempuan, semua akan menggambarkan dia seorang yang lemah. Lemah dalam semuanya.


Memang benar, perempuan sangat lemah. Kami mampu menangis atas sebab-sebab remeh sahaja. Tapi sila jangan amek benda ini sebagai benda remeh, kerana tidak mungkin perempuan itu nangis bukan atas sebab sayang. Kerana sayang perempuan menangis, kerana sayang perempuan setia, kerana sayang perempuan bersabar.


Ramai cakap perempuan ni suka marah, cerewet, kaki control. Tapi pernah korang fikir, kenapa mereka buat macam tu? Mungkin kadang-kadang sebab mereka nak buat macam tu tak masuk akal, tapi semuanya mereka buat atas sebab sayang. Mereka bising, mereka marah, itu tandanya mereka sayang. Perempuan gemar berfikir panjang untuk orang yang mereka sayang tetapi tidak untuk diri mereka sendiri.


Jom kita selidik perangai wanita kebanyakannya :)


1. Perempuan hatinya mudah terusik.

Cuba letak seekor anak kucing yang kelaparan di tengah-tengah jalan, mustahil untuk seorang perempuan itu tidak berkata "Ya Allah kesiannya anak kucing tu!" kadang-kadang itu sambil berkaca-kaca mata mereka. Cuba bayangkan, kalau anak kucing pun hati mereka mudah tersentuh, inikan pulak dengan kata-kata manusia? Apetah lagi jika ayat-ayat pedih itu dikeluarkan oleh mulut orang yang paling mereka sayang?

Kadang-kadang gurauan kita tak semuanya kelakar, ia juga boleh mengguriskan hati manusia. Lagi-lagi hati lembut seperti perempuan. Jadi tolong berfikir dahulu sebelum bersuara. Kadang-kadang terlalu jujur pun tidak bagus juga.


2. Perempuan sanggup ketepikan hati mereka demi orang yang mereka sayang.

Perempuan sering tunduk dengan kata-kata hati mereka hanya kerana orang yang mereka sayang. Contohnya, jika benda itu mereka terlalu mahukan, tetapi orang yang mereka sayang tidak gemar melakukannya, maka mereka - perempuan, walaupun di dalam hati meronta-ronta, mereka sanggup 'tutup mata' dengan hati sendiri yang menangis hanya kerana ingin menjaga hati orang yang mereka sayang.

Bukan senang untuk melawan kata hati. Jika mereka sudah terbiasa dengan sesuatu perkara itu, sungguh sukar bagi mereka untuk tutup mata dengan perkara itu. Tapi mereka tetap buat kerana bagi mereka, jaga hati manusia lain lebih baik dari hati mereka sendiri.


3. Perempuan bila dah sayang, mereka sayang sepenuhnya.

Kami memang mudah untuk sayang orang. Semua orang kami boleh sayang. Tapi bila aku kata 'perempuan bila dah sayang, mereka sayang sepenuhnya', ianya hanya milik satu insan sahaja. Yakni lah bahawa bila perempuan itu sudah mula menyayangi seseorang itu, perasaan putus asa itu sungguh jauh sekali di dalam hati. Walau banyak mana pun hati mereka itu disakiti, walau banyak mana pun mereka dikecewakan.

Perempuan memang complicated, tapi bila tentang sayang dan perasaan, perempuan tidak pernah utamakan hati mereka sendiri untuk orang yang mereka sayang. Bagi mereka, orang yang mereka sayang itu lah yang diutamakan.


4. Perempuan sanggup turunkan ego mereka untuk orang yang mereka sayang.

Pernah dengar perempuan ego? Pernah bukan? Tetapi ianya seperti 10 tahun sekali. Jarang sekali ego disamakan dengan perempuan. Ego selalunya akan disamakan dengan lelaki. Jujur, aku sering terjumpa dengan perempuan yang egonya meluap-meluap ingin keluar dari hati mereka tetapi mereka masih mampu untuk menurukan ego itu untuk orang yang mereka sayang.

Seperti aku, ego aku tidak kurang tingginya. Tapi tiada apa yang mampu menjatuhkan ego itu dari perasaan sayang yang sudah lama terbuku di dalam hati ini. Hati perempuan memang penuh dengan kasih sayang. Jadi jangan hairan lah kalau perempuan yang pernah berkata "Aku benci kau" mampu untuk berkata "Takpe, aku maafkan kau".


5. Perempuan senang termakan dengan kata-kata.

Tolong jangan tumpaskan wanita dengan kata-kata. Wanita memang lemah dengan kata-kata. Kami sanggup turunkan ego, kami tutup dengan hati kami sendiri, kerana itu kata-kata mudah untuk masuk ke dalam hati kami yang penuh dengan kasih sayang. Jadi tolong, jangan gunakan kami dengan kata-kata anda jika anda tidak maksudkan ia.

Perempuan sanggup melakukan apa sahaja jika kata-kata yang manis itu terkeluar dari mulut orang yang paling mereka sayang.


6. Perempuan ada yang lemah ada yang kuat.

Bukan semua perempuan itu lemah. Ada jugak yang kuat. Ianya terpulang dengan apa yang mereka sudah lalui di dunia ini. Kerana sesungguhnya,
kekuatan seorang wanita itu berasal dari penderitaannya. Kalau korang ada jumpa dengan perempuan yang sentiasa senyum dan ketawa dan yang perangai seolah-olah mereka tiada masalah lsg, jangan tertipu dengan lakonan itu. Mereka itu lah orang-orang yang sedang berusaha untuk menjadi kuat.

Penderitaan mereka mungkin korang tidak akan pernah tahu, tapi percayalah, apabila perempuan itu sudah kuat, tiada apa pun yang mampu untuk menjatuhkan mereka, walaupun orang yang mereka sayang.


7. Perempuan memang mudah menangis.

Ada yang kata kerana mereka lemah. Sudah tertulis yang sememangnya perempuan adalah insan yang paling halus hatinya di muka bumi ini. Kadang-kadang hati mereka diusik dengan kenangan lama, kadang-kadang diusik dengan kata-kata pedas oleh manusia-manusia, dan kadang-kadang bila hati mereka hanya diusik dengan perasaan rindu sahaja :')

Perempuan sering menangis kerana tiada kata-kata yang mampu untuk meluahkan rasa yang ditanggung oleh hati mereka. Perempuan jugak menangis apabila mereka tidak tahu cara apa lagi yang boleh mereka buat untuk menjadi kuat. Sesungguhnya, perempuan juga menangis kerana mereka mencari jalan lain untuk terus kekal menyayangi seseorang itu. Jadi sila jangan tutup mata akan hal ini.


8. Perempuan hati mereka jarang keras.

Seperti yang aku cakap, hati mereka halus dan lembut, jadi jarang kita akan nampak seorang perempuan itu mempunyai hati yang keras. Percayalah, apabila hati seorang perempuan itu keras, ia bukan kerana benda lain, tetapi ianya kerana mereka cuma menjaga hati mereka supaya tidak lagi disakiti.

Dan tolong, aku ulang sekali lg, jangan amek mudah dengan hati perempuan. Ia mungkin kerap berkata 'takpe, aku masih boleh bersabar lg', tapi bila ianya sudah tidak dapat sabar, apabila ianya bertukar menjadi keras, sungguh aku katakan, tiada apa yang mampu untuk melembutkan ia semula!


9. Perempuan sering meletakkan orang yang mereka sayang di tangga yang paling teratas sekali.

Walau penat sekalipun, jika orang yang mereka sayang mohon sesuatu dari mereka, dengan senang lenangnya seorang perempuan itu akan cuba memakbulkan ia. Walau mereka marah sekalipun, jika orang yang mereka sayang mohon sesuatu dari mereka, dengan pantas mereka akan cuba menggembirakan hati orang yang mereka sayang itu. Walau mereka kecewa sekali pun, tidak mungkin mereka akan berhenti untuk menjadi segala-galanya untuk orang yang mereka sayang.

Jadi tolong, aku mohon supaya hati kami ini tidak disakiti lagi oleh orang yang kami hargai. Mohon tolong jaga hati kami ini walaupun anda tidak reti. Mohon tolong jangan menyakiti hati ini jika anda tidak mampu membahagiakan kami.


10. Perempuan memang bodoh.

Bukan bodoh dalam pelajaran maksud aku, tapi bodoh dalam perasaan sendiri. Kami sering ambil mudah dengan perasaan sendiri hanya kerana orang yang kami sayang. Kami bodoh kerana kami terlalu asyik dengan kehendak orang yang kami sayang sehingga kami lupa akan wujudnya perasaan kami sendiri. Kami bodoh kerana kami tidak pernah dengar rintihan hati sendiri hanya kerana hati orang yang kami sayang lebih penting dari segala-galanya.

Kami bodoh kerana kami terlalu sayang sebelum benda itu pasti menjadi milik kami. Kami bodoh kerana kami terlalu memberi sebelum benda itu menjadi milik kami. Kami bodoh kerana kami terlalu percaya dengan apa yang dunia ini mampu untuk tipu kami. Kami bodoh kerana bila kami menyayangi, maka kami menyayangi sepenuh hati.







Pernah tak lelaki fikirkan apa yang seorang perempuan itu telah korban kan untuk mereka? Pernah tak terdetik untuk berfikir, semua pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka untuk anda semua? Aku percaya, memang pernah. Tetapi kerana ego yang tinggi melambung, membuatkan anda semua sombong dan bodoh untuk menunjukkan perhargaan kamu kepada perempuan itu.


Jangan kerana ingin sentiasa kelihatan cool dan macho, perasaan orang perempuan anda tidak pernah sama sekali pedulikan. Semua insan perlukan kasih sayang di muka bumi ini. Jika mereka sudah sayangkan anda, mengapa anda masih lagi berdegil dan ego untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka, wahai lelaki? Apa susah sangat kah?


Jangan bagi seribu alasan jika diri kamu sendiri memang tidak pernah mencuba untuk berubah, kerana sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W masih boleh lagi menunjukkan kasih sayang beliau kepada orang-orang yang menghina dan memperlakukan beliau seperti orang yang keji. Tapi mengapa beliau masih lagi mampu untuk memberi kasih sayang itu? Mungkin benar, beliau adalah nabi, kita hanya lah manusia. Tapi bukankah kita patut ikut apa yang Nabi kita lakukan?


Tepuk dada, tanya sakit ke tidak jika apa yang ada lakukan kepada kaum wanita, kami perlakukan ia semula kepada anda, wahai lelaki. Mungkin separuh dari kalian sudah mengangkat kaki untuk pergi meninggalkan kami. Tapi pernah terfikir, berapa kerat sahaja perempuan yang pergi meninggalkan kamu walaupun kalian sudah menyakiti hati kami ini?


Perempuan wujud di dunia ini bukan untuk kasih sayang mereka diberi kepada orang-orang lain, tetapi mereka juga wujud untuk menerima kasih sayang dari orang lain. Jika tidak, mengapa Allah jadikan manusia berpasangan, bukan? Tolong jangan ambil mudah dengan apa yang ingin aku sampaikan ini, sekali perempuan sudah bertekad, tiada apa yang mampu mengubahnya.


Hargai lah kami, belajar lah untuk berubah. Kerana bukan semua wanita mampu untuk terus disakiti. Allah beri kami 1 akal, 9 nafsu. Kerana 1 akal itu mampu untuk menundukkan 9 nafsu itu jika dibandingkan dengan kalian yang mempunyai 9 akal tapi tidak mampu untuk menundukkan 1 nafsu.


Sebelum kami melangkah pergi, cuba untuk belajar menghargai. Jika anda tidak berusaha, manakan benda itu akan menjadi? Dan perempuan, berusaha lah untuk menjaga hati kita sendiri, kerana sudah terbukti di dalam dunia ini kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Maka puas kan lah hati anda sendiri. Allah itu maha Adil. Percaya lah padaNYA :')




Hargai sesuatu itu sebelum terlambat.
Ingat, kadang-kadang tu bila kita tidak tunjuk yang kita hargai seseorang itu, Allah akan menarik mereka dari hidup kita. Kerana Allah sayangkan mereka sehingga Dia tidak mampu untuk melihat mereka disakiti.



* Perempuan, bersabarlah. Sesungguhnya sabar itu adalah islam. Dan lelaki, ingat, selagi nyawa kami dikandung badan, belajarlah untuk menghargai kami.


8 Heart(s) Screaming.:

insan biasa said...

Kadang kala...tak terlintas untk menyakiti...xbermaksud tidak menunjukan kasih syg pada kaum hawa..ber erti kami kaum adam tidak syg...cuma tidak mahu perhubangan yg suci ni jd kotor..dan biar lah apabila halal...segalanya akan terjawab...harap kaum hawa sabar dgn segala dugaan..

Ieeko. said...

@insan biasa

InsyaAllah kalau kami mampu :)

FaRieNa said...

saya suka entry nie.. blh tumpang share?

Ieeko. said...

@FaRieNa

Boleh. Silakan :)

Unknown said...

mmg indah kata2 ini,saya share ye :)

Ieeko. said...

@Eyka Farera Zulaikha

Silakan :)

Waniey Sabri said...

Tumpang share ye..:-)

irdagarmin said...

Nice

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Frame by Pixels and Ice Cream
Sponsored by Free Web Space