Yang lemah bukannya badan, tapi hati.
Yang kuat juga bukannya badan, tapi hati :')
Assalamualaikum.
Malam ni aku taktahu kenapa, tapi malam ni terasa macam dugaan tu tinggi sangat. Benda kecik je, tapi mungkin hati ni dah tak mampu nak tanggung kan? Akhirnya jatuh tersungkur jugak aku.
Tadi, aku bergaduh dengan salah seorang kakak aku. Mungkin Allah ingin menguji aku, sejauh mana aku boleh mengubah diri aku ini. Allah tidak akan mengubah sesuatu itu sehingga hambaNya itu mengubahkan ia sendiri kan? :)
Pergaduhan itu tercetus disebabkan benda biasa aje. Agak kelakar bila teringatkan semula. Tapi biasa la kan, semua itu asam garam berkeluarga. Antara adik beradik. Kalau takde pergaduhan, macam mana ikatan tu nak erat kan?
Well, we fought over small things. I was asking her nicely, and she was making faces while being silent for almost the entire of our conversation. And yes, I asked her for the second time - masa tu lah pergaduhan kitorang bermula. Dia bilang aku kurang ajar, kerana aku tanya dia untuk kali keduanya.
Aku terkedu. Apa salah aku disitu? Aku cuma bertanya. Dengan nada yang baik, bukan aku menjerit, bukan aku memaksa. Aku hanya berdiri di situ dan menunggu jawapan dari dia. Tapi dia diam membisu, sebab tu aku tanya kali ke dua. Terus dia berkata aku kurang ajar.
Apa silap aku? Apa salah aku? Di mana kurang ajar nya aku disitu? Well, itu semua aku telan aje. Aku pun tanya dia "Kurang ajar? Kurang ajar apa? I was asking you nicely, kak". And she replied "Ye la, kenapa nak kena tanya dua kali? Aku tengah fikir kot, why can't you just wait for my answer?".
Sekali lagi, aku terdiam. Terasa diri ni seperti hatinya disiat-siat. Ingin menjerit, tapi tidak boleh. Nanti dikatanya aku ni gila meroyan kan? Lalu pergaduhan tercetus di situ. Mak aku datang meleraikan kami. Tapi Alhamdulillah, aku masih lagi boleh tenang disitu, walaupun aku mengigil-gigil menahan kemarahan aku yang meluap-luap ketika itu.
Aku terus masuk ke bilik ku. Beristighfar sambil menenangkan diri aku kembali. Lalu aku teringat satu ayat ni "Orang yang pertama sekali meminta maaf adalah orang yang paling berani". Dengan tangan yang mengigil-gigil, aku menahan sebak di dada.
Lebih kurang 30 minit jugak lah aku tenangkan diri aku kat dalam bilik. Aku fikir, apa ruginya aku untuk meminta maaf kerana Allah walaupun bukan aku yang bersalah? Apa salahnya aku turunkan ego aku untuk Allah? Apa salahnya aku lembutkan hati aku untuk Allah? Apa salahnya aku mengalah untuk Allah? Kerana sifat dendam dan marah itu datangnya dari Syaitan.
Aku masuk ke bilik kakak aku, dan aku pun berkata ..
Me : Saya tak suka gaduh dengan orang dalam rumah ni. Saya tak tahu mana silapnya saya, dan mana kurang ajar nya saya kat mata awak tadi, tapi saya nak cakap sorry.
Kakak aku : *Remains silence*
Me : Awak dengar tak?
Kakak aku : Hmm dengar.
So aku pun pergi kat dia, and salam dia. And masa aku peluk dia, aku pun bisik kat dia ..
Me : Please, tanak gaduh-gaduh. Please..
Terus air mata aku jatuh macam air hujan. Laju je. Kakak aku pun terkejut tengok aku. Jarang sekali aku nak menangis di depan orang. Orang luar apetah lagi kalau orang dalam rumah aku ni pun susah nak tengok aku menangis. Memang menjadi kebiasaan aku untuk menangis sorang-sorang di dalam bilik selama ni.
Kakak aku : Ni kenapa ni?
Me : Nothing. Cuma Shikin dah tak tahan. Banyak benda jadi dalam hidup ni *sambil teresak-esak menahan air mata*
Kakak aku : Kau gaduh dengan siapa lagi?
Me : Takde gaduh dengan siapa-siapa pun. Cuma dah banyak sangat dalam hidup ni jadi, dengan dunia luar lagi, so saya tanak la kena tambah dengan masalah kat rumah lagi.
Kakak aku : Awak ada gaduh dengan siapa-siapa ke kat luar tu?
Me : Takde. Cuma saya penat nak pendam dalam hati.
Kakak aku : Jangan pendam Shikin. Kau tu la, salah dah kat situ. Jangan selalu pendam. Nanti kau jadi depressed.
Aku ni kuat pendam, sangat sangat kuat. Jadi susah untuk keluarga aku sendiri untuk 'baca' aku. Aku sentiasa nampak biasa sahaja walaupun kadang-kadang aku menangis sebelum tidur malam-malam. Dengan kawan pun aku sentiasa ceria. Memang perkara biasa untuk orang yang gemar pendam di dalam hati sorang-sorang. Mendiamkan diri lebih elok dari menceritakan kepada manusia-manusia yang mungkin akan hanya mendengar tetapi tidak memahami.
So yeah, I cried. Sikit lah. Masa tu rasa macam dah tak mampu dah nak tahan. Rasa macam nak terus sujud kat situ jugak nak berdoa kat Allah supaya kuatkan hati aku ni. Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang mengetahui segala yang terbuku di hatiku ini.
And it was so sweet - Khaliq my nephew, pandang je muka aku masa aku tengah dokong dia. And there was tears rolling down on my cheek, and suddenly dia lap air mata aku tu. Ya Allah, comelnyaaaaaaaa :'D I need it badly sayang, I really need someone to wipe away my tears Aleq sayang :)
Then aku pergi jumpa kakak aku lagi sorang and seek for her forgiveness too. Tak pasal kan? Pelik, tapi itu lah yang terjadi. Aku bangga dengan diri aku ni. Benda ni baru pertama kali dalam 23 tahun aku hidup, yang pernah aku buat. Sebelum ni nak kata mintak maaf kat orang yang buat aku marah, lagi-lagi kalau benda tu memang bukan salah aku, memang sampai berbulan-bulan pun ada tak bercakap.
Bukan kerana arrogant ataupun ego, tapi kerana terlalu banyak kali aku pejam mata kepada hati aku sendiri. Terlalu banyak aku mengikut rentak mereka, kerana itu apabila bukan salah aku, sukar untuk aku meminta maaf kepada mereka. Tapi kalau aku yang bersalah, mudah untuk aku meminta maaf :)
Tapi Alhamdulillah, aku gembira dengan perubahan aku sekarang. Memang tepat apa orang kata, kalau kita buat semuanya untuk Allah, nescaya hidup kita akan sentiasa tenang. Walaupun di dalam hati banyak masalah, namun kalau kita percaya pada Allah, kita pasti akan dapat selesaikan benda tu satu per satu.
Jadi kalau korang rasa korang punya hati dah terlalu banyak beban di dalamnya, berdoa lah kepada Allah. DIA sentiasa mendengar. Dan cubalah lakukan sesuatu itu kerana Allah. Kerana ingin dapatkan keredhaan Allah. InsyaAllah, semuanya pun akan berjalan dengan lancar.
Kadang-kadang manusia lain pun tidak akan dapat faham dengan apa yang ditanggung oleh hati kita. Sebab itu kita kena perbanyakkan doa kepada Allah. Sebab hanya Allah yang faham isi hati kita walaupun kita diam seribu bahasa.
Walaupun sakit, tapi percayalah - Pertolongan Allah tidak pernah terlambat :')
Jika kita bergantung pada Allah,
ibarat kita bergantung pada sesuatu yang sangat kuat. :’)
Kalau nak difikirkan semula, kalau aku tak mintak maaf, memang sampai ke sekarang hati ni tak akan tenang. Memang betul, ikhlas atas segalanya kerana Allah, nikmat rasanya.
Dan beban yang aku pikul selama ni di hati ini, InsyaAllah, dengan bantuan Allah, aku mampu untuk hadapinya! InsyaAllah Shikin, InsyaAllah! :'D
P/s: Aku nak amek kesempatan ni untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang tidak pernah jemu tweet dekat aku kata-kata semangat dan juga yang sentiasa rajin comment blog aku ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. May Allah grant all of you happiness in this life and in here-after. InsyaAllah. Thank you sayang(s) :)
* Senyum dan pendam selagi boleh. Selamat malam semua. Semoga esok hari masih ada untuk kita. Amin :')
ibarat kita bergantung pada sesuatu yang sangat kuat. :’)
Ya Allah, kepadaMU aku meminta kekuatan dan ketabahan. Semoga hati ini akan sentiasa mampu untuk berbuat baik kepada semua orang hanya kerana MU. Semoga hati ini mampu untuk menelan semuanya hanya kerana MU. Semoga hati ini mampu untuk bertahan, hanya kerana untukMU. Amin amin ya rabbal alamin.
Kalau nak difikirkan semula, kalau aku tak mintak maaf, memang sampai ke sekarang hati ni tak akan tenang. Memang betul, ikhlas atas segalanya kerana Allah, nikmat rasanya.
Dan beban yang aku pikul selama ni di hati ini, InsyaAllah, dengan bantuan Allah, aku mampu untuk hadapinya! InsyaAllah Shikin, InsyaAllah! :'D
P/s: Aku nak amek kesempatan ni untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang tidak pernah jemu tweet dekat aku kata-kata semangat dan juga yang sentiasa rajin comment blog aku ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. May Allah grant all of you happiness in this life and in here-after. InsyaAllah. Thank you sayang(s) :)
* Senyum dan pendam selagi boleh. Selamat malam semua. Semoga esok hari masih ada untuk kita. Amin :')
4 Heart(s) Screaming.:
alhamdulillah...awk seorang yg sangat berani...walaupun bkn slh awk....bagus ikin..jika ikin nk.menangis ke ap...nangis lah..luahla...jgn d pendam perasaan tue...klu xda tmpt nk luah..ikin luahla dgn allah..menangis lah..merintih la ikin...insya'allah...ikin akan lega...
@insan biasa
Thank you. JazakAllah :')
tersentuh jiwa ...sebak didada
ya .,biar betul ...aku menitis air mata
tersentuh jiwa ...sebak didada
ya .,biar betul ...aku menitis air mata
Post a Comment